Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Tuesday, November 22, 2011

Tumpasnya Geruda Muda Secara Bermaruah


 
22.11.2011 ~ Malaysia menewaskan Indonesia dengan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.  Walaupun Indonesia mendahului melalui jaringan Gunawan seawal minit perlawanan, Malaysia menyamakan kedudukan melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35. Dikhabarkan juga skuad Harimau Muda pada masa sekarang telah dibawa kembali ke Malaysia.  Ramai rakyat Malaysia yang gembira termasuk Pak Udak kerana kita berjaya membawa balik pingat emas buat negara.   Tak kurang juga ada yang minta PM umumkan cuti umum sempenan kemenangan Malaysia.  Bagi Pak Udak cukup-cukup je la cuti yang dah banyak kat Malaysia ni.  Terlebih cuti nanti takut jadi tak produktif.  Satu perkara juga Pak Udak nak tegur khususnya kat peminat fanatik Malaysia dan Indonesia ~ jangan terlalu beremosi sehingga sanggup mengutuk mana-mana pasukan di FB.  Kalah menang adat permainan.  Yang menang tidak semestinya akan terus menang dan yang gagal tidak mungkin akan terus gagal.  Kalau nak bagi komen kat FBpun jangan sampai kita menjatuhkan aib serta maruah pasukan lawan.  Benda-benda macam ni Nabi kita tak pernah ajar.  Patut kena banyakan syukur bila berjaya dan bukannya terus-terusan mendabik dada dan memperlekehkan pasukan yang kalah.  Indonesia punya kelebihan begitu juga Malaysia.  Kerana kedua-duanya berasal dari rumpun bangsa yang sama. Namapun satu bangsa cuma berbeda negara.  Tahniah Malaysia dan Good Job Indonesia.

2 comments:

  1. Kalah dan menang adat permainan...,sudah terbukti orang indonesia tidaklah seperti mereka yang selalu kempen ganyang malaysia..perlawanan semalam kita boleh lihat yang penyokong indonesia sudah pandai berpikir yang kalah menang adat permainan,mereka tidak bertindak bodoh apabila pasukan negara mereka kalah....

    Thanks...kunjungi blog saya..juga..salam kunjungan antara blogger

    ReplyDelete
  2. Justrieyn: Betul tu. Kalah menang adat permainan. Terima kasih singgah sini...

    ReplyDelete

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor