Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Sunday, August 7, 2011

Penguasa Kek Lapis Sarawak Yang Pakai Goldern Churn Perlu Samak Peralatan


KUCHING 3 Ogos – Pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega “Golden Churn Creamy Butter” yang kini didapati mengandungi DNA babi perlu membersihkan peralatan membuat kek tersebut mengikut kaedah Islam.  Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, pembersihan tersebut atau “menyamak” perlu dilakukan bagi memastikan produk tersebut selepas ini halal dari peringkat pembuatan sehingga dijual ke pasaran terbuka.  “Sekarang sudah sah mentega itu haram. Sesiapa yang pernah menggunakannya perlu samak segala peralatan yang pernah digunakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) berjumlah RM51,286 kepada 35 penerima di sini hari ini.  Beliau berkata, bagi kek lapis yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), pengusahanya tidak perlu menggunakan kaedah pembersihan tersebut.  Daud berkata, pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Sarawak telah diminta supaya menarik balik iklan yang diletakkan oleh premis perniagaan yang memberi jaminan bahawa produk mentega tersebut adalah halal. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor