Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Saturday, January 28, 2012

Bila Suami Ke Dapur: Karipap Daging Garing


Karipap Daging Garing ~ Pak Udak

Salam hujung Minggu.  Alhamduillah, menjadi lagi Karipap Daging pagi ni. Kebetulan pulak doh karipap untuk buat kulit masih ada lebih dalam peti ais.  Untuk edisi karipap pagi ini ada kelainan sikit kerana intinya resepi bonda.  Sayang yang membaca post ni tak dapat nak merasa, kalau dapat rasa pasti puji melambung.  Untuk inti karipap ni Pak Udak kongsikan kat sini:

Bahan-Bahan Inti:
2 Biji Keribang Kuning (Keledek Oren)
2 Biji Kentang
300 gm Daging Cincang
3 Biji Bawang Merah
3 Biji Bawang Putih
Seinci Halia
4 Sudu besar Serbuk Kari ADABI
2 Sudu Besar Gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Secawan Air (untuk dicampur dengan kari nanti)

Cara menyediakannya:
Tumbuk semua bawang merah, bawang putih, halia dengan menggunakan lesung batu.  Blender pun boleh pakai tapi kurang sedap sikit rasanya.  Resepi ni kena guna bahan-bahan asli.  Keribang dan kentang dipotong saiz dadu tapi kecil-kecil sikit sebab mudah nak masak nanti.  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing, kemudian masukan kari yang sudah dicampurkan dengan secawan air.  Biarkan kari masak sedikit dan masukan daging cincang.  Masukan gula dan garam.  Kalau ada Serbuk Cukup Rasa pun boleh masuk juga.  Pastu masukan kentang dan keribang. Gaul perlahan dengan menggunakan api perlahan.  Biarkan inti tu kering sedikit atau sampai keribang dan kentang lembut.  Pastu sejukkan dan sedia untuk dijadikan inti Karipap.  Ini bukan resepi cedok kat mana-mana tapi inilah resepi Bonda Pak Udak turun temurun.  Kalau nak buat doh sila ke SINI.  Selamat berhujung minggu.

No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor