Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Friday, September 30, 2011

Indahnya Islam: Bersangka Baik Sesama Insan



30.09.2011 ~ Bersangka baik adalah rahsia kerukunan hidup kita dalam sekecil-kecil entiti keluarga sehingga dunia secara keseluruhannya. Bersangka baik itu dituntut oleh Islam. Rasulullah SAW sendiri bersangka baik dengan jirannya yang berbangsa Yahudi yang menyihir baginda. Apabila baginda mendapat perkhabaran jirannya itu sakit, baginda lantas mengunjungi jirannya dengan penuh sangkaan baik. Dan wanita itu mendapat hidayah dengan kemuliaan akhlak baginda.  Bersangka baik itu doa, apabila kita bersangka baik kita sebenarnya sedang meminta doa untuk kebaikan.  Bersangka baik juga dapat membantu membentuk jiwa ‘salamah’ (sejahtera) dalam diri kita dan rakan-rakan disekeliling kita. Sekiranya  semua orang bersangka baik sesama sendiri, ternyata kerukunan itu akan lebih mudah dibentuk. 

"Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya (Aristotle )"

Wahai orang-orang beriman, jauhilah diri kamu dari banyak berprasangka, sesungguhnya sesetengah prasangka itu adanya dosa. (Hujurat : 12)

 Janganlah kamu berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari mulut saudara kamu (sesama muslim) kecuali sangkaan yang baik. (Saidina Umar al-Khattab)

Dari segi psikologi juga, apabila kita meletakkan sangkaan yang negatif, maka kita hanya akan menumpukan kepada perkara yang negatif sahaja.  Tatkala mula mahu bersangka buruk, duduk sejenak, dan fikir-fikirkan apa akibat tindakan kita kepada orang lain hasil sangkaan buruk tersebut. Kita mungkin membuka aib orang lain. Namun secara tidak sedar kita juga sedang membuka aib sendiri.

Thursday, September 29, 2011

Kelebihan Surah Al-Kahfi


 
29.9.2011 ~ Maghrib tadi Pak Udak bertamu di Rumah Allah @ Masjid An Naim Lutong dengan membawa bersama botol-botol air Mineral untuk dijadikan air bacaan Yassin.  Semoga keberkatan Yassin yang dibacakan secara serentak bersama-sama akan mengubat jiwa dan hati Pak Udak, Isteri dan anak dari awal kehidupan sehingga menjenggah ke liang lahat.  Sebaik usai bacaan Yassin, Tahlil dan Doa, Al-Fadhil Ustaz Zul Al-Haffiz telah menyampaikan sedikit tazkirah tentang besarnya manfaat jika kita membacakan Surah Al-Kahfi pada hari dan malam Jumaat. Surah al-Kahfi dikatakan memiliki kedudukan istimewa. Terdapat beberapa hadis yang menyentuhnya secara khusus. Para ulama ahlus Sunnah juga sering mengingatkan supaya mengambil berat dan memahami surah al-Kahfi ini.  Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya), "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Juma'at, maka dia akan mendapat cahaya di antara dua Juma'at." (Hadis Riwayat an-Nasaa'i dan al-Hakim).  Beliau juga bersabda (maksudnya), "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, maka baginya cahaya di Hari Kiamat sejauh dari tempat tinggalnya hingga ke Makkah. Dan sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah tersebut, kemudian ketika dajjal muncul, maka dajjal tidak akan mampu menguasai dirinya." (Hadis Riwayat al-Hakim).  Selamat Beramal.

Wednesday, September 28, 2011

Majlis "Berlanggar Meja" PPKS Miri 2011



28-09-2011 ~ PPKS Miri telah mengadakan Majlis Berlanggar Meja atau Ramah Tamah Aidilfitri sempena 30 Syawal 1432H.  Paling menarik setiap kelas dan program membawa juadah makanan masing-masing sehingga menjadikan majlis hari ini pesta makanan yang terpanjang dan terbanyak.  Syabas dan tahniah kepada Pengarah PPKS dan semua staff serta pelajar atas sokongan dan dokongan semua dalam menjayakan program tersebut.  Semoga program sebegini akan menguatkan ikatan ukhwah dan persaudaraan antara staff PPKS dan pelajar.  ~ Pak Udak

Wordless Wednesday ~ Pencipta



Tuesday, September 27, 2011

Doa Agar Dibaiki Kesabaran dan Kekuatan dalam Rumah Tangga.


27-9-20011 ~ Mari kita amalkan sama-sama doa ini untuk kita baiki kesabaran dan kekuatan dalan melayari bahtera rumah tangga.


Selamat beramal.

Sunday, September 25, 2011

Bakso Solo ~ Resepi Pak Udak



25.09.2011 ~ Untuk menu makan malam tadi (sekitar lepas Maghrib ~ 7.15 mlm) Pak Udak telah menyajikan  Bakso Perut & Bebola Daging.  Kebetulan nasi empit masih ada dan bahan-bahan untuk membuat bakso sudah ada tersedia dalam peti ais. Pak Udak mengambil masa sejam untuk menghasilkan sup bakso yang sedap dan lazat. Seperti biasa guna saja perencah sup daging adabi.  Untuk menyedapkan kuah bakso,  kicap manis Kipas Udang mesti dicampur dengan cili padi dan aromanya bertambah lazat jika diperahkan dengan limau nipis.  Bakso ni paling sesuai dimakan bersama nasi impit dan bihun.  Memandangkan Pak Udak dan keluarga suka makan baksa kat sini Pak Udak nak kongsi sikit pasal asal usul bakso ni:-
Pada akhir Dinasti Ming (awal abad ke-17) di Fuzhou, ada seorang pria bernama Meng Bo, tinggal di sebuah desa kecil. Dia berkepribadian baik dan berbakti kepada orang tuanya. Bakti Meng Bo pada ibunya sangat diketahui oleh para tetangga. Suatu hari, ibunya yang sudah mulai tua sudah tidak dapat makan daging lagi, karena giginya sudah mulai tidak bisa makan sesuatu yang agak keras. Ini sedikit mengecewakan karena dia suka sekali makan daging.  Meng Bo ingin membantu ibunya agar bisa mengonsumsi daging lezat lagi. Sepanjang malam duduk, memikirkan bagaimana mengolah daging yang bisa dimakan oleh ibunya. Hingga suatu hari, ia melihat tetangganya menumbuk beras ketan untuk dijadikan kue mochi. Melihat hal itu, timbul idenya. Meng Bo langsung pergi ke dapur dan mengolah daging dengan cara yang digunakan tetangganya dalam membuat kue mochi. Setelah daging empuk, Meng Bo membentuknya menjadi bulatan-bulatan kecil sehingga ibunya dapat memakannya dengan mudah. Kemudian ia merebus adonan itu, tercium aroma daging yang lezat. Meng Bo menyajikan bakso itu kepada ibunya. Sang ibu merasa gembira karena tidak hanya baksonya yang lezat, tapi juga mudah untuk dimakan. Meng Bo sangat senang melihat ibunya dapat makan daging lagi. Kisah berbaktinya Meng Bo pada ibunya beserta resep baksonya, cepat menyebar ke seluruh kota Fuzhou. Penduduk berdatangan untuk belajar membuat bakso lezat pada Meng Bo.  Sumber : The Epoch Time Edisi 175

Buah Cempedak & Cucur Cempedak




25-09-2011 ~ Semalam kami sekeluarga ke Pantai Bungai Bekenu...Kebetulan pulak terjumpa buah cempedak yang dah masak di jual kat situ. Hargapun kira ok ~ RM5.00 untuk dua biji. Bila buka pagi ni tadi memang puas hati. Isinya kuning keemasan.  Sesuai sangat untuk dimakan atau dibuat cucur cempedak.  Awal-awal lagi Pak Udak dah pergi kedai cari tepung beras. Nasib kedai kat Pusat Halal Piasau tu dah bukak..Harapkan kedai lain semua masih tutup.  Lepas tu apalagi terus Pak Udak buat Cucur Cempedak...Inilah hasilnya ~


Cucur cempedak ni kalau beli kat kedai 3 biji je seringgti (sikit dan tak sedapt.  Kalau Pak Udak nak beli paling kurangpun RM5.00.  Elok buat sendiri.  Bijinya pulak nanti petang boleh direbus.   Cucur Cempedak dan Kopi O emmmmmm betul-betul menghidupkan hujung minggu Pak Udak.

Saturday, September 24, 2011

Soto Makassar ~ Pak Udak



24-9-2011 ~ Menu Makan Malam tadi  "Soto Makassar".  Cara penyediaan tersangatlah mudah.  Paling penting daging yang digunakan untuk buat kuah sup mesti daging jenis "kerapen".  Kalau daging biasa langsung tak sedap.  Nak sedapkan kuah guna je Serbuk Sup Adabi...Selebihnya rashia Pak Udak.. Ramuan ni kalau masuk mesti sedap.  Pak Udak dapat resepi ni masa makan Bakso di Kundasang..Ituah bahan rahsia Bakso dan Soto orang-orang Indonesia.  Komen dari isteri ~ emmmmm memang sedap.  p/s: Maaf ya gambar tu kurang memuaskan sebab guna kamera handphone Nokia 3310 je....

Friday, September 23, 2011

DIRGAHAYU TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK



24.9.2011 ~ Dirgahayu TYT Sarawak sempena Sambutan Hari Jadi yang Ke-90.  Semoga Allah lanjutkan usia Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Negeri Sarawak.  Sempena sambutan Hari Jadi TYT yang ke - 90 Pak Udak ingin  memetik kembali serba-sedikit mengenai TYT untuk tatapan kita semua.

Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng merupakan Gabenor negeri Sarawak yang ke-tiga dan yang ke-enam.  Beliau merupakan orang yang pertama memegang jawatan gabenor sebanyak dua kali.  

Latar belakang
Beliau merupakan anak lelaki tunggal kepada Abamg Barieng bin Abang Anyut.  seorang tokoh yang tidak asing lagi dan juga merupakan seorang ketua komuniti Melanau di bahagian ke-tiga pada masa itu.  Setelah zaman pendudukan Jepun, beliau telah menjawat jawatan sebagai  seorang Pegawai Daerah sehingga tahun 1947 di bawah penjajahan orang Inggeris.  Beliau kemudian bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara dan di Jabatan Kerja Raya.  

Kegiatan Politik
Beliau begitu aktif dalam politik Sarawak.  Beliau turut serta dalam membentuk Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA).  Beliau merupakan wakil kaum Melanau dalam Suruhanjaya Cobbold dalam pembentukan Malaysia. Pada tahun 1963, beliau telah beretanding dalam pilihanraya negeri dan memenangi kerusi ADUN.  Beliau bersara daripada bidang politik pada tahun 1968 dan menyertai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sehinnggalah bersara sebagai Ketua Pengarah.  

Gabenor Sarawak
Pada tahun 1977, beliau dilantik sebagai TYT Gabenor Negeri Sarawak yang ke-tiga.  Beliau menggantikan Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman.  Beliau kemudiannya digantikan oleh Tun Abdul Rahman Yaakub pada 1981.  Pada tahun 2001, beliau diminta untuk menyandang jawatan Gabenor Sarawak disebabkan oleh Tun Ahmad Zaidi Adruce kembali ke rahmatullah.  Memandangkan beliau begitu cekap sebagai Gabenor Sarawak, maka perkhidmatan beliau diteruskan hingga ke hari ini. Dirgahayu TYT Dipertuan Negeri Sarawak. ~ Pak Udak

Buah Terap Lawas



Thursday, September 22, 2011

Cop Mohor Pak Udak




Salam semua.  Kalau nak tahu Cop Mohor atau dikenali juga sebagai meterai, tera, cop dan cap merupakan perkara penting di dalam sesuatu warkah. Ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dilihat pada warkah baginda s.a.w kepada Maharaja Rom, Parsi, dan Mesir.  Budaya agung bersulam seni khat dan seni zukhruf ini terus mekar, tidak luput ditelan zaman. Alunan huruf yang indah, gerak berirama bagaikan tarian. Berukir megah hiasan warisan. Bersatu membentuk personaliti, menyubur warisan seni bangsa bestari.  Sebagai pengamal sunnah nabi serta menjunjung tulisan Jawi, Pak Udak telah menempah Cop Mohor sendiri untuk tujuan rasmi dan peribadi.  Ternyata Cop Mohor adalah lambang wibawa diri. ~ Pak Udak.

Ikan Tahai Sambal @ Awat-Awat



Ikan tahai ni terkenal di Lawas (kawasan utara di Sarawak) dan Limbang.  Ikan tahai ni juga sejenis ikan salai daripada spesis aur-aur atau ikan tamban.  Ikan ni dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit termasuk untuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin, meredakan demam panas dan melegakan sakit badan. Harga Ikan Tahai mengikut musim. Jika memang musim Tahai, ia di jual dengan harga RM12 - RM20 sekilo. Tetapi kalau bukan musim, harganya boleh  mencecah RM28 sekilo.   Tapi yang dalam gambar kat atas tu bukan tahai salai tapi tahai sambal...sedap dimakan begitu saja.

Wednesday, September 21, 2011

Siri Jelajah Lawas Pada Hari Malaysia


 16.9.2011 ~ Siri Jelajah Bahagian Utara bermula.  Kali ini dengan bajet yang sederhana tapi masih bergaya kami meneruskan siri jelajah ke Bahagian Lawas.  Kedudukannya paling utara di hujung negeri Sarawak memaksa kami melalui 1 buah negara asing iaitu Brunie dan 1 bahagian iaitu Limbang.  Siri kali ini bermula pada jam 7.oo pagi dari Kediaman Guru Jee Foh 9.  Alhamdulillah, perjalanan kami menuju ke Sg. Tujuh lancar dan kereta yang memasuki Brunei juga masih kurang.  Pernah sebelum ini Pak Udak terpaksa menunggu selama sejam untuk melepasi sempadan Brunei yang serba manual itu.  Perjalanan diteruskan ke Pos Kuala Lurah lebih kurang 120km dari Kuala Belait. Kali ini kami menggunakan jalan pintas Sg. Mitus...Memang dekat cuma terlalu banyak simpang dan kalau tidak biasa boleh menyebabkan sesat.  Alhamdulillah tepat jam 9.15am kami tiba di Pos Kuala Lurah.  Perjalanan agak perlahan kerana proses pemeriksaan passport.  Jam 9.40 am kami berjaya melepasi pos Kuala Lurah dan bergegas ke Pekan Limbang.  Di Limbang Pak Udak dan rombongan terus menuju ke gerai SSDC ~ Roti Canai dan Kopi O yang cukup murah ada kat sana.  Bukan sekadar murah tetapi sedap dan berbaloi sekali.  11.oo Pagi kami mula bergerak ke Lawas.  Kali ini Feri Temburong cukup sporting sebab kenderaan sedikit sahaja.  Mungkin hari Jumaat.  Kebiasaannya mahu sejam menunggu giliran untuk menaiki feri.  Mungkin tahun depan Jambatan Baru siap dan tak payahlah nak Q naik feri .  Tepat jam 1.00 pm kami selamat sampai ke Lawas.  Perjalanan kali ini cukup seronok sebab kami tiba tepat pada masanya. ~ Musim durian di Lawas.  Kembara di Lawas telah membawa kami ke Kampung Awat-Awat, Kampung Ara, semua pantai yang ada di Lawas, Trusan dan Sundar, Kuala Lawas dan sudah semestinya tamu di Pekan Lawas. 

Anak Kampung - Jimmy Palikat (Versi 2011 With Lirik)


Wordless Wednesday ~ Asam Sabah




Tuesday, September 20, 2011

Kenapa Sampai Jadi Begini: 3 Orang Pelajar Dilarang Duduki UPSR


Malam ini sekali lagi profession perguruan menerima tamparan hebat termasuk Lembaga Peperiksaan Malaysia berkenaan isu yang agak janggal didengar iaitu "3 orang Murid dilarang duduki UPSR".  Setakat yang Pak Udak tahu semamangnya semua pelajar hatta yang ponteng sekolah ataupun yang duduk di hospital berhak untuk menduduki peperiksaan wajib apabila sudah mendaftar.  Bagi Pak Udak tak jadi masalah sama ada gagal atau lulus kerana ukuran prestasi pelajar bukan dapat diukur melalui peperiksaan semata-mata tetapi mencakupi pelbagai aspek perkembangan diri pelajar.  Berbalik kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang kita pegang selama ini dengan jelas melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Justeru meletakan peperiksaan sebagai kayu ukur gagal jaya seseorang pelajar adalah silap kerana pepeiksaan itu sendiri tidak dapat mengukur apa yang hendak diukur.  Apakah adil jika semua pelajar diberikan set soalan yang sama tanpa melihat wujudnya perbezaan penguasaan antara pelajar yang cerdik pandai dan pelajar yang lemah.  Jika metodologi ini tidak diubah sudah tentu peperiksaan itu hanya memberi lebih banyak ruang kepada pelajar yang disebut sebagai "excellent" dan secara senyap membunuh keupayaan pelajar di kelas yang tercorot.  Hal ini terlalu jauh dengan konseptual Taksonomi Bloom yang menyatakan wujudnya aras bagi setiap pelajar.  Kejadian sebegini sepatutnya tidak berlaku kerana sekolah dan peperiksaan bukan medan untuk meletakan ayam tambatan masing-masing tetapi bermatlamat untuk menguji kefahaman, kemahiran dan pengetahuan pelajar setelah 6 tahun di bangku sekolah.  Semoga KPM melihat isu ini dengan mata hati yang tulus agar konsep Pendidikan untuk semua dapat direalisasikan.

Thursday, September 15, 2011

Selamat Hari Malaysia & Cuti Panjang Hujung Minggu



Esok 16/9 adalah Cuti Umum.  Alhamdulillah banyak juga aktiviti dan tugas di pejabat telahpun berjaya dilunasi.  Cuma minggu depan ada lawatan dari pihak kementerian.  Persediaan akan dimulakan pada hari ini.  Dan esok juga kami akan berkunjung ke Lawas (berhampiran Sabah) untuk menziarahi keluarga di Trusan.  Semoga perjalanan panjang esok dipermudahkan oleh Allah dan selamat sampai ke distinasi dan kembali ke rumah.  Sebelum tu Pak Udak nak ucapkan Selamat Hari Malaysia buat Sabah dan Sarawak.

Tuesday, September 13, 2011

Beraya di Rumah Pengarah PPKS Mukah



Ni gambar Pak Udak dan keluarga ketika beraya di rumah Anjang Albar Abdul Rahman, Pengarah PPKS Mukah di Kampung No.5 Kuching.  Kami ni walaupun dah tak kerja sebumbung namun ikatan ukhwah dan persaudaraan tidak dilupakan.  Maaf kalau tak sempat nak melawat rumah rakan-rakan yang lain...

SPM Wajib Lulus BI



Dalam buletin TV3 jam 8.00 malam tadi (13.9.2011) ~ Menteri Pelajaran merangkap TPM mengumunkan subjek Bahasa Inggeris wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia.  Cadangan terbaru ini akan melonjakan kedudukan Bahasa Inggeris setara dengan subjek Bahasa Malaysia di peringkat SPM.  Itu bukanlah satu cadangan tetapi telah melalui proses tinjauan akar umbi dari segenap lapisan masyarakat.  Melihat kepada situasi sekarang (Malaysia yang telah merdeka 54 tahun), penguasaan bahasa kebangsaan dilihat masih tenat dan perlu diberi rawatan segera.  Memang diakui bahasa Inggeris amat penting dalam memajukan negara namun penguasaan bahasa semata-mata bukan satu jaminan maju atau mundurnya sesebuah bangsa.  Kemajuan bangsa bukan sekadar ditujangi oleh bahasa namun harus meliputi semua aspek pembentukan negara bangsa.  Jika bahasa dijadikan ukuran kenapa masih terdapat beberapa buah negara yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama masih jauh ketinggalan dari lapangan ekonomi mahupun sains dan teknologi.  Bagi Pak Udak, adalah lebih wajar jika kerajaan mewajibkan subjek Sejarah kerana ramai yang tahu "bercakap, bijak pandai, terhormat dan berilmu" selalu lupa pada sejarah bangsa dan akhirnya mula memutarbelitkan fakta sejarah. Akhirnya lahirlah cendiawakan, sasterawan, dan negarawan ulung yang hanya tahu mentafsir buku dan idea barat tetapi gagal mentafsir sejarah sendiri.   Pak Udak kagum dengan negara seperti Jepun, Korea dan Iran...kemajuan negaranya ditunjangi bahasa ibunda dan bukannya bahasa kedua... ~Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. 

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR



Pak Udak nak ucapkan semoga berjaya buat adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2011 pada hari ini 13.9.2011 hingga 15.9.2011. 

Sunday, September 11, 2011

9/11 Remembered: World Trade Center Attack



 

Ten years have passed since the September 11 terrorist attacks and yet there are still several mysteries that remain around the events of that fateful day.

Memorial Site at Ground Zero

 

Saturday, September 10, 2011

KEMUNISME MENOLAK KONSEP KETUHANAN DAN SETERUSNYA MENOLAK ISLAM


 
Komunisme adalah fahaman yang berkaitan dengan ekonomi, politik dan kemasyarakatan. Ia berdasarkan kebendaan semata-mata dan terbentuk hasil daripada tindak balas fahaman Kapitalisme.

Pengasas dan Pemimpin
Pengasasnya adalah seorang Yahudi Jerman bernama Karl Marks. Dia mengisytiharkan fahamannya pada tahun 1848. Dia menulis buku yang bernama Das Kapital pada tahun 1867.
Pembantunya bernama Inakal. Kemudian, Lenin yang memimpin revolusikomunisdiRusiamenubuhkan kerajaan yang berasaskan ajarannya. Kemudian, fahaman ini diteruskan oleh Stalin yang menjadi pemimpin selepas Lenin. Antara pemimpinnya ialah Terutaski, Yahudi Rusia. Dia berpecah daripada Stalin kerana berselisih pendapat. Di negara China, fahaman komunis dipimpin oleh Mau Zi Thong.

Dasar-dasar dan Pegangan
Antara dasar-dasar yang menjadi pegangan dan kepercayaan komunis adalah:
- Tidak percaya adanya Tuhan dan perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin, dosa pahala dan sebagainya. Mereka menjadikan logik dan kebenaran semata-semata sebagai asas kepercayaan. Walaupun pengikut ajaran ini berbeza mengikut keadaan setempat, konsep ini tetap menjadi asas ajaran komunis. Oleh itu, komunis menentang semua fahaman beragama sekeras-kerasnya.
- Menentang pemilikan harta secara perseorangan. Berbanding kapitalis, mereka berfahaman segala kemewahan dan harta benda adalah milik semua. Seseorang pemilik tidak dibenarkan memiliki harta yang melebihi daripada harta orang lain. Apabila harta itu banyak, harta itu mesti menjadi milik negara dan menjadi milik orang awam.
- Menghapuskan kelas dalam masyarakat. Tidak ada kelas antara majikan dan pekerja. Mereka sanggup meluaskan fahaman melalui kuasa politik walaupun terpaksa menggunakan senjata supaya pemerintahan negara dikuasai oleh masyarakat buruh.
- Membentuk pemikiran rakyat supaya mengabdikan diri kepada negara semata-mata. Tidak ada prinsip beribadah kepada Tuhan kerana negara dan benda adalah tuhan yang disanjung dan dipuja.
- Menafsirkan semula sejarah yang melibatkan pertarungan antara pekerja dengan majikan yang berakhir dengan kemenangan pekerja secara kekerasan.
- Berpegang pada kepercayaan tidak ada hari akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Perbandingan Komunisme dengan Islam
- Komunisme ialah fahaman yang bercanggah dengan akidah Islam iaitu mengingkari kewujudan Allah, perkara-perkara ghaib dan hari kiamat.
- Bercanggah dengan naluri manusia yang perlu pada keselesaan dengan cara yang betul, mempunyai sifat mementingkan diri dan hidup bermasyarakat. Semua ini perlu ditimbang dengan adil.
- Tidak berperikemanusiaan. Golongan komunis menjadikan manusia seperti kilang seterusnya merampas hak milik mereka. Sebenarnya, pemimpin komunis selaku pemilik lebih bernafsu daripada orang-orang kaya di negara-negara kapitalis.
- Mempunyai kelemahan-kelemahan yang terbuka. Ia dicipta oleh manusia yang lemah dan mempunyai sifat dendam sesama manusia lalu menindas dengan cara yang zalim.

Kuliyah Jumaat 21 Disember 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu


Pak Udak: Mengangkat komunis sebagai tokoh bukanlah cara betul walaupun komunis membantu Melayu.  Jangan sampai niat menghalalkan cara.  

Raya, Merdeka dan Hantu



Alhamdulilah, kali ini kita menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 serentak dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.  Pada tahun ini nampaknya ada perubahan sikit dalam penayangkan filem dan drama raya kat saluran perdana samaada TV1, TV2 dan TV3.  Paling ketara semakin kurang penayangan drama-drama yang berakhir dengan kematian di pagi syawal.  Drama-drama macam ni producer tak payah buatlah sebab boleh mengubah mentaliti serta pemikiran penonton. Asal balik kampung kemalangan dan mati dipagi raya dan endingnya dalam kesedihan.  Sedangkan syawal ini meraikan kemenangan dan kesyukuran dan bukannya kesedihan dan kematian.  Tapi bila drama-drama tragik kematian ni tak ditayangkan, banyak pulak drama dan filem hantu yang ditayangkan dari hari raya pertama hinggalah sekarang ni.  Memenuhi emosi dan pemikiran penonton dengan filem-filem seram bukan satu jalan ke arah pembentukan masyarakat yang sepatutnya.  Apakah terlalu banyak hantu dalam budaya orang Melayu sehingga perlu diberi keutamaan untuk ditayangkan pada hari raya.  Antaranya: Susuk – Minggu Raya Pertama, 5.00petang, 

Jangan Pandang Belakang Congkak – Minggu Raya Pertama, 5.00petang,  Congkak – Minggu Raya Pertama, 6.00petang, 

Momok The Movie – Minggu Raya Pertama, 5.00petang, Niyang Rapik – 30 Ogos, 1.30 tghari, dll. Kenapalah tidak ditayangkan filem berbentuk patriotik sempena smabutan kemerdekaan negara yang ke 54.  Kenapa tidak banyak program-program yang lebih menjurus kepada sambutan syawal.  Apakah penerbit rancangan TV terlalu cetek untuk melihat mutu dan filem dan drama apa yang wajar ditayangkan.  Kita jangan sekadar mencari populariti atau mendapat rating yang tinggi dalam penyiaran drama dan filem. Paling penting kesesuaian bahan yang hendak disiarkan.  Penayangan filem hantu dan seram seoalah-olah kita nak menunjukkan pembebasan syaitan setelah dibelanggu selama sebulan di bulan Ramadhan.  Apakah itu yang mahu kita tonjolkan.  Adalah menjadi satu dosa jika filem dan drama yang disiarkan memberi impak negetif kepada agama, bangsa dan negara.  Pak Udak memboikot cerita hantu bukan kerana takut (sebab Allah itu kuasanya melebihi segala) tetapi tidak mahu unsur seram dan mistik yang sepatutnya diluar pemikiran manusia meresap dalam akal dan minda anak kecil Pak Udak.  Syabas kepada penerbit yang telah menakutkan rakyat Malaysia dengan filem dan drama seram yang sepatutnya tidak sesuai ditayangkan pada hari raya apalagi pada masa yang sama kita meraikan hari kemerdekaan.  ~ Pak Udak ternanti-nanti tayangan Filem Bukit Kepung dan P. Ramlee, mungkin ramai yang lupa sebab tu sampai ada orang Malaysia mengangkat tali barut komunis sebagai pejuang bangsa.  Syabas Malaysia boleh......

Friday, September 9, 2011

World Trade Center (WTC) 11.9.2001 dalam Al-Quran


Ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, tampil menerangkan kejadian runtuhan World Trade Center (WTC), New York pada 11 September 2001 sudah dibayangkan al-Quran, penduduk dunia, termasuk umat Islam sendiri berasa takjub. Ini karena tak seorang pun termasuk Amerika Serikat sendiri tak pernah menyangka dan memperhitungkan bahwa pesawat akan digunakan sebagai ‘senjata’ untuk meruntuhkan gedung WTC sebagai lambang kemegahan negara tersebut. Dalam kajian Dr Zaghlul, runtuhnya WTC merupakan sejarah hitam bagi Amerika dan telah digambarkan pada ayat ke 110 Surah at-Taubah dalam al-Quran. Ayat itu bermaksud: “Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. Kajian Dr Zaghlul juga mendapati beberapa fakta mengenai kejadian runtuhnya WTC berkaitan dengan ayat tersebut diantaranya bangunan WTC setinggi 110 tingkat dan peristiwa itu berlaku pada bulan kesembilan Masehi (September) manakala ayat al-Quran tersebut adalah ayat ke- 110 dari surah ke-9 (at-Taubah). Persamaan lain, terjadi pada tanggal 11 manakala ayat tersebut berada pada juzuk ke-11 dan peristiwa itu terjadi pada 2001 manakala huruf terakhir ayat adalah huruf ke- 2001. Penjelasan Dr Zaghlul itu meyakinkan umat Islam bahwa isi kandungan al-Quran benar-benar memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam.

Hal itu diakui Allah dalam firman-Nya: “Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah.” (Surah Yunus, ayat pertama). Ayat lain daripada surah al-Hijr, juga ayat pertama bermaksud: “(Surah) ini adalah (sebahagian daripada) ayat-ayat al-Kitab (yang sempurna) yaitu (ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan.”

Malah, misteri yang terkandung dalam ayat al-Quran membuktikan kitab suci dan mukjizat terbesar dikaruniakan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w itu bukanlah rekaan manusia. Sebaliknya, penemuan itu seharusnya dapat menambah keimanan umat Islam bahwa ayat al-Quran datang daripada Allah s.w.t sebagaimana firmannya dalam surah as-Syu’araa’, ayat ke-192: “Dan sesungguhnya al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam.” Ayat lain menunjukkan bahawa al-Quran diturunkan Allah menerusi ayat pertama dari surah al-Qadr yaitu: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar.”

Peristiwa runtuhan bangunan WTC beberapa tahun lalu bukanlah gambaran pertama al-Quran mengenai sesuatu peristiwa yang bakal terjadi pada masa akan datang. Sebaliknya, kitab suci itu dikatakan sudah menggambarkan mengenai kebangkitan kembali bangsa Rumawi setelah dikalahkan bangsa Persia dalam peperangan pada tahun 614. Setelah berakhirnya perang tersebut, turunlah ayat pertama hingga keempat dari surah ar-Rum yang menyatakan bangsa Rumawi akan kembali menang dalam jangka waktu beberapa tahun. Kemenangan bangsa Rumawi terhadap bangsa Persia itu kemudiannya benar-benar terjadi kira-kira delapan tahun kemudian seperti yang diramalkan dalam al-Quran. Selain gambaran mengenai peristiwa yang akan terjadi pada masa akan datang, kajian isi kandungan Al-Quran juga menunjukkan bahwa kitab suci itu mengandung berbagai ilmu pengetahuan yang melampaui zaman ia diturunkan, al-Qur’an diturunkan pada abad ke-6. Kajian mengenai berbagai rahasia alam berawal kira-kira abad ke-19 dan ketika itulah didapati bahwa segala fakta sains yang ditemui adalah sesuai dengan asas dan kandungan yang ada dalam al-Quran. Antara lain fakta sains yang ditemukan dan terdapat dalam al-Quran adalah:

Semua cakrawala,planet bergerak secara terapung (pada rotasinya) (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al- An’aam: 125). Fakta lain adalah semua makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu’minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa’: 32).

Selain itu, peneletian lain yang dilakukan untuk mencari keajaiban al-Quran mendapati bahwa jumlah sesetengah perkataan berbahasa Arab di dalam kitab itu adalah saling berlawanan. Antara perkataan berkenaan adalah;

Dunia yang disebut sebanyak 115 kali manakala akhirat yang turut Disebut sebanyak 115 kali
Malaikat dan syaitan (88 kali),
Hidup dan mati (145 kali),
Faedah dan kerugian (50 kali),
Kesusahan dan kesabaran (114 kali) serta
Lelaki dan perempuan (24 kali).
Perkataan lain adalah ummah dan penyampai (50 kali),
Iblis dan memohon perlindungan daripada iblis (11 kali),
Musibah dan bersyukur (75 kali),
Bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta
Zakat dan berkat (32 kali).
Golongan muslimin dan jihad (41 kali),
Orang yang sesat dan meninggal dunia (17 kali),
Emas dan kemurahan hidup (8 kali),
Keajaiban dan fitnah (60 kali),
Minda dan nur (49 kali),
Lidah dan sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali),
Bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18 kali).
Jumlah perkataan lain dianggap ajaib dijumpai adalah solat (lima kali),
Bulan (12 kali),
Tahun (365), l
Lautan (32 kali) dan daratan (13 kali).
Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang terdapat di dunia ketika ini iaitu 71.111 peratus dan 28.889 peratus.
Misteri dan rahsia yang terkandung dalam al-Quran seharusnya meyakinkan umat Islam bahawa agama Islam adalah agama yang benar selaras dengan rukun iman ketiga iaitu beriman terhadap kitab-kitab Allah.

Source: www.angelfire.com/pro/sembahyang/downloads/wtc.pdf

7 SUNNAH PENTING




Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:

Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

Tuesday, September 6, 2011

Sarawak Typical Dishes: Laksa Sarawak


Alhamdulillah selesai sudah raya bersama pelajar atau bakal guru dari IPGM Sarawak.  Menu malam ni kami buat laksa Sarawak....Yang penting sekali paste mestilah halal.  Janganlah beli sembarangan sebab kita tak tahu asal-usulnya..Kalau nak beli cari paste yang ada jenama Haji Manan.  RM 4.60 sebungkus. Kalau untuk enam orang sebungkus 200gm ni cukup. 

 
Cara nak buat mudah sangat.  Buka paste tu dan ada resepi kat dalam.  Baca je dan buat.  Kalau nak sedap letaklah udang galah yang besar atau udang harimau.   Belacan dan limau jangan lupa untuk kasi kaw laksa kita tu.  
 
Komen dari kawan-kawan dan isteri ~ Nyaman...Lepas ni nak masak Mee Hoon Belacan lah pulak...Raya kat rumah Pak Udak edisi semenanjung.....

Laksa Sarawak @ Lemidin



Kalau u all nak makan Laksa Sarawak kat Miri hanya ada 2 tempat yang Pak Udak boleh cadangkan.  1 Kat Lemidin (Bulatan Piasau) dan satu lagi kat Pak Cik Wan Cafe di Lutong.  Dua-dua terbaik.  Harga taklah mahal sangat tapi memang berbaloi..

Mr. Mama ~ Nasi Tomato bertukar jadi Nasi Samin



Salam Aidilfitri yang Ke-8.  Semalam dapat sms dari Bonda tercinta yang memaklumkan isteri abang Pak Udak yang kat Kuching tu dah selamat melahirkan bayi lelaki. Alhamdulillah bertambah umat Muhammad S.A. W.  Pak Udak hari ni dah masuk hari kedua menceburi bidang babysitter dan Mr Mama ni.  Selesai je kemas rumah, cuci baju dan buang sampah termasuk bagi mandi dan makan dania dapat jugalah Pak Udak ni FB....Nasib ari ni Dania tidur awal kalau tak mau juga pening dibuatnya.  Esok pagi 1st day Dania kat Rumah Kak Nab (Jiran kat Kampung).  Mintak-minta Dania Sporting.  Untuk menu tengahari tadi Pak Udak masak Nasi Tomato tetapi tak jadi sebab tak cukup bahan...Yang menjadi Nasi samin atau Nasi minyak kalau kat semenanjung.  Buat lauk simple je...Dalca daging..emmmmm memang berbaloi bila jadi tukang masak bila orang cakap sedap (mungkin lapar sebab tu sedap).  Malam nanti kami nak buat Laksa Sarawak....Kejap lagi nak cari bahan-bahan kat pasar Miri ni.....Kami ada tetamu dari IPGM Sarawak.....Rayakan sebulan....~ Pak Udak.

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor