Petang ni Pak Tambang nak cerita sikit tentang makanan exotik orang Sarawak...Makanan ni pelik sikit tapi kalau kat Sarawak itu biasa. Ulat Sagu atau Ulat Mulong atau Siat merupakan makanan exotic masyarakat Melanau khususnya dan masyarakat peribumi Sarawak yang lain. Ulat istimewa ini diperolehi dari batang pokok rumbia atau pokok mulong yang sudah reput. Kebiasaannya ulat ini dijual dengan harga RM0.50 sehingga RM2.00 seekor bergantung kepada bentuk dan saiznya. Kata orang "ulat mulung" ni kalau dipanggang atau digoreng rasanya seakan sama dengan udang. Pak Tambang tak pernah cuba walaupun ramai yang kata sedap. Ulat ni biasa dijual kat Pasar Satok, Pasar Serian, Pasar Sri Aman dan di tamu-tamu mesyarakat tempatan. Nak merasa datanglah ke Sarawak. Di sini kepelbagaian etnik menjadikan Sarawak memiliki pelbagai jenis makanan tradisi yang exotic dan terkenal.
wow .blh mkn ke x nih ?HAHA .
ReplyDeleteBoleh makan...Biasanya orang Melanau dan Peribumi Sarawak yang makan ni...
ReplyDelete