Kawad Maut dari Sandakan ke Ranau
Sandakan-Ranau Death March ~ Kawad Maut Sandakan adalah antara kejadian terburuk dalam siri kejadian Kes Jenayah Perang Jepun yang mengakibatkan kematian sehingga 3,600 orang hamba kerahan Indonesia dan 2,400 tahanan perang Pihak Berikat, yang ditahan oleh Askar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia Ke-2, di kem penjara di Borneo Utara. Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas peperangan.
UBIQUE ~ Kundasang War Memorial Park
Seperti pembinaan landasan kereta api Burma (dikenali sebagai landasan kereta api maut), tahanan dipaksa bekerja keras dengan diacukan senapang kepada mereka, sering dipukul dan tidak menerima makanan serta ubatan yang cukup. Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap.
Surat dari Queen Elizebert II
Kebanyakan tahanan akhirnya mati. Pada awal 1945, apabila Pihak Berikat semakin hampir, komandan kem Kapten Hoshijima Susumi memutuskan untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer. Menurut beliau, ia merupakan arahan dari Leftenan Gen Masao Baba, Komander Pemerintah ke-37 dalam Tentera Jepun. Tahanan Australia dan Indonesia ini telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat.
Dalam perjalanan tersebut, lebih 1000 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran dan penyakit. Selain itu, kekurangan makanan dan layanan kejam dari Askar Jepun, hanya 38 tahanan yang masih hidup di Ranau. Semua tahanan kurang sihat dan tidak mampu untuk bergerak. Mereka akhirnya telah mati dibunuh atas perintah tertinggi Jepun. Kesemua mereka dibunuh dalam bulan Ogos.
Enam orang Askar Australia berjaya melepaskan diri. Semasa kawad kedua, Owen Campbell dan Richard Braithwaite berjaya melepaskan diri dan lari ke hutan. Mereka telah dibantu oleh orang tempatan dan akhirnya di selamatkan oleh Pihak Berikat. Semasa bulan Julai, Prebet Nelson Short, Pegawai Warant Satu William Sticpewich, Prebet Keith Botterill dan William Moxham berjaya melarikan diri dari Ranau. Mereka semua juga menerima bantuan dari penduduk tempatan yang memberikan mereka makanan dan menyembunyikan mereka sehingga perang berakhir. Begitulah sejarah sedih disebalik Kundasang War Memorial.
Assalammualaikum, Encik Udak Dilah mempunyai isi sejarah yang menarik tentang Kawad Maut POW Sandakan-Ranau. Saya seorang pelajar Diploma ingin menggunakan maklumat Encik untuk dijadikan bahan rujukan saya. Dengan itu saya memohon untuk dihalalkan untuk mengambil serba sedikit malumat yang encik taip sendiri. Terima Kasih....
ReplyDelete