Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Tuesday, January 3, 2012

MENTOR 6 : Pak Udak nak uji bakat...



Kak Ram ~ Mentor 6

Mentor 6 kembali lagi.  Siapa-siapa yang gagal dan tak berjaya pada uji bakat Mentor 5 yang lepas bolehlah isi borang lagi dan datang uji bakat.  Mana tahu rezeki ayam, dapat jadi penyanyi Mee Segera.  Kalau nak tahu  Uji bakat Mentor 6 akan berlangsung bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pada 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau, dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel Merdeka Palace , Kuching.  Datang ramai-ramai, tapi kalau gagal tu janganlah sampai meraung nangis kat depan camera.  Bagi malu mak bapak je kat rumah.  Abang cameraman kita ni pun satu, suka nak ambik part sedih-sedih.  Kalau rasa suara tu sedap mengalahkan suara Pak Udak ni bolehlah datang nanti. Pada bulan Februari pula, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 melibatkan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy (4 Februari), Faizal Tahir (5  Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF (19 Februari).

No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor