Alhamdulilah, kali ini kita menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 serentak dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pada tahun ini nampaknya ada perubahan sikit dalam penayangkan filem dan drama raya kat saluran perdana samaada TV1, TV2 dan TV3. Paling ketara semakin kurang penayangan drama-drama yang berakhir dengan kematian di pagi syawal. Drama-drama macam ni producer tak payah buatlah sebab boleh mengubah mentaliti serta pemikiran penonton. Asal balik kampung kemalangan dan mati dipagi raya dan endingnya dalam kesedihan. Sedangkan syawal ini meraikan kemenangan dan kesyukuran dan bukannya kesedihan dan kematian. Tapi bila drama-drama tragik kematian ni tak ditayangkan, banyak pulak drama dan filem hantu yang ditayangkan dari hari raya pertama hinggalah sekarang ni. Memenuhi emosi dan pemikiran penonton dengan filem-filem seram bukan satu jalan ke arah pembentukan masyarakat yang sepatutnya. Apakah terlalu banyak hantu dalam budaya orang Melayu sehingga perlu diberi keutamaan untuk ditayangkan pada hari raya. Antaranya: Susuk – Minggu Raya Pertama, 5.00petang,
Jangan Pandang Belakang Congkak – Minggu Raya Pertama, 5.00petang, Congkak – Minggu Raya Pertama, 6.00petang,
Momok The Movie – Minggu Raya Pertama, 5.00petang, Niyang Rapik – 30 Ogos, 1.30 tghari, dll. Kenapalah tidak ditayangkan filem berbentuk patriotik sempena smabutan kemerdekaan negara yang ke 54. Kenapa tidak banyak program-program yang lebih menjurus kepada sambutan syawal. Apakah penerbit rancangan TV terlalu cetek untuk melihat mutu dan filem dan drama apa yang wajar ditayangkan. Kita jangan sekadar mencari populariti atau mendapat rating yang tinggi dalam penyiaran drama dan filem. Paling penting kesesuaian bahan yang hendak disiarkan. Penayangan filem hantu dan seram seoalah-olah kita nak menunjukkan pembebasan syaitan setelah dibelanggu selama sebulan di bulan Ramadhan. Apakah itu yang mahu kita tonjolkan. Adalah menjadi satu dosa jika filem dan drama yang disiarkan memberi impak negetif kepada agama, bangsa dan negara. Pak Udak memboikot cerita hantu bukan kerana takut (sebab Allah itu kuasanya melebihi segala) tetapi tidak mahu unsur seram dan mistik yang sepatutnya diluar pemikiran manusia meresap dalam akal dan minda anak kecil Pak Udak. Syabas kepada penerbit yang telah menakutkan rakyat Malaysia dengan filem dan drama seram yang sepatutnya tidak sesuai ditayangkan pada hari raya apalagi pada masa yang sama kita meraikan hari kemerdekaan. ~ Pak Udak ternanti-nanti tayangan Filem Bukit Kepung dan P. Ramlee, mungkin ramai yang lupa sebab tu sampai ada orang Malaysia mengangkat tali barut komunis sebagai pejuang bangsa. Syabas Malaysia boleh......
No comments:
Post a Comment