Biasanya Pak Udak ambil masa 30 minit untuk sampai ke Serikin. Lokasinya di Daerah Kecil Bau iaitu berhampiran sempadan Malaysia - Kalimantan dan jangan ada yang silap pulak sampai pergi ke Serikei. Pasar Serikin hanya beroperasi pada hari Sabtu (6.30 pagi - 6.00 petang) dan Ahad (biasanya sampai puku 2.00 petang) dan janganlah sama sekali pergi hari-hari biasa sebab buat letih je.
Cuaca di Serikin amat panas dan pastikan anda membawa payung dan topi. Tapi kalau tak bawapun tak apa sebab payung boleh dibeli dengan harga yang cukup murah di Serikin sekitar RM5.00 sahaja. Kalau nak pergi ke Serikin, Pak Udak cadangkan pada awal pagi hari Sabtu sekitar pukul 7.oo pagi atau sebelah petang sekitar pukul 3.30 petang. Pada waktu-waktu begini kebiasaannya cuaca agak sejuk sedikit berbanding pada pukul 10.00 pagi dan paling penting pengunjung masih belum ramai.
Semua urusan jual beli disini dibuat dalam Ringgit Malaysia so tak payahlah susah-sauha nak tukar duit rupiah pulak. Kenapa Pak Udak cadangkan berkunjung pada sebelah awal pagi atau lewat petang kerana pada waktu itu aktiviti tawar-menawar amat mudah.
Kebiasaanya harga akan dinaikan dalam RM10 hingga ke RM40 pada waktu puncak iaitu bermula pukul 9.30 pagi sehingga 3.00 petang. Pada waktu-waktu begini harga sepasang jubah wanita boleh mencecah RM95.00!...Sedangkan kalau kita tanya harga pada sebelah pagi dan lewat petang boleh dapat dalam RM55.
Ketika di Pasar Serikin kalau boleh jangan terus membeli tanpa membuat sebarang tawar menawar. Kalau boleh pusing dulu satu round untuk membuat perbandingan harga. Lepas tu baru beli. Pak Udak juga nak pesan kalau boleh jangan masuk di gerai yang ramai orang sebab susah nak dapat harga yang murah.
Tak payah risau sebab Serikin ni bukan macam China Street kat KL tu. Kalau tak beli tak jadi masalah malah anda tetap dihadiahkan dengan ucapan "terima kasih ya mas" dan senyuman mesra~ itulah kelebihan peniaga-peniaga Indonesia. Dekat Serikin macam-macam ada dari peralatan elektrik hinggalah barangan rempah ratus dan herba sebab tu dapat jolokan nama Bandung Van Sarawak ~ Kota Bandung di Sarawak.
Antara barang yang mudah diperolehi di Serikin antaranya Kain batik, jean, tudung, tikar rotan, kerusi rotan, Oven Kek Lapis, Kain Ela, Jubah, Langsir dan banyak lagi. Kat sini pengunjung seakan-akan berada di Bandung Indonesia kerana kebanyakan pakaian dan kain dibawa terus dari Bandung.
Dari segi keselamatan tak payah risau sebab kawalan pihak tentera dan polis amat ketat di Serikin dan terdapat post kawalan dalam pasar serikin. Kat Serikin tak ada ATM jadi siapa-siapa yang nak ke sana kena bawa duit lebih sikit sebab ATM yang terdekat hanya terdapat di Bandar Bau lebih kurang 20Km dari Serikin.
Pak Udak cadangkan bawa wang kertas RM10 banyak sikit sebab mudah nak bayar dan nampak macam orang takder duit (tapi dalam poket ada lagi RM1000.00). Kalau kita bagi RM50 atau RM100 memang susah nak dapat harga murah malah kena bayar lebih adalah. Selain itu belajar-belajar la cakap bahasa Sarawak atau Indonesia.
Kebiasaanya orang Sarawak dapat harga special bila beli barang kat Serikin berbanding dengan rakan-rakan semenanjung. Sebelum pergi tu cari-carilah kawan-kawan kat Kuching yang boleh jadi tourist guide ke Serikin agar lebih mudah anda membeli belah di sana. Sekian ~ Pak Udak.
No comments:
Post a Comment