Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Sunday, October 2, 2011

1001 Sebab Kenapa Setiap Minggu Ke Bekenu


1.10.2011 ~ Sebenar ramai yang bertanya kenapa Pak Udak ke Bekenu hampir setiap hujung minggu.  Pendek kata Bekenu lokasi wajib kami sekeluarga biarpun terpaksa menempuh perjalanan selama 40 minit dari kediaman Pak Udak di Jee Foh Road 9.  Bagi yang belum sampai ke Bekenu, pakan ni kecil je lebih kurang macam Pekan Batu Kawa, di Kuching.  Penduduk sekitarnya majoriti berbangsa Kedayan yang terkenal dengan ramah dan mesranya.  Walaupun terdapat sedikit perbezaan bahasa namun itu bukan penghalang untuk bergaul dengan masyarakat di Bekenu.  Istimewanya Bekenu kita masih boleh membeli sayur-sayuran dengan harga yang berpatutan serta segar dari ladang dan hutan.  Disarankan sesiapa yang nak ke Pekan Bekenu agar pergi di awal pagi kerana pekan Bekenu akan menjadi lenggang bila masuk jam 11.00 pagi.  Pagi tadi Pak Udak dan keluarga sewal 8.00 pagi telah bertolak ke Bekenu.  Rezeki di awal pagi memang tidak dinafikan.  Inilah hasil yang kami peroleh dengan harga yang cukup murah kalau dibandingkan di Miri.  Lihat apa yang Pak Udak beli tadi di Bekenu:-

Ketam Nipah ~ RM 15 sekilo dibeli di Kampung Pantai Bungai.  Kalau di Miri khususnya di Boulevard Hypermarket harga ketam jenis ini boleh mencecah RM30.00 sekilo.  Ketam ni kalau kat Sarawak orang panggil Ketam Kalok.  Ketam ni lebih sedap isinya daripada Ketam Suri atau Ketam Bunga.  Kalau masak Sos ataupun Masak Lemak Cili Padi memang sesuai sangat. 

Lokan ~ RM 2 sepinggan.  Beli 3 dapat offer RM5.00.  Lokan ni macam kerang juga cuma isinya lebih besar dari Kerang. Pak Udak suka beli anak-anak lokan dari beli lokan-lokan yang dah tua sebab isinya lebut dan manis bila di masak begitu saja.  Lokan ni tak dapat nak masak macam-macam sebab paling sedap masak rebus je..  Benda-benda macam ni payah betul nak jumpa kalau di Miri.  Kalau adapun harganya emmmmm memang mahal.

Ikan Gerongong @ Cencaru ~ RM3 sekilo.  Kalau di Miri harganya RM6.00 - RM8.00 sekilo.  Ikan ni Pak Udak Beli di Kampung Kuala Bakam (on the way ke Bekenu).  Masih fresh dan segar.  Ikan ni sedap kalau panggang sumbat dengan kelapa parut + gamaram+ ajinomoto+kunyit+Cili+serai.  Nak mudah senang je, campurkan kelapa parut dengan serbuk kunyit dan cukup rasa. Emmmm....jangan lupa cecahnya Kicap Kipas Udang Manis + Cili Padi + Limau Nipis. 

Ikan Kembong ~ RM3.00 sekilo.  Inilah ikan favorite Pak Udak.  Masak Asam Pedas Cili Api memang terbaik apa lagi kalau Ikan Kembong Fresh.  Takpun bakar dan cecah  dengan asam limau.   Ikan ni paling senang nak dibersihkan.  Buang insang dan perut je...Mudahkan.  Ikan Kembong ni sedap juga kalau digoreng tapi rumah Pak Udak aktiviti menggoreng ni ada kurang sikit. 

Anak Jagung RM1.00 sebungkus.  Kalau kat Kuching orang panggil "ampang jagung".  Ni dibeli di Pakan Bekenu (Tamu).  Masih segar dan murah.  Di Miri jangan haraplah nak dapat sayur sesegarni sebab orang yang jual kat Tamu Miri dan E-mart pun semua ambil sayur dari Bekenu.  Jadi hargapun ada mahal sikit.  Biasanya kat Miri anak jangung ni orang jual RM2.00 sebungkus.  Anak jangung ni paling sedap kalau dimasak dengan oyster sos campur dengan cendawan bibir.  Nak sedap masukan sikit butter (pastikan yang halal).  Takpun masak rencah-rencahpun sedap juga @ masak tumis.  Kalau nak buat steamboat anak jagung yang segar ni memang sedap bila sebab rasanya manis.

Bayam ~ RM1 seikat.  Kalau nak tahu bayam adalah pilihan sayur tetap dalam hidangan di rumah pak Udak.  Bayam ni kaya dengan Zat Besi dan mudah nak disediakan.  Tapi jangan masak terlalu lama sebab khasiat bayam akan hilang jika terlalu lama dimasak. Fakta:  Memakan bayam juga dikatakan membantu melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan boleh juga mengurangkan kesan kemerosotan fungsi otak berkait dengan peningkatan usia. Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari mampu memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan peningkatan usia. Khasiat bayam juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan mencegah daripada penyamata seperti katarak dan kemerosotan maka akibat peningkatan usia. Semuanya kerana kehadiran lutein dan zeaxanthin dalam bayabertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran uH ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.  Banyakan khasiat bayam. 



Buah Betik ~ RM2 sebiji je.Kalau kat Miri RM3.00 sekilo.  Yang ni mau RM6.00 kalau kat Miri.  Isi merah dan pejal emmmmm memang sedap dimakan dan cukup baik untuk kulit.  Kalau musim betil, harganya sampai hanya RM je sebiji.  Inilah buah kegemaran Pak Udak..

Buah Pulo~ RM1.00 sebungkus.  Buah ni macam buah nangka dan cempedak.  Sedap dimasak lemak campur dengan ikan masin.  Tak rugi ke Bekenu jika kita dapat sayur-sayuran dengan harga yang murah dan segar.

Entemu Pauh ~RM1.00.  Entemu ni sejenis herba.  Rupanya macam  halia tapi rasanya ada masam sedikit.  Elok dijadikan ulam-ulaman sebab entemu pauh berfungsi untuk membuang angin dalam badan.  Kat Miri janganlah harap dapat jumpa edisi terhad ni.  Sedap juga kalau dibuat sambal.  Elok dimakan jika mahu menaikan seri wajah dan awet muda. 

Mempelam ~ RM2.00.  Mempelam ni memang manis.  Selain itu, Pak Udak suka mempelam sebab rasanya masam manis dan harum.  Biasanya makan begitu saja. 

Pegaga ~ RM1.00.  Herba ini mempunyai pelbagai khasiat.  Selain sedap dibuat jus, Pegaga juga boleh dibuat kerabu dan ulam-ulaman.  Rugi tak makan sebab Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.  Rugilah sapa-sapa tak nak makan dan minum jus pegaga ni.

Petola 3 biji ~ RM2.  Petola ni betul-betul murah.  Tengok jedah tahu buah ni baru petik dari kebun.  Sesuai dimasak sup.  Kalau kat Miri sebiji RM1.00.  Kalau elok tak apa juga tapi dah kecut.

Sukun~ RM3.  Buah sukun ni kami jumpa di Pantai Bungai.  Emmmm lama tak makan ni.  Buah sukun ni sedap kalau di goreng gitu-gitu saja.  Kalau buah sukun yang masak boleh dibuat pengat atau bubur sukun.  RM3.00 sebiji ni cukup murah sebab dulu pernah beli di Miri harganya RM4.00 sekilo.

Serai ~ RM1.00.  Kalau nak beli serai belilah di Bekenu.  selain murah serai yang dijual memang baru ambil dari kebun.  Selain banyak dan harga yang murah, kita juga turut membantu nenek-nenek tua yang biasanya jual serai di Bekenu.  Itulah kelebihan Bekenu bagi Pak Udak yang duduk di Miri ni.  Tradisi ke Bekenu akan diteruskan dari seminggu ke seminggu untuk mendapatkan bekelan makanan untuk seminggu.  Paling menarik, kita akan jumpa banyak benda yang jarang kita jumpa di Kuching mahupun di Miri. 


3 comments:

  1. Whoa semua fresh! Memang berbaloi.
    Kalau dah biasa makan yang fresh, yang lain tak mau dah...

    ReplyDelete
  2. GreenLava: Memang fresh semuanya. Hari tu masa balik Kuching Pak Udak tak teringin langsung nak beli Ikan sebab semuanya nampak tak fresh dan mahal. Inilah kelebihan duduk dipinggir pantai...Thank for visit my blog and comment.

    ReplyDelete

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor