Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Friday, August 26, 2011

Nak Raya Rumah Mana?



Salam semua. Alhamdulillah malam ni dah masuk malam ke 26 Ramadhan dan bermakna ada tiga malam lagi untuk kita mencari rahmat dan makfirah Ramadhan.  Kalau kat kampung suasana raya memang dah terasa tapi Pak Udak yang duduk betul-betul kat tengah Bandaraya Miri ni susah betul nak nampak lampu pelita.  Kalau kat kampung malam-malam 10 Ramadhan ini biasanya diterangi oleh lampu pelita yang disebut bertuntung kalau di Sarawak.  Berbalik pada title post kat atas tu, sini Pak Udak nak cerita sikit betapa susahnya nak buat keputusan kalau kita dah ada keluarga sebab isu ni akan timbul setiap hari raya. Alhamdulillah, Pak Udak tak kisah kat mana-man pun boleh raya. Rumah belah isteri pun ok, rumah sendiripun tak jadi masalah.  Janji dapat berjumpa dengan orang tua.  Bila lagi nak berkumpul bersama. So mana-mana pasangan suami isteri yang masih mencari-cari kat mana nak raya, cubalah buat keputusan bersama.  Raya ni untuk kita bergimbira dan bukannya untuk kita mencari kemarahan suami atau rajuk isteri.  Pandek kata timbang rasa dan muafakat itu penting.  Cuma Pak Udak nak ingatkan kepada para isteri supaya jangan sampai masalah sebegini menyebabkan kita menguris hati suami.  Para suami juga janganlah pulak ambil kesempatan bila status "syurga itu dibawah kaki suami" dengan tidak berlaku adil kepasd isteri.   Sama-sama kita berfikir dan mentafsir semoga apa yang baik dapat kita manfaatkan.  ~ Pak Udak

No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor