Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Monday, December 12, 2011

Bakso Istimewa di Kundasang


Inilah Restauran Sri Pinang, Kundasang.  

Salam Cuti Sekolah. Lama tak menulis dalam blog ni.  Maklum je la Pak Udak pergi bercuti jadi tak sempat nak update blog.  Kali ni Pak Udak nak kongsi sikit info tentang tempat makan paling sedap kat Kundasang.  Pak Udak kalau jejak kaki je kat Kundasang mesti pergi sini sebab Bakso situ yang paling sedap.  Kalau yang jaga status tu, janganlah pergi sini sebab tempat ni ala kadar je decorationnya.  

Nasi Goreng Daging ~ RM5.00

Paling menarik, restauran ini berhadapan dengan Gunung Kinabalu.  Kalau awal pagi atau sebelah petang mesti boleh nampak puncak Kinabalu yang cukup indah.  Menu kat restauran ni pelbagai.  Ada macam-macam menu...Cakap je nak makan apa, mesti ada punya.  Tapi kalau minta western food memangla teda.  Sini semua jenis makanan ala Jawa.  

Bakso Campur ni cuma RM4.50....

Bakso campur ni kira istimewa sikit sebab campuran isi ayam, daging dan perut lembu.  Jarang jumpa ni kat Sarawak.  Kalau adapun biasa-biasa je rasanya.  Di Kundasang kedai ni memang ramai orang. Tak kira bangsa apa, semua makan kat situ. Masa kami serapan kat situ (Hari Jumaat), kebetulan ada Tamu di Kundasang.   

Nasi Ayam Bakar ~ RM4.00

Kedai ni memang popular dan hampir full house.  Pagi tu juga budak-budak UMS dah mengambil separuh dari keseluruhan meja yang ada kat situ.  Yang menariknya kebanyakan pelajar Cina. Bagi Pak Udak, kalau ramai yang bukan Islam makan kat situ, kira sedap dan berpatutanlah makanan kat situ.  Syabas dan tahniah kepada pengusaha Restauran Sri Pinang yang berjaya mengekalkan mutu makanan dan perkhidmatan.  Baling best ~ tauke tu masih ingat dengan Pak Udak walaupun jarang ke Kundasang.  




No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor