Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Friday, November 25, 2011

Mahalnya ~ Secawan Kopi RM300


Inilah rupa najis musang @ luwak yang mengandungi Biji Kopi Termahal


25.11.2011 ~ Siapa sangka tahi musang atau luwak mampu menjana pendapatan yang cukup besar dan menguntungkan.  Nilai najis emas luwak, musang dari spesies Asian palm civet itu mampu mencecah sehingga AS$800 (RM2,422) sekilogram di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Korea Selatan dan Singapura.  Kisahnya berbeza sebaik sahaja ia memasuki pasaran. 
Proses memungut najis luwak @ biji kopi terbaik dan termahal dunia

Secawan kopi luwak yang diiktiraf antara kopi yang termahal di dunia mampu mencecah sehingga AS$100 (RM300) di beberapa lokasi terkemuka di London.  Haiwan itu memainkan dua peranan penting dalam penghasilan kopi. Pertama, ia memilih biji kopi terbaik untuk dihadamkan. Pakar-pakar turut berpendapat musang liar paling dicari-cari kerana kecerdikannya, namun ia agak sukar ditemui.  
Inilah rupa musang @ Luwak  yang memakan biji kopi

Setelah menggigit lapisan luar kulit buah kopi, biji kopi yang masih berkulit ditelan sebelum sistem pencernaan haiwan itu mula memprosesnya secara semula jadi. Enzim-enzim mula meresap dan memberi keseimbangan kimia terhadap biji kopi, lazimnya jenis Arabica kerana ia banyak ditemui di sekitar Sumatera. Selepas dibersihkan, biji kopi kemudiannya dijemur dan dibakar. 
Pemprosesan Kopi Luwak secara Tradisional

Produk akhirnya ialah kopi yang kurang pahit berbanding kopi-kopi biasa serta mempunyai rasa yang unik dan lazat.  Di Indonesia, Kopi Luwak dijual USD8.00 secawan.  Harga tersebut sudah semestinya dapat mengalahkan kehebatan Kopi Starbucks mahupun Coffee Bean.   Walaupun Kopi Luwak difatwakan halal namun Pak Udak lebih gemarkan kopi o biasa.  Murah, mudah dan halal sesuai dengan Firman Allah ~ “Wahai manusia, makanlah (makanan) dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah: Ayat 168.

1 comment:

  1. Hossny ~ Nanti kita ajak Bang Mos minum kopi ni k....Hahahahah

    ReplyDelete

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor