27.11.2011 ~ Salam MaaL Hijrah 1433 H. Azam tahun ni nak tingkatkan Ibadah dalam kehidupan. Semoga perubahan akan selalu bersama orang yang nak berubah. Post pagi ni Pak Udak nak kongsi dan bagi tahu sikit kat kawan-kawan yang baru je sampai ke Miri. Ada beberapa tempat TERBAEK yang sesuai kalau nak breakfast di Miri. Bagi yang nak makan Roti Canai atau makanan India ~ pergi je kat belakang Mega Hotel Miri.
Gambar Sekadar Hiasan Sahaja
Terdapat 2 buah kedai mamak kat situ. Kalau tak silap namanya Bilal Restautant. Tempat tersorok sikit tetapi tempat tu kalau hujung minggu memang ramai. Bagi peminat nasi lemak berlauk ~ kat Miri pun ada juga. Taste memang macam kat Malaya. Datang je kat Selera Rasa Segar Cafe kat Jalan Bendahara. Kalau stay kat Mega Hotel restaurant ni lebih kurang sebelah Masjid Lama Miri (tapi kena jalan sikitla dalam 5 minit).
Gambar Sekadar Hiasan Sahaja
Kalau teringin nak makan Laksa Sarawak, Pak Udak cadangkan makan di Lemidin Cafe dekat Kedai Ken di Piasau. Tempat ni agak tersorok sikit tapi kalau bawa orang Miri mesti tahu. Laksa kat situ setakat ni superb.
Gambar Sekadar Hiasan Sahaja
Bagi peminat Mee Kolok atau Mee Sapi ada 3 tempat Pak Udak boleh syorkan ~ 1. Pak Cik Wan Cafe di Lutong, 2. Awang Mahyan Cafe (sebelah Bintang Mall) dan satu lagi tak jauh dengan Selera Rasa Segar Cafe, 3. Aseaneka di SCDC ~ tak jauh dengan Bank Muamalat. Kat kedai ni memang original Mee Kolok. Thump up kat Peniaga Muslim Bumiputera yang berjaya ni. Bangga Pak Udak.
Gambar Sekadar Hiasan Sahaja
Manakala bagi peminat Mee Rebus aka Mee Jawa kat sini, Pak Udak cadangkan satu tempat je ~ Hole 9 Kampung Pulau Melayu. Kat sini Mee Rebus atau Mee Jawa memang terbaik cuma lokasinya agak tersorok dan berhampiran dengan Kelab Golf Miri.
Gambar Sekadar Hiasan Sahaja
Setakat dua tahun kat Miri ni je la tempat yang Pak Udak boleh recomend sebab sedap dan harga yang berpatutan. Selamat mencuba. Lain orang Lain Selera. ~ Pak Udak.
No comments:
Post a Comment