gambar dan kata-kata ni dipetik dan diambil dari FB
UAI
sehelai daun..gugur meninggalkan jasa..
tidak pernah marah kepada angin yg bertiup..
Kalau di Indonesia mereka bangga kerana mempunyai seorang ulama seperti Allahyarham Prof. Dr. Hamka yang terkenal dengan ketokohan dalam bidang agama dan hebat dalam bidang sastera hingga Novel Romantis "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" digilai kerana keindahan bahasa dan jalan ceritanya. Di Malaysia kita bangga kerana memiliki Ustaz Azhar Idrus, seorang tokoh agama yang bukan sahaja arif dalam bidang agama malah dalam seni fotografi dan keindahan berbahasa. UAI bukan sahaja diminati oleh golongan tua tapi juga golongan muda. Malah UAI sudah menjadi ikon kepada ramai pemuda Islam di Malaysia termasuk golongan artis. Pendekatan siber serta ceramah yang mudah difahami menjadikan UAI antara nama yang popular dalam cari google. Malah Facebook
UAI telah diikuti seramai
374,866 orang. Semoga Allah memberikan kesihatan kepada UAI dan keluarga agar beliau dapat menjalankan kerja dakwah dengan lebih giat dan berkesan.
No comments:
Post a Comment