Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Monday, February 6, 2012

Bila Suami Ke Dapur ~ Cendol Lagi


Tepung Hunkwee ~ Made in Indonesia

Selamat Bercuti.  Semalam pergi Baulevard Mall dan dengan tak segaja terjumpa Hunkwee Flour.   Tepung yang digunakan untuk buat CENDOL.  Hargapun murah je lapan posen je.  Sebenarnya tepung Hunkwee ni susah nak jumpa sebab Made In Indonesia.  Cendol ni sajian popular di Nusantara termasuklah di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei.  Namapun bangsa serumpun mestilah banyak persamaan.  Namun begitu Indonesia menjadi polopor cendol sehingga ada tepung cendol mereka tersendiri.

Perfect Cendol 


Resepi Cendol
1 Bungkus Tepung Hunkwee (ada jual kan Boulevard Miri)
5 sudu besar Tepung beras
5 sudu Besar Tebung Ubi Kayu
1500 liter Air
1 Sudu Besar Sedikit Gula
Garam secukup rasa
1 sudu Teh Perisa Pandan (Boleh gantikan dengan 5 helai daun pandan)


Acuan Cendol ~ Manual je.

Cara
Campur semua tepung tadi bersama gula dan garam dan gaulkan bersama air 500ml air.  Masukan perisa pandan dan gaul hingga rata. Masak 1000ml air dalam periuk yang sedang-sedang besar.  Apabila air dalam periuk mula mendidik perlahankan api dan masukan campuran tepung tadi ke dalam periuk.  Gaul perlahan hingga pekat.  Kemudian gunakan senduk yang berlubang untuk acuan cendol.  Pastikan mangkuk untuk cendol menggandungi air sejuk.  Biarkan cendol mengeras dan sedia untuk dihidangkan dengan air gula, gula apong dan santan atau susu.  


Favorite Dania dan Mamanya

Cendol ini sedap kalau dimakan dengan campuran santan/susu, air gula apong atau gula nipah.  Suka atilah nak masuk apapun asal sedap. Dania anak Pak Udak dah tak sabar nak makan Cendol.  Idea nak buat cendol ni adalah kerana isteri Pak Udak mengidam nak makan Cendol buatan sendiri (homemade).  Sebagai suami, apa je permintaan isteri pasti akan cuba ditunaikan.  Asal jangan minta makan cendol kat bulan dah la.  Tu payah nak tunaikan...Hahaha ok.. Salam rehat.

No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor