“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).
Salam Ramadhan yang Ke-8....Cukup tak terasa yang kita sudahpun lebih seminggu berpuasa. Perut nampkanya dah mula selesa dengan amalan berpuasa. Alhamdulillah sama-sama kita banyakan syukur kepada Allah kerana masih memberikan kita ruang untuk meneruskan Ramadhan ini. Post kali ni Pak Tambang nak bercerita pasal anak-anak yang suka membenci ibu bapa. Pak Tambang memang tak suka kalau ada anak yang derhaka. Sebesar manapun salah ibu bapa kita mana mungkin kita layak untuk membenci mereka. Pesanan Pak Tambang kat budak2 yang suka sangat membenci ibu bapanya ni insaflah kerana dosa derkaha dengan ibu bapa sama tingkat dan tarafnya kita syirik kepada Allah. Nauzubillahiminzalik..
Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654
Begitulah besarnya dosa kalau kita derhaka kepada ibubapa. Sama-samalah kita berdoa serta bermaaf-maafan di hari yang mulia ini agar sikap angkuh, bongkak dan takabbur kita terus hilang dalam jiwa kita sesuai dengan diri kita ni yang bergelar muslim. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment