Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Sunday, January 29, 2012

Bila Suami Ke Dapur : Mee Jawa @ Mee Rebus


Mee Jawa @ Mee Rebus Sarawak


Resepi Mee Jawa Sarawak (6 Orang)

Bahan Mee
Sebungkus mee kuning (pastikan Halal) ~ Dicelur
Seikat Daun Sawi (Dicelur)
250 gm Tauge (Beansprout) ~ Buang kaki dan dicelur)
6 Biji Limau Kasturi (potong dua)
3 Biji Telur (direbus)
Bawang goreng ~ untuk hiasan
Daun sup ~ untuk hiasan
Cili Merah ~ untuk hiasan

Bahan Kuah
500gm Tulang Daging (Cari yang banyak isi) ~ Direbus sampai empuk.
2 sudu Kari Daging ADABI
5 tangkai Cili Kering (dikisar)
1/2 Bawang Besar @ 5 biji Bawang Merah ~ Dihiris halus
2 Inci Halia - dihiris halus
3 Biji Bawang Putih - dihiris halus
3 Biji Keribang (Ubi Oren) - potong dadu dan rebus
50gm Udang Kering (direndam)
1 cawan Susu Cair
1 Buah tomato
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara-Cara
Rebus Tulang daging sampai empuk dalam periuk yang lain.  Goreng bawang besar / merah dan putih hingga garing.  Kisar bawang yang telah digoreng tadi dengan halia, cili kering.  Kemudian tumis kembali bersama kari ADABI.  Kemudian masukan campuran tadi ke dalam air rebusan bersama tulang daging sekali.  Biarkan selama 15-30 minit untuk tujuan menyebatikan daging dengan bahan-bahan tadi.  Selepas itu masukan udang kering yang sudah dikisar  ke dalam kuah tadi.  Selepas itu masukan keribang (ubi oren) yang sudah dikisar.  Masukan susu cair, tomato, garam dan gula secukup rasa.  Biarkan kuah pekat sedikit dan selepas itu sedia untuk dihidangkan bersama telur rebus, daun sup, limau dan cili.  Selamat mencuba Mee Rebus @ Mee jawa Orang Sarawak.  Nan nyaman.

1 comment:

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor