Salam Kedamaian dari Pak Udak di Utara Sarawak. Pagi ni Pak Udak terbaca kembali kisah pelajar Malaysia yang kena serang dan dirompak semasa rusuhan di London. Pak Udak doakan semoga Muhammad Ashraf Haziq tabah dan segera sembuh. Bila Pak Udak renung dan fikir-fikirkan kembali ada betulnya kenapa kita harus menolak dan kalau boleh WAJIB menolak anasir-anasir yang boleh mengancam nyawa orang lain. Memang ada kewajaran untuk kita menuntut HAK sebagai warganegara namun apa tidak ada resolusi lain yang boleh digunakan dari turun ke jalan raya. Kalau kita menuntut keadilan yang saksama itu mustahil kerana Tuhan sendiri mencipta manusia dengan kepelbagaian warna kulit, rupa dan bahasa yang berbeza. Kepelbagaian ini harus diterima dengan otak dan akal yang wajar serta IMAN yang kukuh di dada supaya setiap tindak tanduk kita sebagai manusia yakni khalifah tidak berubah sifat seperti binatang. Kejadian yang menimpa pelajar Malaysia harus dijadikan iktibar buat kita semua kenapa kita harus menolak Demontrasi jalanan dan rusuhan. Tidak ada yang sempurna di dunia ini. Kita harus menerima kelebihan dan kekurangan orang lain untuk terus hidup bersama. Pak Udak juga nak puji orang UK sebab sentiasa menyokong Muhammad Ashraf dalam menempuhi saat paling sukar dalam hidupnya diperantauan.
KLIK sini untuk lihat betapa masyarakat barat amat mengambil berat terhadap orang lain yang mendapat kesusahan di negera mereka. Kata-kata sokongan terhadap Muhammad Ashraf mencurah-curah masuk dalam lama web yang disedikan
ini. Berlainan sekali di Malaysia, selepas demontrasi jalanan anjuran BERSIH selesai, kita saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Inilah cerminan masyarakat Malaysia yang sebenar tidak mahu menerima tanggungjawab dan tidak rasa malu terhadap apa yang telah berlaku. Hari ni 13 Ogos 2011 di Kuching akan diadakan pulak "Walk for democracy". Lihat
di sini untuk lebih lanjut. Pak Udak harap rakan-rakan Pak Udak dan masyarakat Islam di Kuching, Sarawak menjaga kemuliaan Ramadhan. Jangan sampai emosi kita mengatasi segala. ~ Pak Udak.
No comments:
Post a Comment