Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Wednesday, February 1, 2012

Siapa Lelaki Paling Seksi di Dunia


Source: southafrica-2010-fifa-worldcup.blogspot.com

LONDON 31 Jan. - Bintang bolasepak terkenal, David Beckham dinamakan sebagai lelaki paling seksi di dunia oleh majalah Heat pada tahun ini.  Pemain bola sepak kelab Los Angeles Galaxy itu, menduduki tangga teratas senarai 101 lelaki paling seksi selepas mengalahkan pelakon Ryan Gosling dan Ryan Reynolds yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.  Pelakon Bradley Cooper berada pada tangga keempat diikuti dengan Jake Gyllenhaal.


Senarai 101 lelaki paling seksi di dunia telah diundi oleh lebih 1,000 pembaca majalah Heat, di mana kedudukan tempat yang ke-26 hingga 101 hanya berdasarkan pada undi sahaja.  Senarai lelaki seksi 25 teratas merupakan hasil keputusan daripada undi pembaca dan beberapa pakar panel seperti jurugambar selebriti, Nicky Johnston; pengasas syarikat Premier Model, Carol White dan editor kolum Style dalam majalah Heat, Jo Hoare.

Bintang filem Twilight, Robert Pattinson, pelakon filem The Dark Knight Rises, Tom Hardy dan pelakon Johnny Depp turut berada dalam senarai 10 teratas.  Hakim rancangan televisyen X Factor, Gary Barlow menduduki tangga ke-13 manakala penyanyi kumpulan Take That, Robbie Williams berada pada tempat ke-39.

Editor majalah Heat, Lucie Cave berkata, majalah tersebut menampilkan senarai lelaki paling seksi pada setiap minggu namun ini merupakan kali pertama mereka mengumpulkan senarai muktamad lelaki paling seksi di dunia.

"Pembaca dan pakar panel kami dengan jelas menyatakan tidak ada selebriti lain yang lebih layak menerima gelaran ''lelaki paling seksi di dunia 2012'' selain Beckham.

"Dia mempunyai bakat, gaya, daya tarikan dan karisma. Kami amat gembira Beckham mengungguli senarai teratas dalam pengundian itu," kata Cave. - AGENSI ~ Utusan Malaysia

#######################

Semua pencalonan di atas adalah orang putih.  Pak Udak percaya ramai lagi lelaki yang seksi dan romantik di Asia khususnya di Malaysia.  Sebenarnya itu tak penting, yang paling penting pada seorang lelaki adalah yang boleh menjadi ketua keluarga, boleh baca al-quran, jaga solat dan jaga agama.

No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor