Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Monday, November 28, 2011

Asean Style: Kelia Kacang Hati Lembu


Kelia Kacang Hati Lembu

28.11.2011 ~ Inilah menu yang selalu orang Melayu masak masa kenduri kalau dulu-dulu la.  Tapi sekarang orang dah tak pakai lagi menu ni.  Tapi Pak Udak suka masakan ni sebab rasa kari bercampur dengan hati lembu cukup asyik.  Alhamdulillah, Mak Udak yang masakan.  Semakin hari semakin mantap Mak Udak masak.  

Asean Stye : Rojak Buah


Rojak Buah Epal dan Sengkuang

28.11.2011 ~ Hari ni masih cuti umum tapi Pak Udak macam biasa ada tugasan pejabat.  Tingga Mak Udak dan Dania kat rumah.  Balik sekitar jam 4.00 petang.  Sampai je rumah nampak kuah petis kat atas meja.  Apalagi Pak Udak potong buah epal hijau dan sengkuang dan terus buat Rojak Buah.  Kalau dulu Mak Udak main beli je pitis tapi sekarang dia dah pandai buat sendiri.  Resepi Mak Mentua.   Inilah hasilnya.  

Khasiat "Therapeutic Rose Tea"



Teh Ros ~ Pak Udak (Harga RM79.00 sekilogram)


Pak Udak cukup letih dengan tugasan pejabat sejak seminggu dua ni.  Cara terbaik merehatkan minda dan badan adalah dengan meminum Teh Rose.  Teh ni kalau kat Miri senang je cari.  Ada dekat Boulevard Hypermarket.  Jangan beli banyak sangat sebab harganya mahal.  RM79.00 sekilogram.  Beli sikit jadilah.  Pak Udak biasa beli dan RM3.00 je.  Dapat minum sampai dua minggu.  Nak kongsi sikit rahsia Teh Rose ni...Biar semua orang tahu khasiatnya.


Antara Khasiat Teh Ros @ Rose Tea:-
  • Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa. (Hasil penyelidikan saintis Jerman)
  • Meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti -depressent)
  • Menenangkan ketegangan saraf dan emosi.(penenang)
  • Merawat ulser perut
  • Meransang penghasilan hempedu oleh pundi hempedu
  • Sebagai antiseptik dan merawat kulit yang luka ,terbakar , ruam dan ekzema.
  • Merawat jangkitan pada mata.
  • Meredakan sakit tekak
  • Merawat infeksi pundi kencing
  • Memberi kesan penyejukan pada badan – merawat demam dan selsema.
  • Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen (awet muda)
  • Membuka penutupan pada saluran bronkial (paru-paru)
  • Membantu proses penghadaman
  • Mengekalkan kesihatan usus
  • Mengandungi bahan pengantioksida – Flavonoid yang dapat menentang kanser dan penyakit kardiovaskular.
  • Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi seperti pesakit osteoarthritis.
  • Melancarkan kitar haid dan masalah rahim.
  • Mengandungi vitamin A ,B3, C, D dan E.
  • Merawat cirit-birit
  • Menghilangkan keletihan
  • Menghilangkan sakit kepala dan pening.

Cara Penyediaan:-

Masukkan 2/3 kuntum bunga ros ke dalam satu cawan air panas.  Boleh di tambah air berulang kali sehingga warna merahnya pudar.  Amalkan pengambilan setiap hari untuk kesihatan dan kesegaran yang berpanjangan..

Jangan Baca ~ Skuad Harimau Muda (PPKS Miri) Tumpas di Tangan Singa Muda (PPKS SAVTI)


Skuad Miri dan SAVTI 

Skuad Miri gagal bangkit semula setelah tumpas 0-2 kepada PPKS SAVTI pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional KRP, Miri, semalam.

Sebelas Tonggak Utama PPKS Miri

Perlawanan yang disaksikan kira-kira 20 orang penyokong dan berlangsung secara sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Muka-muka yang belum masuk padang

Skuad bawah 23 tahun bimbingan Jumat Bahren dan Ajibol Ghani bermula garang apabila Awgku Dhiya melakukan cubaan seawal minit kedua namun melepasi gawang gol.

Jurulatih Skuad Harimau Muda

Gandingan Bukhari Brawi dan Randy Affandy telah mengkucar-kacirkan benteng pertahanan skuad Singa Muda (SAVTI).
Pom Pom Girl dan Kepten Harimau Muda

Jainy Nyambar menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya yang dilakukan jentera serangan SAVTI.


Sir Jumat dan Tawi Lang 

Walaubagaimanapun SAVTI memperkukuhkan lagi kedudukan menerusi jaringan kedua yang disempurnakan oleh Akok pada minit ke-88.  Hahahaha saja-saja je nak tulis..

Sunday, November 27, 2011

The Best Nasi Lelapan in Miri


Nasi Lelapan Ikan Tenggiri di Restaurant Muara, Miri

27.11.2011 ~ Kalau post pagi tadi Pak Udak berkongsi tentang tempat breakfast yang paling best kat Miri, kali ni nak kongsi tentang Nasi Lelapan Miri.  Kalau anda ke Miri, menu ni wajib dicuba kerana Lelapan dan Miri seakan tak dapat dipisahkan.  Disebabkan sajian ini mendapat sambutan yang luar biasa, ramai pengusaha restaurant di Miri menjadikan Nasi Lelapan sebagai menu utama mereka.  Tapi kalau nak cuba Nasi Lelapan, Pak Udak cadangkan ke Restaurant Muara.  Ada tiga buah, satu kat Muara Sg. Miri,  satu kat depan Mega Hotel dan satu lagi di Permyjaya.  Restaurant inilah yang pertama kali memperkenakan Nasi Lelapan kat Miri.  Istimewanya Nasi Lelapan ni sebab ada Lapan lauk dalam satu pinggan tanah liat.  Asli Indonesia cukup terasa di restaurant ini.  Restaurant ni akan sesak pada waktu makan tengahari sampai ke malam.  Tahniah kepada businessman Melayu Islam yang berjaya.  

The Best Place For Breakfast in Miri


27.11.2011 ~ Salam MaaL Hijrah 1433 H.  Azam tahun ni nak tingkatkan Ibadah dalam kehidupan.  Semoga perubahan akan selalu bersama orang yang nak berubah.  Post pagi ni Pak Udak nak kongsi dan bagi tahu sikit kat kawan-kawan yang baru je sampai ke Miri.  Ada beberapa tempat TERBAEK yang sesuai kalau nak breakfast di Miri.  Bagi yang nak makan Roti Canai atau makanan India ~ pergi je kat belakang Mega Hotel Miri.  
Gambar Sekadar Hiasan Sahaja

Terdapat 2 buah kedai mamak kat situ.  Kalau tak silap namanya Bilal Restautant.  Tempat tersorok sikit tetapi tempat tu kalau hujung minggu memang ramai.  Bagi peminat nasi lemak berlauk ~ kat Miri pun ada juga.  Taste memang macam kat Malaya.  Datang je kat Selera Rasa Segar Cafe kat Jalan Bendahara.  Kalau stay kat Mega Hotel restaurant ni lebih kurang sebelah Masjid Lama Miri (tapi kena jalan sikitla dalam 5 minit).  
Gambar Sekadar Hiasan Sahaja


Kalau teringin nak makan Laksa Sarawak, Pak Udak cadangkan makan di Lemidin Cafe dekat Kedai Ken di Piasau.  Tempat ni agak tersorok sikit tapi kalau bawa orang Miri mesti tahu.  Laksa kat situ setakat ni superb.  
Gambar Sekadar Hiasan Sahaja

Bagi peminat Mee Kolok atau Mee Sapi ada 3 tempat Pak Udak boleh syorkan ~ 1. Pak Cik Wan Cafe di Lutong, 2. Awang Mahyan Cafe (sebelah Bintang Mall) dan satu lagi tak jauh dengan Selera Rasa Segar Cafe, 3. Aseaneka di SCDC ~ tak jauh dengan Bank Muamalat.  Kat kedai ni memang original Mee Kolok.  Thump up kat Peniaga Muslim Bumiputera yang berjaya ni. Bangga Pak Udak.
Gambar Sekadar Hiasan Sahaja

Manakala bagi peminat Mee Rebus aka Mee Jawa kat sini, Pak Udak cadangkan satu tempat je ~ Hole 9 Kampung Pulau Melayu.  Kat sini Mee Rebus atau Mee Jawa memang terbaik cuma lokasinya agak tersorok dan berhampiran dengan Kelab Golf Miri.  
Gambar Sekadar Hiasan Sahaja

Setakat dua tahun kat Miri ni je la tempat yang Pak Udak boleh recomend sebab sedap dan harga yang berpatutan.  Selamat mencuba.  Lain orang Lain Selera. ~ Pak Udak.


Saturday, November 26, 2011

HOT NEWS ~ Tsunami in the SPDP



ONE DOWN, FOUR LEFT: Mawan (seated centre) announcing the sacking of Entri at a news conference at the SPDP headquarters. — Photo by Jeferry Mostapha

KUCHING: As expected Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) vice-president Datuk Sylvester Entri, one of the SPDP 5 who is at odds with party leadership, was sacked from the party yesterday. The other members of the SPDP 5 are senior vice-president Datuk Peter Nansian, vice-presidents Datuk Dr Tiki Lafe, Rosey Yunus and Entrie, and information chief Paulus Palu Gumbang. Entri’s sacking was announced by SPDP president Tan Sri William Mawan after chairing the supreme council meeting at the party’s headquarters in Jalan Badaruddin here yesterday. “Today (yesterday) is the saddest day of my political career, after due process and consultation with the supreme council, with deep regret, I announce that Datuk Sylvester Entri is no longer a member of SPDP, with immediate effect, but the seat (Marudi) remains with the party,” he said, reading from a prepared statement.

He added: “I apologise to the people, to the state and federal Barisan Nasional leaders and I ask for their patience over the turmoil plaguing the party and we hope they will bear with us while we seek a solution”. Asked whether the BN leadership had been briefed with regards to the party’s decision to sack Entri, he said that it was something confidential. To another question whether the sacking would cause Entri his position as an assistant minister, Mawan said it was the prerogative of the Chief Minister. In the interest of Barisan Nasional and the upcoming general election, he considered “this sad episode closed and the party needs to move on” and that the party’s immediate agenda was towards a focused and united effort to ensure BN victory in the coming general election.

On the other four members of the group, Mawan said the party did issue them showcause letters but that the party was still willing to accommodate them to solve the problem together .
“We never burn the bridges, they burnt the bridges and we also have to consider, we try to lessen the effect as far as possible, with regards to BN and the coming parliamentary election. But the fact is that we must take action in order to maintain the fact that our constitution is still there, mechanism is still there, system and rules and regulations are there that nobody can trample on. Because if we don’t, it might as well that we do not exist,” he said. He said while having to take action the party must also make sure that they struck a balance by taking fair minimum action for what has been committed and trying to accommodate them. “We are still there, we still can compromise we still can accommodate,” said Mawan. Asked why the party only sacked Entri and spared the other four RENTAP members, Mawan replied: “Unless very necessary, we do not sack people. Now is necessary to sack one”. “At the moment, I would rather call for cease fire after this and if there was any need, probably after general election,” he said when asked whether similar action would also be taken against the other members of the group. Meanwhile, Entri could not be reached for comment and it was said that he was at his constituency for a routine visit.


Salam Maal Hijrah 1433H






Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Friday, November 25, 2011

Mahalnya ~ Secawan Kopi RM300


Inilah rupa najis musang @ luwak yang mengandungi Biji Kopi Termahal


25.11.2011 ~ Siapa sangka tahi musang atau luwak mampu menjana pendapatan yang cukup besar dan menguntungkan.  Nilai najis emas luwak, musang dari spesies Asian palm civet itu mampu mencecah sehingga AS$800 (RM2,422) sekilogram di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Korea Selatan dan Singapura.  Kisahnya berbeza sebaik sahaja ia memasuki pasaran. 
Proses memungut najis luwak @ biji kopi terbaik dan termahal dunia

Secawan kopi luwak yang diiktiraf antara kopi yang termahal di dunia mampu mencecah sehingga AS$100 (RM300) di beberapa lokasi terkemuka di London.  Haiwan itu memainkan dua peranan penting dalam penghasilan kopi. Pertama, ia memilih biji kopi terbaik untuk dihadamkan. Pakar-pakar turut berpendapat musang liar paling dicari-cari kerana kecerdikannya, namun ia agak sukar ditemui.  
Inilah rupa musang @ Luwak  yang memakan biji kopi

Setelah menggigit lapisan luar kulit buah kopi, biji kopi yang masih berkulit ditelan sebelum sistem pencernaan haiwan itu mula memprosesnya secara semula jadi. Enzim-enzim mula meresap dan memberi keseimbangan kimia terhadap biji kopi, lazimnya jenis Arabica kerana ia banyak ditemui di sekitar Sumatera. Selepas dibersihkan, biji kopi kemudiannya dijemur dan dibakar. 
Pemprosesan Kopi Luwak secara Tradisional

Produk akhirnya ialah kopi yang kurang pahit berbanding kopi-kopi biasa serta mempunyai rasa yang unik dan lazat.  Di Indonesia, Kopi Luwak dijual USD8.00 secawan.  Harga tersebut sudah semestinya dapat mengalahkan kehebatan Kopi Starbucks mahupun Coffee Bean.   Walaupun Kopi Luwak difatwakan halal namun Pak Udak lebih gemarkan kopi o biasa.  Murah, mudah dan halal sesuai dengan Firman Allah ~ “Wahai manusia, makanlah (makanan) dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah: Ayat 168.

Wednesday, November 23, 2011

New Malaysian Banknotes and Coins


23.11.2011 ~Bank Negara Malaysia is pleased to announce that a new series design of Malaysian banknotes and coins will be issued for circulation in early 2012, an exercise that is undertaken periodically every twelve years. The theme of the design of the new currency series will include features that are distinctively Malaysia . It will also have enhanced security elements in line with the latest advancements in technology for currency notes.  The new fourth series design of banknotes will be featured in the denomination of RM1, RM5, RM10, RM20 and RM100. The current design of the RM50 banknote already in circulation since December 2007 to commemorate Malaysia ’s 50th Anniversary of Independence will continue to remain in circulation. The new design coins are the third in the series for the denominations of 5 sen, 10 sen, 20 sen and 50 sen. This new series of banknotes and coins will co-circulate with the existing series until the latter are gradually withdrawn from circulation.  In preparation for the issuance of the new currency series, Bank Negara Malaysia will be working closely with financial institutions, businesses and cash handling vendors to ensure a smooth transition to the new series. Vendors of cash handling machines will be given six months to calibrate their machines to ensure public convenience for the use of the new currency.  As part of the effort to increase public awareness on the new currency series, Bank Negara Malaysia will issue the commemorative coins for the third series and unveil the new fourth series banknotes design in the third quarter of 2011. Source: BNM.

Wordless Wednesday: Reverse Choir (For PPKS Student Only)


video

Tuesday, November 22, 2011

Tumpasnya Geruda Muda Secara Bermaruah


 
22.11.2011 ~ Malaysia menewaskan Indonesia dengan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.  Walaupun Indonesia mendahului melalui jaringan Gunawan seawal minit perlawanan, Malaysia menyamakan kedudukan melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35. Dikhabarkan juga skuad Harimau Muda pada masa sekarang telah dibawa kembali ke Malaysia.  Ramai rakyat Malaysia yang gembira termasuk Pak Udak kerana kita berjaya membawa balik pingat emas buat negara.   Tak kurang juga ada yang minta PM umumkan cuti umum sempenan kemenangan Malaysia.  Bagi Pak Udak cukup-cukup je la cuti yang dah banyak kat Malaysia ni.  Terlebih cuti nanti takut jadi tak produktif.  Satu perkara juga Pak Udak nak tegur khususnya kat peminat fanatik Malaysia dan Indonesia ~ jangan terlalu beremosi sehingga sanggup mengutuk mana-mana pasukan di FB.  Kalah menang adat permainan.  Yang menang tidak semestinya akan terus menang dan yang gagal tidak mungkin akan terus gagal.  Kalau nak bagi komen kat FBpun jangan sampai kita menjatuhkan aib serta maruah pasukan lawan.  Benda-benda macam ni Nabi kita tak pernah ajar.  Patut kena banyakan syukur bila berjaya dan bukannya terus-terusan mendabik dada dan memperlekehkan pasukan yang kalah.  Indonesia punya kelebihan begitu juga Malaysia.  Kerana kedua-duanya berasal dari rumpun bangsa yang sama. Namapun satu bangsa cuma berbeda negara.  Tahniah Malaysia dan Good Job Indonesia.

Monday, November 21, 2011

Pertarungan Harimau Muda Vs Geruda Muda @ GBKS


21.11.2011 ~ Pertembungan kedua Malaysia vs Indonesia akan berlansung di Stadium Gelora Bong Karno tepat pada jam 8.00pm, 21/11/2011. Team Garuda Muda pasti akan membalas dendam setelah tewas 0 – 1 dipusingan kumpulan. Tugas team Malaysia untuk mempertahankan pingat emas bukanlah mudah kerana Harimau Muda bukan sahaja menentang 11 permain Indonesia tetapi juga akan bertarung dengan puluhan ribu penyokong Merah Putih.   Barisan pemain Malaysia yang jangkakan akan beraksi pada final Sea Games 2011 : Che Mat Khairul Fahmi; Jasuli Mahali, Omar Mohd Asrarauddin, Fazail Mohd Irfan, Mohd Shas Mohamad Fadhli, Ahmad Mohomad Muslim, Othman Mohamd Fandi, Bakhtiar Baddrol, Mansor Muhd Nazmi Faiz, Wan Zakaria Wan Zaharul, Ramlan Izzaq Faris.  Seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah mengharapkan team Malaysia dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos. Tak apalah kalau Malaysia tidak menjadi juara keseluruhan Sea Games 2011 janji Malaysia juara bola sepak. Kejuaraan team bola sepak Malaysia ibarat Malaysia sudah menang keseluruhan Sea Games 2011.

Sunday, November 20, 2011

Asean Style: Banana Cake


20.11.2011 ~ Semalam teringin nak makan Kek Pisang...Habis bandar Miri kami pusing semata-mata nak cari buah pisang embun.  Akhirnya jumpa juga kat Tamu Muhibbah.  Pastu apalagi malamnya Pak Udak operasi macam biasa.  Guna tepung sponge cake, masuk pisang yang kena lenyek, telur 4 biji, minyak masak dan air sikit.  Pastu guna mixer je.  Pukul semua adunan tu sampai kembang.  Pastu masuk dalam loyang dan bakar selama 40 minit.  Pastu ni lah hasilnya....

Malam Pra Natal


20.11.2011 ~ 17 November lepas pelajar-pelajar asrama buat Malam Pra Natal.  Dengan sedikit peruntukan dan kutipan dana akhirnya majlis yang sederhana tampaknya menjadi lebih bermakna buat pelajar asrama khususnya bagi pelajar kristian.  Menu malam tersebut ala-ala kampung dengan menu utama ayam pansuh.  Ternyata pelajar-pelajar Pak Udak ada talent pada hal-hal memasak ni.  Inilah dinamakan ilmu di kampus.  Bukan sekadar membuka dan membaca buku tetapi mengenali Tuhan, manusia dan alam.  Itulah pendidikan.

Asian Style: Ayam Bercili


20.11.2011~ Inilah menu ayam bercili.  Takder resepi, main campak-campak je dalam kuali.  Nak masak ni bukannya susahpun asalkan ada cinta pada masakan. 

Thursday, November 17, 2011

Majlis Konvokesyen PPKS Miri Kali Ke-3 / 2011


Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya. Pihak PPKS MIRI dengan sukacitanya menjemput anda untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Ke 3 (2011) yang akan diadakan mulai Selasa, 29 November 2011 di Imperial Ballroom,Mega Hotel. Majlis Konvokseyen PPKS Miri akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak.  
 
Yuran Konvokesyen:RM90.00 (Sijil) dan RM100.00 (Diploma/INSEP).
 
Bayaran hendaklah dibuat semasa mengambil Jubah pada 23/11/2011 - 25/11/2011 di PPKS Miri.  Raptai Konvokesyen: 28/11/2011 (Isnin), 9.00 pagi. Semua Graduan WAJIB menghadiri raptai.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda hanya layak hadir ke Majlis Konvokesyen PPKS Miri Kali Ke-3 sekiranya:
• Menyempurnakan segala syarat-syarat pengijazahan.
• Tiada bayaran/yuran tertunggak (Sila jelaskan tunggakan sebelum 25 November 2011, sekiranya ada).
• Memulangkan semua buku yang telah dipinjam.
• Membayar Yuran Konvokesyen.

Wednesday, November 16, 2011

Doa Kesejahteraan


Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.
Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami.

Tuesday, November 15, 2011

Menu of The Night: Asian Style ~ Lemon Chicken with Fried Rice


15-11-2011 ~ Inilah hasil masakan Pak Udak petang tadi.  Kebetulan isteri balik lambat sebab ada kursus di SMK Lopeng so ambil kesempatan masak kejap.  Ayam banyak tapi tak tahu nak masak macam mana so Pak Udak buat Ayam Lemon dan Nasi Goreng.  Simple je masak tu.   Main bubuh-bubuh bahan je...Yang penting presentation mesti cantik dan rasa mesti sedap.  Nak mudah gunakan Cukup Rasa.

Sunday, November 13, 2011

Tempe Goreng


13-11-2011 ~ Pernah makan tempe goreng tak? Emmmmm ini dia tempe goreng Pak Udak.  Tempe ni bukan saja sedap tapi khasiat tak yah cakap.  Makan dulu baru tahu.  Kalau budak2 SPM yang nak ambik periksa tu elok bagi makan tempe biar naik sikit IQ tu.  Macam mana nak masak punyala senang ~ goreng tempe sampai garing pastu goreng dan sos dan yang penting bubuh sikit perencah Cukup Rasa..Baik cuba k.

Pais Pisang


13-11-2011 ~ Inilah dinamakan Pais  Pisang atau Lepat Pisang.  Teringin nak makan so apalagi cari bahan-bahan kat tamu pastu buat.  Kalau nak sedap kena pakai buah pisang embun...Masuk kelapa parut, gula dan tepung gandum.  Lepas tu gaul semua bahan dan bubuh dalam daun pisang. Lipat je macam contoh kat atas tu dan kukus hingga masak.  Mudah betul buat kuih tradisional ni.  Selamat berhujung minggu.

Bakso Indonesia @ Pak Udak Cafe


13-11-2011~ Iniah bakso yang Pak Udak sediakan semaam untuk makan malam.  Buatan sendiri dan lebih sedap dari kedai.  Meet ball je yang bukan buatan sendiri.  Rahsia Bakso ni mudah je...sup mesti kaw2 dan power.  Kicap juga penting baru dapat menaikan rasa dan aroma Bakso... Ramai tak caya bakso ni Pak Udak yang masak sebab mati-mati tak caya Pak Udak bolem memasak....Biarlah...

Monday, November 7, 2011

Uvetta Carne Cotta (Daging Masak Hitam)


7-11-2011~ Saluti a tutti. Menu stasera si cucina carne cucina nera. Non siate sorpresi perché il signor Udak utilizzare la lingua italiana. Non si conosce la potenza di Pak Udak. Versatile. Cuoco può. L'insegnamento può essere. Qualunque possa essere. Ni italiani stanchi .. Diciamo che ci giriamo la lingua malese.
 Hahahah confirm ada yang tak faham apa kat atas tu.  Yang penting tak ngutuk orang, tak fitnah orang dan minta jauh sekali nak buat dosa.  Inilah menu makan malam kami tadi.  Kelupis dan Daging Masak Hitam.  Sedap betul bila makan masa panas-panas.  Menu malam ni Isteri Pak Udak yang masak.  Pak Udak memang tahu dia terrer dalam bab-bab masak hitam ni.  Lepas ni kena minum teh hijau dan cuka apple...Banyak sangat makan daging dua tiga hari ni..Eeeee mesti kolestrol naik...

1001 About Indian: Fast workers, REALLY FAST!!!


Menu Petang ~ Kek Coklat & Neslo Panas


7-11-2011 ~ Jom layan Neslo panas dan Kek Coklat semalam yang masih enak.  Tak payah nak lepak jauh-jauh kat rumah sendiri lagi special.  Boleh tambah dan semua free.  Nak wifi tak jadi masalah. Boleh berfb dan berblog.  Sebab tu konsep rumah Pak Udak ni ala-ala kopitiam.  Ni dia Kek Coklat....
Mudahkan kalau kita boleh masak.  Ramai yang kata lelaki tak boleh masak.  Hahaha lelaki memang boleh masak tapi sumpah masakan bonda tiada tandingan.  Sebab bonda kita masak dengan penuh kasih sayang dan paling penting berkat.  Semoga bonda, ayahanda dan bonda mentua Pak Udak sihat dan selamat. Amin.

Mee Goreng Daging


7-11-2011 ~ Jumpa lagi. Masa cuti nilah Pak Udak sempat nak berblog.  Kalau waktu kerja minta maaf.  Fokus harus pada kerja.  Pak Udak tak pernah nak update blog waktu kerja.  Sebelum turun pejabat adalah.  Sebab kerja tu ibadah. Wajib cari rezeki yang halal untuk bawa balik ke rumah untuk anak isteri.  Hehehehe melalot kejap jadi Ustaz.  Nilah menu of the day Pak Udak ~ Mee Goreng Daging.  Daging tak nampak sebab dalam mee.  Emmm taste not bad.  Tambah sedap bila makan dengan Sup Itam (Sup Daging+Kicap Adabi).  
Waktu hujung minggu ni malas nak makan nasi sebab semalam dah banyak sangat makan nasi.  Dagingpun banyak gak dalam peti ais.  Rumah Pak Udak ni berapa orang je.  Kalau nak masak kena fikirkan masakan yang paling sedap dan special.  
Inilah padanan yang paling sesuai bila makan Mee Goreng Daging.  Selamat menjamu selera.

Bear "Dania" Injured


7-11-2-2011 ~ Bear Dania luka pada lengan kiri.  Habis hilang semua kekabu dalam tu Dania keluarkan.  Emmmm...Pagi ni plak dia berusaha nak keluarkan semua kekabu dalam perut beruang tu plak. Pantang tengok ada peluang mesti nak selerakan rumah.  Takpa asal dia bahagia.  Nak selamatkan keadaan Pak Udak cari kekabu bantal yang tak pakai. Haha jumpa dan terus buat sikit operate kat lengan bear tu.
Inilah Bear Dania yang dah sembuh lepas operation.  Hahaha...Inilah antara kerja hujung minggu melayan anak dara Pak Udak yang sorang ni..

Abstract Wall Mural by Dania


7-11-2011 ~ Inilah Abstract Wall Mural yang dihasilakan oleh Dania.  Emmmm kalau yang ada anak tahulah apa itu Abstract Wall Mural. 

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor