Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Tuesday, August 9, 2011

Dua pelatih Penan terima biasiswa daripada Syarikat Samling



MIRI: Dua pelatih Penan di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Miri telah dipilih untuk menerima biasiswa bernilai RM8,200 seorang daripada Syarikat Samling Timber Sdn Bhd.  Pengarah Wilayah PPKS Miri, Khaninah Ariff berkata, kedua-dua pelatih tersebut mengikuti kursus Sijil Ke-mahiran Malaysia (SKM) – Juruteknik Kanan Automasi.  “PPKS berterima kasih kepada syarikat swasta seperti Samling kerana sudi memberi biasiswa kepada penuntut Penan yang menuntut di sini. Kami berharap lebih banyak syarikat swasta asing dan tempatan membantu pelatih melanjutkan pelajaran,” katanya berucap mewakili Samling pada majlis penyampaian biasiswa di PPKS Miri di Lutong baru-baru ini.  Jurucakap daripada Samling Sdn Bhd memberitahu, biasiswa yang diberikan itu merupakan antara program sosial yang ditawarkan kepada institusi pengajian tinggi dan kemahiran bagi membantu dan membela nasib kaum Penan untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik dalam bidang kemahiran.  Biasiswa itu merangkumi pembiayaan yuran pengajian, elaun sara hidup dan yuran asrama bagi tempoh 12 bulan.  Samuel Luhat, 21, yang berasal dari Kampung Long Lunyim tidak menyangka sama sekali permohonan beliau untuk mendapatkan penajaan daripada pihak Samling telah diluluskan.  “Saya berjanji akan menggunakan kemudahan kewangan tersebut untuk menamatkan program pengajian SKM Tahap 3. Selain itu saya menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia di PPKS Ku-ching,” katanya.  Nataniel Mawa, 21, pula bersyukur kerana mendapat bantuan daripada pihak Samling.  “Saya kagum dengan usaha PPKS Miri dalam mencari sumber kewangan kepada pelajar Penan. Di sisi lain dia beharap agar lebih ramai pelajar Penan dapat dibantu melalui pemberian biasiswa yang serupa,” katanya yang berasal dari kampung yang sama dengan Samuel.

Note: Write up done by Udak Dilah For Borneo Post.

No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor