Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Sunday, January 1, 2012

DABAI ~ Buah Borneo


Buah Dabai ~ Bekenu


Pagi tadi Pak Udak ke Bekenu.  Tradisi Pak Udak memang akan ke Bekenu setiap hujung minggu untuk mendapatkan barang keperluan seperti sayur dan ikan yang segar dan murah.  Dekat Kpg Beraya Pak Udak sempat membeli setengah kilo buah Dabai.  Memandangkan sekarang bukan musim buah dabai, harganya melambung sehingga RM19 sekilo.  Kalau kena pada musim buah dabai, harga boleh jatuh sehingga RM5.00 sekio.  Buah dabai ni hanya tumbuh dan berbuah di Pulau Borneo.  Tempat lain Pak Udak tak pastilah sebab sumber Wikipedia kata hanya tumbuh di Borneo.  Buah dabai yang masih muda berwarna putih dan warna unggu gelap apabila masak.  Bentuk dan rupanya seperti kurma.  Nak makan buah dabai ni kena rendam dengan air panas selama 5 minit sehingga isinya lembut.  Lepas tu boleh makan dengan kicap manis ataupun dengan garam.  Kat Sarawak buah dabai ni memang terkenal khususnya di Sibu.  


No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor