Salam Lebaran. Hari ini merupakan hari terakhir puasa. Semoga semua ibadah dan amalan baik kita pada bulan Ramadhan akan diterima Allah dan akhir sekali penghapusan dosa. Kali ini Pak Udak nak terangkan sikit tentang konsep bermaaf-maafan pada hari raya. Sebenarnya tak salah malah dianjurkan oleh agama cuma tak elok bila raya je baru nak minta maaf dan maafkan orang. Dalam Islam bermaaf-maafan itu perlu dilakukan pada setiap hari. Lebih baik sebelum tido. Bukan apa, kalau kita tunggu raya baru nak minta maaf atau memaafkan orang lain takut kita tak sempat nak jumpa Syawal lagi...Manalah tahu kita dah pergi dulu sebelum datangnya Syawal. Kat Ibu bapa kena minta maaf selalu. Gitu juge kat Isteri mesti selalu minta maaf dengan suami. Bermaaf-maafan ini perlu dibuat setiap hari agar hati kita bersih. Salam Lebaran... Pak Udak.
"Bukan Sekadar Cerita Masakan dan Peribadi Tapi Sebuah Nostalgia"- Udak Dilah
Rakan Pak Udak
Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih
PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.
Monday, August 29, 2011
Konsep Bermaaf-Maafan Bukan Hanya Pada Hari Raya
Salam Lebaran. Hari ini merupakan hari terakhir puasa. Semoga semua ibadah dan amalan baik kita pada bulan Ramadhan akan diterima Allah dan akhir sekali penghapusan dosa. Kali ini Pak Udak nak terangkan sikit tentang konsep bermaaf-maafan pada hari raya. Sebenarnya tak salah malah dianjurkan oleh agama cuma tak elok bila raya je baru nak minta maaf dan maafkan orang. Dalam Islam bermaaf-maafan itu perlu dilakukan pada setiap hari. Lebih baik sebelum tido. Bukan apa, kalau kita tunggu raya baru nak minta maaf atau memaafkan orang lain takut kita tak sempat nak jumpa Syawal lagi...Manalah tahu kita dah pergi dulu sebelum datangnya Syawal. Kat Ibu bapa kena minta maaf selalu. Gitu juge kat Isteri mesti selalu minta maaf dengan suami. Bermaaf-maafan ini perlu dibuat setiap hari agar hati kita bersih. Salam Lebaran... Pak Udak.
Friday, August 26, 2011
Nak Raya Rumah Mana?
Thursday, August 25, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Pak Udak sekeluarga nak minta maaf kalau ada salah dan silap. Al maklum sajalah kita ni manusia biasa. Mudah buat silap. Bila bercakap ada pulak yang terasa hati. Bila menulis ada pulak yang rasanya diperli. Bila kita nak buat sesuatu yang baru ada pulak yang tersinggung. Bila kita berdiam diri ada pulak yang pikir sombong. Sebenarnya itulah lumrah kehidupan manusia yang semua orang tak dapat nak lari dan elak. Apapun kita cuba buat yang terbaik bukan sahaja untuk diri tetapi untuk kepentingan orang lain. Justeru, Pak Udak dan keluarga nak minta maaf kalau ada buat salah dan silap serta tak senang dipandang mata. Semoga syawal yang akan menjelma nanti akan menambahkan ikatan ukhwah antara kita semua. Esok Pak Udak balik kampung (Kuching), doakan kami sekeluarga dan sesiapapun pengguna di jalan raya selamat dalam perjalanan ke kampung halaman. Amin. Selamat Hari Raya Aidilfitri. ~ Pak Udak.
Monday, August 22, 2011
Belasungkawa "Seorang Tua Di Kaki Gunung".
Sunday, August 21, 2011
Biskut Batang Buruk ~ Tepung Kacang Hijau Alagapas
Biskut apa? ~ Tat Nanas Gulung
Pagi ahad ni kami berjaya buat Tat Nanas Gulung (Homemade)....Cuma lepas ni nak gi kedai lagi coz ramuan tu tak cukup nak buat biskut untuk emak, emak mentua dan rumah kami yang kat Miri ni.....Puas hatilah raya ni sebab semua buat sendiri.......
Saturday, August 20, 2011
Friday, August 19, 2011
Manusia Kebanyakan Gagal Memikul Amanah
Majlis Berbuka Puasa anjuran PPKS Miri Bersama Anak-Anak Yatim
Wednesday, August 17, 2011
Belasungkawa Imam Saudi - Imam Masjid Piasau
Gen2ku Sayang
Sunday, August 14, 2011
Tip Ke Serikin ~ Bandung Van Sarawak
Biasanya Pak Udak ambil masa 30 minit untuk sampai ke Serikin. Lokasinya di Daerah Kecil Bau iaitu berhampiran sempadan Malaysia - Kalimantan dan jangan ada yang silap pulak sampai pergi ke Serikei. Pasar Serikin hanya beroperasi pada hari Sabtu (6.30 pagi - 6.00 petang) dan Ahad (biasanya sampai puku 2.00 petang) dan janganlah sama sekali pergi hari-hari biasa sebab buat letih je.
Cuaca di Serikin amat panas dan pastikan anda membawa payung dan topi. Tapi kalau tak bawapun tak apa sebab payung boleh dibeli dengan harga yang cukup murah di Serikin sekitar RM5.00 sahaja. Kalau nak pergi ke Serikin, Pak Udak cadangkan pada awal pagi hari Sabtu sekitar pukul 7.oo pagi atau sebelah petang sekitar pukul 3.30 petang. Pada waktu-waktu begini kebiasaannya cuaca agak sejuk sedikit berbanding pada pukul 10.00 pagi dan paling penting pengunjung masih belum ramai.
Semua urusan jual beli disini dibuat dalam Ringgit Malaysia so tak payahlah susah-sauha nak tukar duit rupiah pulak. Kenapa Pak Udak cadangkan berkunjung pada sebelah awal pagi atau lewat petang kerana pada waktu itu aktiviti tawar-menawar amat mudah.
Kebiasaanya harga akan dinaikan dalam RM10 hingga ke RM40 pada waktu puncak iaitu bermula pukul 9.30 pagi sehingga 3.00 petang. Pada waktu-waktu begini harga sepasang jubah wanita boleh mencecah RM95.00!...Sedangkan kalau kita tanya harga pada sebelah pagi dan lewat petang boleh dapat dalam RM55.
Ketika di Pasar Serikin kalau boleh jangan terus membeli tanpa membuat sebarang tawar menawar. Kalau boleh pusing dulu satu round untuk membuat perbandingan harga. Lepas tu baru beli. Pak Udak juga nak pesan kalau boleh jangan masuk di gerai yang ramai orang sebab susah nak dapat harga yang murah.
Tak payah risau sebab Serikin ni bukan macam China Street kat KL tu. Kalau tak beli tak jadi masalah malah anda tetap dihadiahkan dengan ucapan "terima kasih ya mas" dan senyuman mesra~ itulah kelebihan peniaga-peniaga Indonesia. Dekat Serikin macam-macam ada dari peralatan elektrik hinggalah barangan rempah ratus dan herba sebab tu dapat jolokan nama Bandung Van Sarawak ~ Kota Bandung di Sarawak.
Antara barang yang mudah diperolehi di Serikin antaranya Kain batik, jean, tudung, tikar rotan, kerusi rotan, Oven Kek Lapis, Kain Ela, Jubah, Langsir dan banyak lagi. Kat sini pengunjung seakan-akan berada di Bandung Indonesia kerana kebanyakan pakaian dan kain dibawa terus dari Bandung.
Dari segi keselamatan tak payah risau sebab kawalan pihak tentera dan polis amat ketat di Serikin dan terdapat post kawalan dalam pasar serikin. Kat Serikin tak ada ATM jadi siapa-siapa yang nak ke sana kena bawa duit lebih sikit sebab ATM yang terdekat hanya terdapat di Bandar Bau lebih kurang 20Km dari Serikin.
Pak Udak cadangkan bawa wang kertas RM10 banyak sikit sebab mudah nak bayar dan nampak macam orang takder duit (tapi dalam poket ada lagi RM1000.00). Kalau kita bagi RM50 atau RM100 memang susah nak dapat harga murah malah kena bayar lebih adalah. Selain itu belajar-belajar la cakap bahasa Sarawak atau Indonesia.
Kebiasaanya orang Sarawak dapat harga special bila beli barang kat Serikin berbanding dengan rakan-rakan semenanjung. Sebelum pergi tu cari-carilah kawan-kawan kat Kuching yang boleh jadi tourist guide ke Serikin agar lebih mudah anda membeli belah di sana. Sekian ~ Pak Udak.
Saturday, August 13, 2011
Kenapa Kita Perlu Tolak Rusuhan Jalanan @ Say NO to Riots
Friday, August 12, 2011
Cuti Hari Raya & Cuti Pertengahan Semester PPKS Miri 2011
MOU antara PPKS / City Sunderland College, UK dan Miri Housing
TYT: Public holiday either on Sept 1 or 2
Thursday, August 11, 2011
'Jom, Kibarkan Jalur Gemilang'
Wednesday, August 10, 2011
Bayaran Zakat Fitrah Sarawak RM6.20 Sahaja
10 Ramadhan - Tahlil Arwah Ayahanda Mentua Allahyarham Abdul Razak
Zon Inggar Kak Lehot ~ Kau Tek Kacak
Tuesday, August 9, 2011
PPKS reminded to take in more SPM school leavers
Note: Write up done by Udak Dilah For Borneo Post.
Dua pelatih Penan terima biasiswa daripada Syarikat Samling
Note: Write up done by Udak Dilah For Borneo Post.
SMV students on educational visit to PPKS
Note: Write up done by Udak Dilah For Borneo Post
PPKS anjur kem kemahiran di SMV Miri
Nasi Lemak Bang Pendi ~ Lembah Hijau
Kakitangan Awam Dapat Setenggah Bulan Bonus....Hap hap hureeeee
Monday, August 8, 2011
Jangan Benci Ibu Bapa
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).
Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654