Selamat bertemu lagi...Petang tadi Pak Tambang sempat masak-masak.....Walaupun penat dengan tugasan harian namun minat memasak menjadikan Pak Tambang lebih bersemangat untuk balik awal....Kali ini Pak Tambang dah masak makanan yang paling disukai oleh isteri Pak Tambang iaitu Butter Prawn....Isteri Pak Tambang bukan tak reti nak masak cuma saja je nak rasa air tangan Pak Tambang....Cara penyediaannya juga mudah...yang penting udang mesti fresh dan Butter Cereal Seasoning Powder (Cosway).
Bahan-Bahan
500gm Udang Segar
1 biji telur
100gm Butter
3 sudu besar Butter Cereal Seasoning Powder
Daun kari..
Cara Memasak
Goreng udang yang telah dibersihkan hingga garing @ masak. Selepas masak asingkan ke dalam bekas yang lain. Kemudian panaskan kuali dan masukkan butter, telur, daun kari dan serbuk Butter Cereal. Kacau hingga sebati. Selepas itu masukkan udang dan kacau hingga rata dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment