Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Monday, November 28, 2011

Khasiat "Therapeutic Rose Tea"



Teh Ros ~ Pak Udak (Harga RM79.00 sekilogram)


Pak Udak cukup letih dengan tugasan pejabat sejak seminggu dua ni.  Cara terbaik merehatkan minda dan badan adalah dengan meminum Teh Rose.  Teh ni kalau kat Miri senang je cari.  Ada dekat Boulevard Hypermarket.  Jangan beli banyak sangat sebab harganya mahal.  RM79.00 sekilogram.  Beli sikit jadilah.  Pak Udak biasa beli dan RM3.00 je.  Dapat minum sampai dua minggu.  Nak kongsi sikit rahsia Teh Rose ni...Biar semua orang tahu khasiatnya.


Antara Khasiat Teh Ros @ Rose Tea:-
  • Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa. (Hasil penyelidikan saintis Jerman)
  • Meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti -depressent)
  • Menenangkan ketegangan saraf dan emosi.(penenang)
  • Merawat ulser perut
  • Meransang penghasilan hempedu oleh pundi hempedu
  • Sebagai antiseptik dan merawat kulit yang luka ,terbakar , ruam dan ekzema.
  • Merawat jangkitan pada mata.
  • Meredakan sakit tekak
  • Merawat infeksi pundi kencing
  • Memberi kesan penyejukan pada badan – merawat demam dan selsema.
  • Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen (awet muda)
  • Membuka penutupan pada saluran bronkial (paru-paru)
  • Membantu proses penghadaman
  • Mengekalkan kesihatan usus
  • Mengandungi bahan pengantioksida – Flavonoid yang dapat menentang kanser dan penyakit kardiovaskular.
  • Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi seperti pesakit osteoarthritis.
  • Melancarkan kitar haid dan masalah rahim.
  • Mengandungi vitamin A ,B3, C, D dan E.
  • Merawat cirit-birit
  • Menghilangkan keletihan
  • Menghilangkan sakit kepala dan pening.

Cara Penyediaan:-

Masukkan 2/3 kuntum bunga ros ke dalam satu cawan air panas.  Boleh di tambah air berulang kali sehingga warna merahnya pudar.  Amalkan pengambilan setiap hari untuk kesihatan dan kesegaran yang berpanjangan..

No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor