Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Saturday, December 31, 2011

Osbon juara MLM raih wang tunai RM350,000



SHAH ALAM 31 Dis. - Kumpulan paling popular dalam Maharaja Lawak Mega (MLM), Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon menepati ramalan ramai apabila muncul juara sekali gus merangkul hadiah wang tunai RM350,000 pada final pertandingan itu di Stadium Melawati di sini malam tadi.  Mereka mengetepikan saingan terdekat iaitu kumpulan Boboi yang muncul naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 diikuti set meraih tempat ketiga dengan membawa pulang RM150,000.

Pada pertandingan peringkat separuh akhir di Johor Bahru, Johor pada 23 Disember lalu, Osbon dan Boboi mendahului semua peserta dengan masing-masing mendapat 72 markah diikuti Saehu (59), Syok (58) dan Pi Mai (49).  Sementara itu, kumpulan Syok menjadi pemenang keempat dengan meraih hadiah RM50,000 pada pertandingan yang disiarkan melalui saluran Astro Warna.

Pertandingan itu mengadili para pemenangnya menerusi 70 markah daripada para pengkritiknya manakala 30 markah lagi diperolehi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton di rumah.  Tiga pengkritik tetap MLM ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan Zainal Abidin Hassan manakala pengkritik jemputan pada final pertandingan itu ialah pelakon Aaron Aziz.

Selain Osbon dan Boboi, MLM turut disaingi oleh dua lagi kumpulan iaitu SYOK yang dianggotai oleh Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin dan Saehu (Eko, Bocil dan Vicha). - UTUSAN

Nasi Ayam Penyet @ D'Warung, Selanggau


Ayam Penyet D'Warung ~ RM6.00


Semalam (29.12.2011) Pak Udak dan keluarga balik ke Miri menggunakan jalan darat.  Perjalanan kali ini cukup lama sebab terganggu sedikit oleh kejadian tanah runtuh di KM77 Jalan Trans Borneo.  Berkat doa, tepat jam 5.45petang, kami selamat sampai di Miri.  Dalam perjalanan ke Miri, Pak Udak singgah makan tengahari di  D'Warung Cafe di Pekan Selanggau.  Sign board memang cantik sebab tertulis "Kedai Makan Islam" cuma pekerja dan tauke tak pakai tudung.  Mungkin itu terlalu peribadi sifatnya namun bagi Pak Udak penggunaan tudung bukan sahaja wajib bagi wanita serta melambangkan agama tetapi turut menunjukkan kebersihan pemilik dan pekerja.  Kat situ Pak Udak pesan Ayam Penyet dan Sup Tulang.  Ayam penyet macam biasa cuma sambal yang dihidangkan bersama ayam yang sedap sebab menggunakan Terung Emas atau kalau kat tempat Pak Udak orang sebut Terung Dayak.  

Terung Emas @ Terung Dayak


Satu yang menarik kat D'Warung ni adalah konsep penyediaan makanan masih kaedah lama.  Pinggan mangkukpun jenis yang lama.  Jenis yang bunga-bunga.  Lihat kat bawah ni, Sup Tulang.  Inilah satu-satunya tempat yang menggantikan daun sup dengan daun sawi untuk dimasukkan ke dalam Sup Tulang.  


Sup Tulang D'Warung ~ RM6.00

Pak Udak sampai ke hari ini masih hairan kenapa perlu dimasukan daun sawi.  Lepas tu sawi tu bukannya masak betulpun.  Nasib daging lembu banyak dan isinya empuk.  Kalau tak memang hilang selera makan.  Apapun tempat ni kira ok dan terbaik bagi Pak Udak sebab harga dan rasa makanan seimbang.  Bahasa mudah ~ Berbaloi.

Friday, December 30, 2011

Semakin Popular ~ Pasar Serikin


Pada 24.12.2011 ~ Pak Udak dan keluarga ke Pasar Serikin, Bau.  Memandangkan masih dalam mood cuti sekolah dan sambutan perayaan Krismas, jalan ke Serikin sesak teruk dan "jem" sepanjang 2km atau dalam 90 minit baru sampai ke tempat letak kereta yang peru dibayar RM2.00 atau RM3.00.  Sampai je kat sana Pak Udak tertarik dengan beberapa buah kenderaan yang dahulunya asing di Serikin tetapi kini sudah menjadi perkara biasa.

Maklumat ni mungkin berguna ~ Tip Membeli Belah di Serikin.

Bas SMV Beaufort, Sabah. 

Rombongan dari Sabah ni kalau nak sampai ke Serikin memakan masa lebih kurang 20 jam perjalanan tanpa henti dari Beaufort ke Kuching.  

Maklumat ni mungkin berguna ~ Tip Membeli Belah di Serikin.

Bas Sewa Khas dari Brunei 

Biasa nampak Bas Sewa ni kat Miri atau di Kota Kinabalu, tapi kini dah sampai ke Serikin.  Untuk sampai ke Serikin dalam 16 jam tanpa henti.  Maklumat ni mungkin berguna ~ Tip Membeli Belah di Serikin.

Tok Janggut ~ Nasi Bariani Kambing


 Tok Janggut Cafe di Chong Lin Park, Kuching

Nasi Bariani @ Tok Janggut Cafe di Chong Lin Park, Kuching memang terbaik.  Hargapun berpatutan dengan saiz ayam dan kambing yang dihidangkan.  Kalau kat Kuching sebut je Tok Janggut mesti orang tahu. Pak Udak kalau balik Kuching mesti singgah sini kejap. 

Seperah ~ Tradisi Melayu Sarawak


Seperah masih diamalkan di Sarawak khususnya di Kuching

Makan berhidang atau Seperah merupakan tradisi Melayu Sarawak yang cukup dikagumi.  Walaupun konsep Buffet  mula diterima oleh masyarakat Melayu Sarawak namun tradisi Seperah dilihat lebih beradat, hormat dan memuliakan tetamu.  Penggunaan pinggan yang banyak serta kudrat tenaga manusia yang ramai menjadikan Seperah sebagai alat pengikat masyarakat dalam konteks kerjasama serta pemupukan budaya bantu membantu.  Di Kuching budaya ini masih terus subur dan kekal walaupun di sesetengah tempat amalan buffet mula mengambil tempat.  Indahnya Budaya Melayu Sarawak..

Thursday, December 29, 2011

TERPUTUS: Jalan Trans Borneo masih ditutup




SERIAN 29 Dis. – Jalan Trans Borneo masih ditutup kepada semua kenderaan ekoran kejadian tanah runtuh di Km 78 Jalan Serian-Sri Aman, manakala kerja membina jalan sementara masih diteruskan.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Mohamad Jamali Umi ketika dihubungi, berkata orang ramai yang mahu ke Sri Aman atau ke Kuching boleh menggunakan Jalan Slabi di Km 62 Jalan Serian untuk ke Km 80 Jalan Serian-Sri Aman.

"Anggota polis telahpun ditempatkan di simpang Jalan Slabi dan pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif yang boleh dilalui semua jenis kenderaan itu dan jalan adalah berturap sepanjang 15 kilometer,” katanya.

Beliau berkata pada masa ini kerja membina jalan sementara bersebelahan jalan yang runtuh itu masih diteruskan oleh Jabatan Kerja Raya.

Keadaan trafik di Jalan Trans Borneo dari arah Serian ke Sri Aman masih terkawal dan pengguna jalan raya dinasihati memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan kerja baik pulih jalan dapat dipercepatkan.

Dalam kejadian 8.45 malam tadi, jalan berhampiran Semukoi dekat Balai Ringin di daerah Serian itu mendap dan runtuh sepanjang 200 meter. - BERNAMA

Saturday, December 24, 2011

RMK - Rojak Muhammad Kucei



Rojak Kucei ni memang famous kat Kuching.  RMK ni kalau branch la sebab asal kedai kat Batu Lintang.  


Walaupun lama tak ke RMK tapi rasa dan kesedapan tetap sama.  Cuma harga ada naik sikit tapi berpatutan.  

Friday, December 23, 2011

MAHAL & TaK SedaP


Mee Kolok Goreng ~ $4.50 .....Eeeee minyak dapat guna untuk goreng ikan..


Salam cuti-cuti Malaysia....Pak Udak sekarang ni dah kat kampung....emmmmmm senangnya hati bila berada di kampung halaman sendiri.  Tambahan musim durian dan rambutan, makan sihatlah anak tekak Pak Udak ni...Nak dijadikan cerita sensasi masa balik Kuching pada 22.12.2011, tambahan pula kena kat Master Chef ~ Pak Udak ni emmm memang hangin satu badan.  Kesnya pasal orang yang berniaga kedai makan ni tak ikhlas, tiada cinta terhadap perniagaan dan 100% tak ada tekak nak rasa sedap atau tak makanan yang dimasak ataupun memang 100% tak reti nak masak tetapi sibuk juga nak berniaga.  Pak Udak tak kesah bayar mahal, janji sedap...Ni dahlah mahal tapi rasa memang tak sedap..Minta Mee Kolok Goreng dah tak macam mee kolok...Mee hitam hangus adalah.  Cuba tengok kat atas tu....Mee Kolok Goreng ke tu.... tak sedap langsung.  

Nasik Ayam RM4.50 lansung takde selera nak makan...


Kat atas ni pulak Nasi Ayam Special? Apa yang specialnya? Takder apa-apapun yang menarik dan special kat situ.  Ayam biasa.  Sos pun biasa...Paling tak special, tak sedap...


Air Bandung ~ RM2.00

Bila Pak Udak kata tak sedap bukan bermakna Pak Udak ni cerewet, merunggut depan rezeki ataupun tak syukur pada makanan tetapi Pak Udak bayar untuk makanan yang lazat dan sedap. Pak Udak kadang-kadang tak faham kenapalah orang berniaga ni nak cari untung semata sedangkan jika kita jaga mutu, insyaallah perniagaan mereka akan maju....Kedai ni dekat R&R yang sebelahnya ada Petronas antara Sri Aman dan Saratok...Cariah sendiri...

Wednesday, December 21, 2011

Muslim Home-stay In Kota Kinabalu ~ Abrar Homestay



Ruang Tamu yang selesa...

Masa di Kota Kinabalu hari tu, Pak Udak dan family tinggal kat sini untuk dua malam.  Selesa sangatlah sebab macam rumah sendiri.  Paling penting bersih dan selesa serta selamat nak parking kereta.  Tuan punyapun ok juga dan senang nak berunding.  Siapa-siapa yang nak ke KK dan tengah cari rumah atau  apartment kat Kota Kinabalu, Pak Udak cadangkan Abrar Homestay...


Ruang Makan 

Bilik Utama dilengkap Aircond.

Bilik Tidur single

Kemudahan dapur dan mesin basuh

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KEMUDAHAN DI DALAM HOMESTAY:

- Aircond
- Dapur 
- Peti Sejuk
- Peralatan Memasak
- Mesin Basuh
- TV
- Seterika
- Katil Queen
- Tilam Tambahan
- Kain Telekong Solat
- Tuala Mandi

KEMUDAHAN PENGANKUTAN:


- JEMPUT DAN HANTAR KE AIRPORT SEKIRANYA MENEMPAH HOMESTAY DENGAN KENDERAAN SEKALIKERETA SEWA PANDU SENDIRI

*CEK IN JAM 2 PTG 
*CEK OUT JAM 12.30 PTG

KADAR PER NIGHT RM100-RM140
BERGANTUNG KEPADA BIL.HARI YANG DITEMPAH..

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI:-


PUAN NOR 019-4772007 dan USTAZ HJ CHE SEMAN 019-9816492

Wordless Wednesday: Mesin Jahit di KK



My 4th Anniversary with Norliza Bt Abdul Razak


Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami). (Surah adz-Dzaariyaat : 49)



21.12.2011 ~ Alhamduillah hari ni genap 4 tahun usia perkahwinan yang Pak Udak bina bersama Cikgu Norliza Bt Abdul Razak pada 21.12.2007.  Dengan sekali lafaz, dia jadi miliku.  Itulah yang dinamakan jodoh. Masa tu Pak Udak baru je lepas habis study Master Pendidikan di UPM.  Tahun 2007 memang tahun yang bermakna sebab dapat master dan isteri.


Selama 4 tahun bersama membina keluarga.  Kami dikurniakan seorang cahaya mata pada 8.5.2009.  Insyaallah kalau ada rezeki 2012 akan menyusu seorang lagi.  Kelahiran pertama ini cukup lama, mendebarkan dan mencemaskan sebab dari pukul 6 petang masuk wad bersalin hingga 4.00 pagi keesokannya baru bersalin itupun selepas melalui proses yang cukup mendebarkan "emergency operation" kerana tekanan jantung baby semakin lemah. Alhamdulillah sebelum subuh semuanya selamat.  


Inilah buah hati kami ~ Dania Nur Alesha~ Pengikat kasih, penyambung tradisi, umat Nabi Muhammad S.W.A dan semoga akan menjadi insan yang kenal dan dekat pada Allah.  "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa." ~ Surah Al-Furqan Ayat 74.  Amin.  



Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."  (46:15) 


"My Lord! Grant me the power and ability that I may be grateful for Your Favour which You have bestowed upon me and upon my parents, and that I may do righteous good deeds, such as please You, and make my off-spring good. Truly, I have turned to You in repentance, and truly, I am one of the Muslims (submitting to Your Will)." (46:15).


Tuesday, December 20, 2011

Samsung saman Apple lagi



Source: GooGle

SEOUL 19 Dis. - Samsung Electronics hari ini memfailkan tuntutan undang-undang baru terhadap pesaingnya dari Amerika Syarikat (AS), Apple, mendakwa pengeluar iPhone itu menceroboh empat paten mereka.  Tuntutan tersebut difailkan Jumaat lalu di mahkamah daerah Mannheim, Jerman berhubung dakwaan pencabulan paten termasuk teknologi standard telekomunikasi Samsung dan antara muka pengguna.  Kedua-dua gergasi teknologi itu turut berdepan pelbagai kes undang-undang lain di seluruh dunia, sekali gus menjelaskan lagi persaingan sengit mereka untuk menerajui pasaran luas telefon pintar dan komputer tablet yang sangat menguntungkan.  Apple memulakan proses tersebut pada April lalu, menuduh Samsung meniru 'bulat-bulat' rekaan iPhone dan iPad mereka. Samsung sebaliknya lebih fokus terhadap tuntutan mahkamah berkenaan paten teknologi berbanding rekaan.  Syarikat dari Korea Selatan itu menerima dua tuntutan undang-undang bulan ini. Pada 9 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Australia membenarkan Samsung menjual tablet Galaxy 10.1 di negara tersebut sempena Krismas, menafikan tuntutan Apple yang meminta pengharaman dilanjutkan.  Sebelum itu awal bulan lalu Hakim Mahkamah Persekutuan di San Jose, California menafikan permintaan injunksi awal Apple yang mahukan pengharaman penjualan tiga jenis telefon pintar dan komputer tablet Samsung di AS. - AFP

Facebook saman ‘Zuckerberg’


Source: Google

Menarik juga tajuk kat dalam Utusan Malaysia pagi.  Pak Udak tahu pasti ramai yang buka FB tapi mesti ramai juga yang belum buka dan baca Utusan Malaysia, Berita Harian dan akhbar yang seangkatan dengannya.  Jom baca..

LOS ANGELES 19 Dis. – Facebook mengugut untuk menyaman seorang usahawan dari Israel yang menukar namanya kepada pengasas laman sosial tersebut, Mark Zuckerberg. Rotem Guez atau kini dikenali sebagai ‘Zuckerberg II’ menukar namanya secara rasmi pada 7 Disember lalu.  Sebelum ini, Guez mendakwa beliau mengemukakan tuntutan saman terhadap Facebook pada Januari lalu selepas laman sosial tersebut tidak membenarkan beliau mengakses akaunnya yang kini telah ditutup.  Guez merupakan pengasas bersama Like Store, iaitu sebuah syarikat pemasaran yang membantu memperkenalkan jenama syarikat lain.  Akaun Facebooknya ditutup selepas Guez menyiarkan iklan berbunyi ‘Anda sedih kerana tiada sesiapa mahu melawat laman Facebook anda? Kami mempunyai penyelesaiannya! Anda memerlukan 1,000, 5,000 dan 10,000 ‘Likes’? Kami akan berikannya kepada anda’  Sehubungan itu, pada September lalu, peguam Facebook, Perkins Coie mengugut untuk menyaman Guez dengan mendakwa nama ‘Zuckerberg II’ itu menceroboh terma perkhidmatan laman sosial terbabit.  Ugutan saman itu turut mengarahkan Guez menutup syarikatnya dan tidak dibenarkan membuka semula akaun Facebook.  Menurut blog teknologi Zdnet.com, Guez menukar namanya kepada Mark Zuckerberg kerana mahu mengelak dari disaman laman sosial tersebut selepas beliau didakwa menceroboh terma perkhidmatan Facebook. “Jika anda mahu saman saya, anda akan menyaman Mark Zuckerberg,” kata Guez yang berani memberi jaminan syarikat laman sosial tersebut tidak akan menyamannya kerana beliau memiliki nama yang sama dengan pengasasnya. Sementara itu, Guez turut melancarkan kempen terbarunya menerusi Twitter yang memaparkan identiti barunya sebagai Mark Zuckerberg. – AGENSI

Monday, December 19, 2011

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2012




19.12.2011 ~ Tahniah kepada semua Kakitangan Awam di seluruh Malaysia yang menerima gaji dan bonus pada hari ini.  Pak Udak pun dapat juga walaupun bukan kakitangan kerajaan.  Memandangkan tahun 2012 dah nak dekat, kat sini Pak Udak nak kongsi sikit jadual pembayaran gaji bulanan untuk kakitangan kerajaan bagi tahun 2012.  Pak Udak nak tahu tarikh ni sebab isteri Pak Udak kakitangan kerajaan jadi mudah untuk merancang kewangan dan perbelanjaan pada tahun baru nanti.

TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN TAHUN 2012

BulanTarikhCatatan
Januari
16 Januari 2012
Isnin
Tahun Baru Cina
23 & 24 Jan 2012
Februari
23 Februari 2012
Khamis

Mac
22 Mac 2012
Khamis

April
25 April 2012
Rabu

Mei
23 Mei 2012
Rabu
Pesta Menuai
30 & 31 Mei 2012
Jun
25 Jun 2012
Isnin
Hari Gawai
1 & 2 Jun 2012
Julai
25 Julai 2012
Rabu

Ogos
13 Ogos 2012
Isnin
Hari Raya Puasa
19 & 20 Ogos 2012
September
25 September 2012
Selasa

Oktober
22 Oktober 2012
Isnin
Hari Raya Haji
26 Oktober 2012
November
6 November 2012
Selasa
Deepavali
13 November 2012
Disember
18 Disember 2012
Selasa
Hari Krismas
25 Disember 2012

Semoga maklumat ni dapat membantu kakitangan awam merancang perbelanjaan dan kewangan mereka dengan lebih berhemah.  

Diktator Korea Utara ~ Kim Jong-il Meninggal Dunia




SEOUL 19 Dis. – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il meninggal dunia kelmarin pada usia 69 tahun akibat serangan sakit jantung.  Jong-il ‘meninggal dunia akibat tekanan mental dan fizikal. KCNA menggesa rakyat supaya mentaati pewaris dan anak lelaki bongsu Jong-il, Kim Jong-un yang berusia lewat 20-an. – AFP


RAHSIA Di Sebalik Tulisan Tangan



Tulisan Tangan Pak Udak.  Tolong siapa-siapa yang arif tafsirkan.  

Menurut kajian Datuk Dr. Fadhilah Kamsah, peribadi seseorang dapat dilihat menerusi tulisan tangan mereka.  Sejauhmana kebenarannya itu terpulang kepada anda semua.  Pak Udak sekadar berkonsi maklumat sahaja.  


Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang.  

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

Sunday, December 18, 2011

Konsert Fenomena Search 30 Tahun Jelajah Borneo


Konsert Fenomena Search 30 Tahun Jelajah Borneo

Search kumpulan rock yang tidak perlu diperkenalkan lagi yang masih bertahan dan lagu - lagu mereka masih lagi kekal di hati peminat - peminat mereka. Lagu - lagu seperti Isabella, Kejora yang masih menjadi lagu pilihan dimana - mana station radio mahupun di televisyen.  Atas permintaan dan bagi tidak menghampakan peminat Search di Sabah dan Sarawak, Universal Credential Sdn. Bhd dengan kerjasama Nova Music (M) Sdn.Bhd. bakal membawa Konsert Fenomena Search 30 Tahun menjelajah ke dua negeri itu.  Bermula 24 Disember ini, Konsert Fenomena Search 30 Tahun Jelajah Borneo bakal bermula di Kompleks Sukan Tawau, Sabah dan diikuti Stadium Negeri Kuching, Sarawak pada 31 Disember ini. Menarikanya, pihak penganjur telah menyediakan harga tiket yang paling rendah iaitu semurah RM25 untuk sejumlah 30,000 penonton yang dijangka membanjiri kedua-dua tempat tersebut, dengan ini ramai yang boleh pergi dan menikmati konsert yang julung kali berlaku di dua negeri tersebut.  

Untuk di Kuching, Sarawak dapatkan tiket-tiket Konsert Fenomena Search 30 Tahun Jelajah Borneo di wakil-wakil kami yang sah.
1. Riverside Majestic Hotel Kuching - Jalan Tunku Abdul Rahman
2. Grand Magerita Hotel - Jalan Tunku Abdul Rahman
3. Mahua Enterprise - 1st Floor , Sarawak Plaza
4. Sport Planet - Jalan Pending
5. Sarang Gunting Rambut - Pusat Penjaja Semarak , Kampung Gita
6. Choice Supermall - Jalan Semariang

Menu of the Nite ~ Laksa Sarawak


Menu of The Nite ~ Laksa Sarawak

Petang Ahad (tadi) Pak Udak sempat beli Paste Laksa Sarawak di Kenyalang.  Mahal dah sekarang Perencah Laksa Sarawak Haji Manan.  Dulu RM4.00 je tapi sekarang RM4.60.  Tapi kira masih murah juga kalau banding makan kat luar.  Lepas tu kami cari dada ayam, udang, telur, tauge dan sayangnya tak jumpa daun ketumbar.  Daun ketumbar bukan sekadar penghias tetapi pengangkat aroma Laksa.  Laksa Sarawak ni mudah je nak buat... Sebab ada resepi dalam bungkusan tu...Buka dan baca je....

Resepi Laksa Sarawak Haji Manan


Satu lagi Pak Udak nak pesan.  Paste Laksa Sarawak ni ada banyak kat pasaran cuma HALAL atau tidak je yang kita perlu ketahui.  Tapi bagi Pak Udak - Perencah Laksa Sarawak Haji Manan memang sah halal, sedap dan mudah disediakan.  Kalau ada yang teringin nak makan Laksa Sarawak tak payah makan kat kedai, sendiripun boleh buat.  Lebih sedap, bersih dan murah.  

Fat Can Help you lose weight


Pagi ni Pak Udak baru je sempat membaca Readers Digest (Asia) keluaran Oktober 2011.  Menarik sebab ada artikel tentang lemak dapat membantu mengurangkan berat badan.  Biasanya kita mengelak untuk mengambil makanan berlemak dan makanan ringan tetapi dalam RD itu sebaliknya.  

Kalau nak tahu maklumat lebih lanjut, bacalah RD.  Pak Udak tak larat nak tulis semua.  Nak membaca je dah ambik masa.  Keluaran Oktober 2011 baru dibaca pada hari ni ~ 18.12.2011.  Entah bila sempat nak baca RD keluaran November dan Disember.  Biarpun lambat tetapi sekurang-kurangnya Pak Udak masih suka membaca. 

Saturday, December 17, 2011

Kenali Nuffnanger


Timothy Tiah Co-Founders Nuffnang

Waktu Pak Udak belum lagi berkecimpung dalam dunia blog, Pak Udak telah diberitahu tentang kelebihan meletak pautan Nuffnang di laman blog. Namun hanya pada awal 2011, lebih kurang 3 tahun selepas Pak Udak diberitahu tentang Nuffnang baru Pak Udak faham apa yang dikatakan orang sebagai "Klik Iklan dapat wang". Setakat hari ini Blog Pak Udak tak lah dapat banyak manapun tapi sekurang-kurangnya ada pendapatan dari apa yang kita usahakan. Malah ada juga dikalangan kerabat bloggers yang mampu menjana pendapatan melebihi empat angka dari Nuffnang. Itulah yang dinamakan rezeki. Pokok pangkal asal rajin.  Mengikut sejarah Nuffnang (Maklumat ini Pak Udak dapat dari Nuffnang) - Nuffnang.com.my dilancarkan pada 27 Februari 2007 dan telah berjaya mendapat 300 orang blogger untuk berdaftar dalam tempoh 3 hari pertama. Nuffnang.com.sg pula dilancarkan pada 2 bulan kemudian pada 30 April 2007.  Setakat bulan Julai 2009, terdapat lebih 80,000 blogger berdaftar di Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia. Nuffnang telah diterima umum dari setiap penjuru, berjaya diterbit ke dalam media akhbar utama seperti The Star, Malaysia dan The Straits Times, Singapura.  Beribu-ribu orang blogger telah menyiarkan iklan kami ke dalam blog mereka dan melibatkan syarikat seperti Nike, Citibank, Nokia, F&N, Disney Pictures, Honda, Samsung, Procter and Gamble dan banyak lagi.  Apa yang lebih penting, komuniti Nuffnang telah berkembang dan telah menjadi tumpuan oleh blogger di rantau Asia-Pasifik. Para blogger kami menggelarkan diri mereka sebagai Nuffnanger, sebuah entiti organik berkembang yang amat kami banggakan.  Hebatkan anak Malaysia ni. 

Siput Sedut Laut Masak Lemak


Siput Sedut Laut Masak Lemak

Salam...Dah makan? Alhamdulillah, Pak Udak seisi keluarga selesai makan malam sebelum Maghrib tadi.  Tradisi Pak Udak memang tak suka makan lewat malam sebab tu kena makan sebelum Maghrib.  Biasanya sebelum 6.00 petang.  Menu makan malam kami tadi "Siput Sedut Laut Masak Lemak".  Biasa orang sebut siput sedut je kan.  Siput ni orang ambik kat laut jadi sebih sedap, besar dan tak hanyir.  Nak masak punyaah senang....Campak-campak je dalam belanga (statement biasa Pak Udak ~ Sebab tak larat nak tulis resepi).  Lepas masak, siap untuk dihidangkan....

Menu Menu Petang ~ Cucur Cempedak


Cucur Cempedak Mak Udak

17.12.2012 ~ Menu minum petang ni kami buat Cucur Cempedak.  Kalau kat Sarawak disebut Cucur Temedak.  Buah cempedak tadi Pak Udak beli di Pantai Bungai.  Bungai ni 45KM dari Miri.  Kenapa kami suka pergi sana sebab di situ banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.  Nak masak cucur cempedak ni punyalah senang...Gune je Tepung Cucur Adabi.  Pastu goreng..Takpun pergi beli je kat gerai tepi jalan tu...Mudahkan dan tak payah masak....

Mee Bandung Muar


Mee Bandung Muar ~ Pak Udak

17.12.2011 ~ Selamat pagi Malaysia. Tinggal beberapa minggu lagi nak masuk tahun baru 2012.  Bila masuk tahun 2012 ni, seram je rasa sebab teringat Filem 2012.  Itu sekadar filem, apa pun kiamat ni boleh berlaku bila-bila masa.    Ok, balik cerita Mee Bandung Muar ni, kami minggu lepas ke KK dan dihadiahkan oleh Pemilik Homestay (University Condo Apartment) tempat kami tinggal di KK ~ Kak Nor sebungkus perencah Mee Bandung Muar.  Kak Nor dan suami cukup baik.  Kalau ada siapa-siapa yang nak ke KK dan nak duduk selesa macam kat rumah elok cari Kak Nor.  Homestay Kak Nor cukup selesa dan bersih.  Nak tahu cerita lanjut tentang Homestay Kak Nor nanti Pak Udak buat satu post.  Semua maklumat ada kat situ nanti.  

Perencah Mee Bandung Muar - Kak Nor

Nak masak Mee Bandung Muar ni punyalah senang.  Dah namanya Perencah, bubuh je la dalam belanga.  Ikut je cara-cara memasaknya.  Tak sampai 30 minit dah siap.  Inilah istimewanya dunia sekarang. Mudah, cepat dan lazat.  Kalau kita nak buat dari A hingga Z tak kan dapat makan pagi ni.  Bagi yang tak suka masak kat luar sana tu, cuba-cubalah masak.  Nanti bila dah kawin atau tak kawin, lambat launpun nak masak juga.  Kalau tak reti bukak je website....Semua ada dihujung jari....Bah...Thump Up pada ADAMI.  Mee Bandung Muar ni memang sedap.  

Friday, December 16, 2011

Facebook Timeline - The Story of Your Life


Mark Zuckerberg, CEO of Facebook ketika melancarkan FB Timeline


Facebook Timeline mula mendapat tempat dihati 800 juta pengguna FB di seluruh dunia.  Fakta yang perlu kita ketahui ~ dari jumlah tersebut, hampir 50% atau 400 juta mengaktifkan FB pada setiap hari.  Berbalik cerita Timeline, Pak Udak belum lagi cuba dan tak akan cuba sebab Pak Udak lebih gemar FB cara lama.  Namun Pak Udak dah nampak "wall FB" kenalan Pak Udak yang sudahpun menggunakan aplikasi tersebut.  Melalui aplikasi ini, pengguna FB perlu mengemaskini semua maklumat dalam profile sehingga dapat dilihat kronologinya dari awal sehingga kini.  Timeline ini tak ubah seperti Storyline namun aplikasi ini lebih nampak menarik dan informatif.  Kalau nak tahu maklumat lanjut sila layari FB Timeline.  Bagi Pak Udak, FB lama lebih menarik dan selamat berbanding FB Timeline kerana terlalu banyak maklumat peribadi kita akan dapat dilihat oleh orang lain tanpa kita sedari.  Tapi bagi yang nak mencuba silakan.  

Sandakan-Ranau Death March - Kawad Maut


Kawad Maut dari Sandakan ke Ranau

Sandakan-Ranau Death March ~ Kawad Maut Sandakan adalah antara kejadian terburuk dalam siri kejadian Kes Jenayah Perang Jepun yang mengakibatkan kematian sehingga 3,600 orang hamba kerahan Indonesia dan 2,400 tahanan perang Pihak Berikat, yang ditahan oleh Askar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia Ke-2, di kem penjara di Borneo Utara. Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas peperangan.

UBIQUE ~ Kundasang War Memorial Park 

Seperti pembinaan landasan kereta api Burma (dikenali sebagai landasan kereta api maut), tahanan dipaksa bekerja keras dengan diacukan senapang kepada mereka, sering dipukul dan tidak menerima makanan serta ubatan yang cukup. Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap. 

Surat dari Queen Elizebert II

Kebanyakan tahanan akhirnya mati. Pada awal 1945, apabila Pihak Berikat semakin hampir, komandan kem Kapten Hoshijima Susumi memutuskan untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer. Menurut beliau, ia merupakan arahan dari Leftenan Gen Masao Baba, Komander Pemerintah ke-37 dalam Tentera Jepun.  Tahanan Australia dan Indonesia ini telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat. 


Dalam perjalanan tersebut, lebih 1000 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran dan penyakit. Selain itu, kekurangan makanan dan layanan kejam dari Askar Jepun, hanya 38 tahanan yang masih hidup di Ranau. Semua tahanan kurang sihat dan tidak mampu untuk bergerak. Mereka akhirnya telah mati dibunuh atas perintah tertinggi Jepun. Kesemua mereka dibunuh dalam bulan Ogos. 


Enam orang Askar Australia berjaya melepaskan diri. Semasa kawad kedua, Owen Campbell dan Richard Braithwaite berjaya melepaskan diri dan lari ke hutan. Mereka telah dibantu oleh orang tempatan dan akhirnya di selamatkan oleh Pihak Berikat.  Semasa bulan Julai, Prebet Nelson Short, Pegawai Warant Satu William Sticpewich, Prebet Keith Botterill dan William Moxham berjaya melarikan diri dari Ranau. Mereka semua juga menerima bantuan dari penduduk tempatan yang memberikan mereka makanan dan menyembunyikan mereka sehingga perang berakhir.  Begitulah sejarah sedih disebalik Kundasang War Memorial. 



Thursday, December 15, 2011

Sabah Exotic Food: Tabaloi


Tabaloi Sabah ~ RM2.50.  Biasanya tabaloi dijumpai di Mukah, Sarawak. 

Wednesday, December 14, 2011

Bantuan Rakyat 1 Malaysia ~ Rezeki Rakyat


Wang Kertas RM500 lama ~ Sumber dari Pak Cik Google

Rata-rata pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) penuh sesak dengan kehadiran ketua isi rumah yang mahu mendapatkan borang BR1M bermula 10 Oktober 2011.  Kesesakan tersebut jelas dapat dilihat juga di LHDN Miri.  Malah seorang kenalan Pak Udak memberitahu terpaksa menunggu lebih 2 jam untuk menyerahkan borang BR1M di kaunter LHDN. Ternyata inisiatif Perdana Menteri untuk meringankan beban rakyat, mendapat sambutan yang memberangsangkan.  Semoga bantuan RM500 (one off payment) akan digunakan dengan berhemah dan tidak disalahgunakan untuk membeli sesuatu yang tidak perlu.  Di sisi lain, Pak Udak berharap pengagihan BR1M dilakukan secara telus, tepat dan berhemah.  Sebagai pembayar cukai pendapatan, Pak Udak berharap tidak ada sesiapa yang akan mengambil kesempatan dalam pengagihan BR1M dan amat berbangga jika wang bantuan tersebut dapat disalurkan kepada insan-insan yang betul-betul memerlukan.  ~ Pak Udak

Wordless Wednesday ~ Tip of Borneo


Tip of Borneo Aka Tanjung Simpang Mengayau

Tuesday, December 13, 2011

Sembah Tahniah ~ PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA KE-14




13-12.2011 ~ Seperti yang kita semua sedia maklum, pada tanggal 13 Disember 2011, iaitu pada hari ini akan diadakan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Pertama dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 ini ditabal buat kali kedua selepas menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 pada tahun 1970-1975.  Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 setelah Sultan Mizan Zainal Abidin Al Wathiqu Billah, Sultan Terengganu yang ke-17 telah menamatkan tugasnya sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan kembali ke Terengganu semalam.  DAULAT TUANKU.  ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU.

Monday, December 12, 2011

Menjunjung Kasih ~ Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibn Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah



Sekalian rakyat Malaysia merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tingginya di atas pemerintahan cemerlang lagi gemilang Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong XIII (13) Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibn Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sepanjang tempoh lima tahun iaitu 2006 hingga 2011.  Seluruh rakyat jelata menjunjung kasih dan berdoa semoga Tuanku berdua sentiasa di dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dipanjangkan umur dan terus dicucuri rahmat dan kesejahteraan. Selamat berangkat pulang dan bersemayam di atas takhta kerajaan negeri Terengganu Darul Iman dengan penuh kesejahteraan dan kemuliaan.  Daulat Tuanku.

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor