Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Thursday, August 11, 2011

'Jom, Kibarkan Jalur Gemilang'





MIRI  - Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Wilayah Miri pada 11 Ogos 2011 telah melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2011 sempena Bulan Kemerdekaan bagi memupuk semangat kemerdekaan dalam diri setiap pelajar dan kakitangan PPKS.  Kempen bertemakan 'Jom, Kibarkan Jalur Gemilang' itu dirasmikan Pengarah Wilayah, Hajah Khaninah Haji Ariff sambil disaksikan semua warga PPKS Miri.  Sementara itu, Khaninah Ariff ketika ditemui kemudian berkata, program tersebut menunjukkan bahawa PPKS Miri sentiasa menyahut seruan kerajaan untuk bersama-sama menimbulkan semangat meraikan hari kemerdekaan.

"Semua kakitangan dan staf PPKS Miri terlibat sama menunjukkan jiwa dan semangat kita dalam merayakan sambutan kemerdekaan negara ini.

"Ini juga merupakan satu pendekatan menjadikan kita betul-betul berjiwa Malaysia dan memupuk semangat patriotik yang ada dalam diri masing-masing," jelas beliau.

2 comments:

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor