Alhamdulillah inilah menu pagi ni ~ Nasi Goreng Dabai dan telur mata. Dabai tu Pak Udak beli semalam dan dikatakan dari Lawas. Kalau di Sarawak ni hanya ada dua tempat pengeluar dabai yang terbesar iaitu Sibu dan Lawas. Kat tempat-tempat lain pun ada juga cuma taklah sebanyak di dua buah tempat ni. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang buah dabai sila ke SINI. Kalau nak buat nasi goreng dabai, pastikan buah dabai tu sudah di rendam dengan air panas dan isinya telah lembut. Kalau guna yang baru ambil dari atas pokok memang keraslah buah tu dan ambik masa lama nak memasak. Apa specialnya Nasi Goreng Dabai ni ialah Aroma Dabai yang berlemak serta warnanya yang cantik cukup menjadikan nasi goreng tersebut lebih sedap dari biasa. Selamat berhujung minggu.
No comments:
Post a Comment