Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Monday, January 2, 2012

Laksa Kedah Orang Sarawak


Laksa Kedah Orang Sarawak ~ Pak Udak


Selamat Tahun 2012.  Alhamdulillah sempat lagi kita jumpa tahun 2012 ni.  Esok sibuk semua nak ke sekolah, pejabat dan GBS.  Petang ni Pak Udak nak cuba masak  Resepi Laksa Kedah.  Selalu je makan Laksa Sarawak nak tukar selera pulak kali ni.  Pagi tadi sana-sini pi cari bahan-bahan seperti Bunga Kantan, Daun selada, Daun Kesum, Otak-otak ~ bukan yang otak-otak Melaka tau, Timun, daun limau purut dan lain-lain.  Ikan kembung Fresh mesti ada. Isi kena banyak sikit sebab ni bukan untuk jual tapi untuk makan sendiri.  Ada orang pakai ikan sardin dalam tin tu, sebab takder tulang.  Alahai moden sungguh orang sekarang ni semua nak cepat. Pak Udak tak boleh masak main mudah-mudah je, sebab untuk makan sendiri kuah kena kaw-kaw sikit.  Laksa ni paling mudah nak buat, campak je bahan-bahan seperti dalam resepi tu dalam belanga dan ikut je cara-cara memasaknya.  Dah siap, makan la.  Nak senang lagi pergi je pasar malam, beli sebungkus.  

5 comments:

  1. nice post oh... blog ni pun lawa.. :D

    ReplyDelete
  2. Emmet: Thanks sudi singgah blog Pak Udak..

    ReplyDelete
  3. org miri.. kamek sibu... kinetuk di n9..

    ReplyDelete
  4. Mr.J ~ Pak Udak orang Kuching...kinektok dah jadi orang Miri..Thanks singgah blog Pak Udak.

    ReplyDelete

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor