Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Wednesday, August 10, 2011

Bayaran Zakat Fitrah Sarawak RM6.20 Sahaja


Salam Ramadhan semua. Esok dah masuk 11 Ramadhan, bermakna 6 hari lagi Sambutan Nuzul Quran.  Selain itu kita pulak mula sibuk menghitung jari kaki dan tangan baki puasa sebelum menjelang hari raya aidilfitri.  Kalau dikira-kira tinggal 18 hari lagi puasa jika hari raya jatuh pada 30 Ogos 2011.  Kat supermarket khususnya di Miri ni belum masuk ramadhan lagi lagu-lagu raya sudah diputarkan. Dah adat orang berniaga.  Aura raya perlu dihidupkan untuk meningkatkan nafsu kita berbelanja.  Tapi dalam kesibukan kita beribadat dan membuat persediaan raya janganlah pula ada yang terlupa untuk membayar Zakat Fitrah.  Untuk Sarawak bayaran RM6.20 dan bermakna untuk keluarga Pak Udak perlu bayar RM18.60 untuk tahun ini.  Kalau dikira-kira berapa sangatlah bayaran zakat sebanyak itu dengan rahmat dan nikmat Allah kita perolehi selama ini.  Walaupun sunnat membayar zakat fitrah sebelum takbir raya tetapi membayar awal tidak menjadi kesalahan.  Sebab wang tersebut akan diagihkan mengikut asnaf dan hukum yang telah ditetapkan.  Semoga zakat fitrah yang kita keluarkan bukan sahaja mengembirakan hati penerima malah dapat melengkapi amalam puasa kita di bulan Ramadhan. ~ Pak Udak

No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor