Salam hujung minggu. Sabtu merupakan hari terbaik untuk sesi masak-masak. Untuk menu tengahari ni Pak Tambang teringin pula nak makan Mee Hun Belacan. Kalau kat Kuching mee hun belacan ni paling sedap kat Swee Kang , Jalan Haji Taha (tak jauh dari Hotel Domani). Mee Hun Belacan Pak Tambang ni tak kurang juga sedapnya....Semua orang puji sedap...Itulah yang Pak Tambang suka bila memasak..
Resepi Mee Hun Belacan Sarawak
Bahan-Bahan
1 Bungkus Bee Hun - direndam dan dicelur..
Bahan Kuah
1 Biji Bawang Merah Bombay (Bawang Besar pun boleh).
10 biji Cili kering (direndam dalam air suam)
200 gm Belacan (nak sedap pakai belacan Bintulu)
1 Liter Air
Gula Apong atau Gula Melaka secukup rasa
1 sudu teh Tepung Jagung
Garam secukup rasa
Kicap masin dan manis Kipas Udang - secukup rasa
2 sudu Otak Udang
Bahan-Bahan Sampingan
3 Biji telur Padi
1/2 kg sotong kembang
1 biji timun
2 biji cili merah
Cara Memasak
Kisar bawang dan cili kering bersama air. Selepas itu masak hingga mendidik. Selepas itu masukkan gula apong, tepung jagung, kicap, otak udang dan garam secukup rasa. Masak kuah tadi hingga pekat. Kemudian masukan Mee Hun, timun, cili, sotong dan telur padi ke dalam mangkuk. Kemudian masukan kuah dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba...Dalam resepi ni Pak Tambang lupa nak masukan sotong...hehhehe tapi masih sedap juga.... PT