30.09.2011 ~ Bersangka baik adalah rahsia kerukunan
hidup kita dalam sekecil-kecil entiti keluarga sehingga dunia secara
keseluruhannya. Bersangka baik itu dituntut oleh Islam. Rasulullah SAW
sendiri bersangka baik dengan jirannya yang berbangsa Yahudi yang
menyihir baginda. Apabila baginda mendapat perkhabaran jirannya itu
sakit, baginda lantas mengunjungi jirannya dengan penuh sangkaan baik.
Dan wanita itu mendapat hidayah dengan kemuliaan akhlak baginda. Bersangka baik itu doa, apabila kita bersangka baik kita sebenarnya sedang meminta doa untuk kebaikan. Bersangka baik juga dapat membantu
membentuk jiwa ‘salamah’ (sejahtera) dalam diri kita dan rakan-rakan
disekeliling kita. Sekiranya semua orang bersangka baik sesama sendiri,
ternyata kerukunan itu akan lebih mudah dibentuk.
"Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya (Aristotle )"
Wahai
orang-orang beriman, jauhilah diri kamu dari banyak berprasangka,
sesungguhnya sesetengah prasangka itu adanya dosa. (Hujurat : 12)
Janganlah kamu berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari mulut saudara kamu (sesama muslim) kecuali sangkaan yang baik. (Saidina Umar al-Khattab)
Dari segi psikologi juga, apabila kita meletakkan sangkaan yang negatif,
maka kita hanya akan menumpukan kepada perkara yang negatif sahaja. Tatkala mula mahu bersangka buruk, duduk sejenak, dan
fikir-fikirkan apa akibat tindakan kita kepada orang lain hasil sangkaan
buruk tersebut. Kita mungkin membuka aib orang lain. Namun secara tidak sedar kita juga sedang membuka aib sendiri.
No comments:
Post a Comment