Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Saturday, September 10, 2011

KEMUNISME MENOLAK KONSEP KETUHANAN DAN SETERUSNYA MENOLAK ISLAM


 
Komunisme adalah fahaman yang berkaitan dengan ekonomi, politik dan kemasyarakatan. Ia berdasarkan kebendaan semata-mata dan terbentuk hasil daripada tindak balas fahaman Kapitalisme.

Pengasas dan Pemimpin
Pengasasnya adalah seorang Yahudi Jerman bernama Karl Marks. Dia mengisytiharkan fahamannya pada tahun 1848. Dia menulis buku yang bernama Das Kapital pada tahun 1867.
Pembantunya bernama Inakal. Kemudian, Lenin yang memimpin revolusikomunisdiRusiamenubuhkan kerajaan yang berasaskan ajarannya. Kemudian, fahaman ini diteruskan oleh Stalin yang menjadi pemimpin selepas Lenin. Antara pemimpinnya ialah Terutaski, Yahudi Rusia. Dia berpecah daripada Stalin kerana berselisih pendapat. Di negara China, fahaman komunis dipimpin oleh Mau Zi Thong.

Dasar-dasar dan Pegangan
Antara dasar-dasar yang menjadi pegangan dan kepercayaan komunis adalah:
- Tidak percaya adanya Tuhan dan perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin, dosa pahala dan sebagainya. Mereka menjadikan logik dan kebenaran semata-semata sebagai asas kepercayaan. Walaupun pengikut ajaran ini berbeza mengikut keadaan setempat, konsep ini tetap menjadi asas ajaran komunis. Oleh itu, komunis menentang semua fahaman beragama sekeras-kerasnya.
- Menentang pemilikan harta secara perseorangan. Berbanding kapitalis, mereka berfahaman segala kemewahan dan harta benda adalah milik semua. Seseorang pemilik tidak dibenarkan memiliki harta yang melebihi daripada harta orang lain. Apabila harta itu banyak, harta itu mesti menjadi milik negara dan menjadi milik orang awam.
- Menghapuskan kelas dalam masyarakat. Tidak ada kelas antara majikan dan pekerja. Mereka sanggup meluaskan fahaman melalui kuasa politik walaupun terpaksa menggunakan senjata supaya pemerintahan negara dikuasai oleh masyarakat buruh.
- Membentuk pemikiran rakyat supaya mengabdikan diri kepada negara semata-mata. Tidak ada prinsip beribadah kepada Tuhan kerana negara dan benda adalah tuhan yang disanjung dan dipuja.
- Menafsirkan semula sejarah yang melibatkan pertarungan antara pekerja dengan majikan yang berakhir dengan kemenangan pekerja secara kekerasan.
- Berpegang pada kepercayaan tidak ada hari akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Perbandingan Komunisme dengan Islam
- Komunisme ialah fahaman yang bercanggah dengan akidah Islam iaitu mengingkari kewujudan Allah, perkara-perkara ghaib dan hari kiamat.
- Bercanggah dengan naluri manusia yang perlu pada keselesaan dengan cara yang betul, mempunyai sifat mementingkan diri dan hidup bermasyarakat. Semua ini perlu ditimbang dengan adil.
- Tidak berperikemanusiaan. Golongan komunis menjadikan manusia seperti kilang seterusnya merampas hak milik mereka. Sebenarnya, pemimpin komunis selaku pemilik lebih bernafsu daripada orang-orang kaya di negara-negara kapitalis.
- Mempunyai kelemahan-kelemahan yang terbuka. Ia dicipta oleh manusia yang lemah dan mempunyai sifat dendam sesama manusia lalu menindas dengan cara yang zalim.

Kuliyah Jumaat 21 Disember 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu


Pak Udak: Mengangkat komunis sebagai tokoh bukanlah cara betul walaupun komunis membantu Melayu.  Jangan sampai niat menghalalkan cara.  

1 comment:

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor