Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Wednesday, June 1, 2011

Surat Pak Tambang kepada CEO CELCOM.....Panas, Berani dan Telus...


Tarikh: 13 Mei 2011

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,
Celcom Axiata Berhad (Company No. 167469-A)
Menara Celcom,
No.82, Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur,
Malaysia.


Y.Bhg. Dato Sri,

ADUAN BAGI CAJ PERKHIDMATAN PENERIMAAN SMS DARIPADA SPHINX FUSION 33800 DAN  M-MODE 32520 YANG TIDAK PERNAH DIAKTIFKAN / DIGUNA

Dukacita saya merujuk perkara tersebut di atas serta perkhidmatan telefon  pasca bayar  yang telah dtawarkan oleh pihak tuan kepada saya bagi bulan April 2011 dan Mei 2011.  Untuk makluman tuan saya adalah pengguna setia  Celcom sejak 2001 (Sudah 10 tahun) yang ketika itu dikenali sebagai TM  Touch.  Atas keyakinan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Celcom,  saya juga telah membuat keputusan untuk menukar talian pra bayar kepada  talian pasca bayar bagi nombor telefon 013-8941280 dan 0135744280.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pada 16 Mac 2011: 5.44: 27 dan 16 Mac 2011: 05.46:57 (waktu Subuh) seperti yang tertera dalam Bil Telefon Celcom  bertarikh 3 April 2011 saya dikatakan telah melakukan dua (2) transaksi sms  ke no 32520 M-Mode dan dikenakan caj RM0.15.  Disebabkan saya dikatakan  telah melakukan transaksi tersebut maka saya telah menerima SMS “Bodoh”  daripada 33800 SPHINX FUSION dan 32520 M-Mode bermula 4 Februari 2011 hingga  2 April 2011 dan menyebabkan saya DIPAKSA membayar sebanyak RM88.50 atas  perkhidmatan yang saya tidak pernah digunakan dan langgani.  Pada mulanya  saya tidak menyedari hal ini dan pernah menghubungi Celcom Careline 1111 dan  dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas “tidak ada caj akan dikenakan kepada  En. Dilah jika tidak subscribe”.

3.         Atas kepercayaan terhadap mutu professional kakitangan Celcom,  saya yakin tiada caj tersebunyi jika saya masih menerima SMS tersebut  seperti yang dimaklumkan oleh kakitangan Celcom kepada saya.  Justeru, saya  membayar juga bil berjumlah RM136.25 tanpa memikirkan yang saya sudah  diperdaya, diperbodoh , ditipu dan dipermainkan oleh pihak yang tidak  bertanggungjawab.   Namun begitu pada awal Mei 2011, saya dapati bil telefon  saya masih tinggi dan di luar kebiasaan dan saya sekali lagi menghubungi  Celcom Careline 1111.  Kali ini saya diberitahu bahawa saya dikenakan caj  yang tinggi disebabkan saya melanggan atau bersetuju menerima SMS daripada  pihak ketiga.  Saya diminta untuk membuat pembatalan melalui STOP ALL dan  hantar ke nombor yang telah diberikan.

4.         Namun begitu pada 10 Mei 2011 saya sekali lagi menerima SMS “penipu” sedangkan saya sudah menamatkan perkhidmatan tersebut seperti yang diarahkan oleh pihak celcom.  Ketidakpuasan hati saya semakin memuncak apabila saya menyemak bil bulan Mei 2011 dan mendapati saya telah dikenakan caj sebanyak RM79.00 bagi perkhidmatan yang saya tidak pernah langgani dan persetujui.  Saya sekali lagi membuat laporan di Celcom Careline pada 11 Mei 2011 dan diberitahu supaya membuat laporan di Miri Celcom Customer Service untuk membuat pembatalan.  Pada 12 Mei 2011: 12.45pm saya telah ke Celcom
Customer Services Miri dan berurusan dengan Cik Hanawati di Kuanter 2.  Saya telah mengarahkan Cik Hanawati untuk membatal dan menghalang kemasukan semua SMS tersebut ke dalam akaun saya. Namun begitu saya masih perlu untuk menjelaskan RM79.00 bagi perkhidmatan yang saya tidak gunakan sama sekali.

5.         Rentetan daripada masalah tersebut, saya menuntut pihak Celcom dapat memberi penjelasan secara bertulis dalam masa tujuh (7) hari bekerja mengapa data atau maklumat saya begitu mudah disalahguna oleh pihak ketiga khususnya dalam penerimaan SMS seperti M-MODE dan SPHINX FUSION untuk mengautkan keuntungan tanpa pengetahuan dan kebenaran saya.  Pihak Celcom sepatutnya menjaga kepentingan pelangan dan bukannya bersama-sama menyokong kelangsungan aktiviti muslihat pihak ketiga ini.  Disisi lain, jika maklumat ini didapati benar saya akan mengambil tindakan undang-undang dibawah Akta
Perlindungan Data Peribadi 2009 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana ada unsur pembocoran maklumat peribadi yang sepatutnya dilindungi dan terpelihara.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 seperti dibawah:-
6. (1) Seseorang pengguna data tidak boleh—
(a) dalam hal data peribadi selain data peribadi sensitif, memproses data peribadi mengenai seorang subjek data melainkan jika subjek data itu telah memberikan persetujuannya bagi pemprosesan data peribadi itu;

(2) Tertakluk kepada seksyen 45 dan 46, seseorang pengguna data yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Akta 599 Akta Pelindungan Pengguna 1999
Tiada seorang pun boleh melibatkan diri dalam perlakuan yang—
(b) berhubung dengan perkhidmatan, adalah mengelirukan atau memperdayakan, atau mungkin mengelirukan atau memperdayakan, orang ramai mengenai sifat, ciri-ciri, kesesuaian bagi sesuatu maksud, atau kuantiti, perkhidmatan itu.

6.         Selain itu saya juga menuntut supaya bayaran sebanyak RM88.50 bagi April 2011 dan RM79.00 bagi Mei 2011 dikembalikan atau write off kerana saya sama sekali tidak tahu menahu berkenaan perkhidmatan tersebut.  Malah maklumat yang disampaikan oleh pihak Celcom Careline kepada saya pada aduan pertama saya juga didapati salah dan tidak bertanggungjawab.  Sekiranya saya gagal mendapatkan tuntutan tersebut, saya akan membawa perkara ini ke Tribunal Pengguna dan adalah dimaklumkan bahawa satu (1) salinan surat ini akan di hantar kepada  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan, FOMCA, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  Adalah dimaklumkan bahawa jumlah tersebut bukanlah jumlah yang banyak dan saya pada hakikatnya dapat melunaskannya tetapi bagi saya adalah menjadi kebodohan seseorang pengguna apabila membayar sesuatu perkhidmatan yang tidak digunakan.

7.         Sekiranya saya tidak menerima sebarang penjelasan yang munasabah daripada pihak Celcom selepas tempoh (7) tujuh hari bekerja, saya beranggapan bahawa pihak Celcom tiada penjelasan dan saya akan meminta kementerian yang bekaitan termasuk ahli-ahli politik untuk membela nasib pengguna yang tertindas dan tertipu seperti saya ini.  Sayugia saya ingatkan bahawa pihak Celcom boleh membina seberapa banyak asset yang ada tetapi jangan terlupa bahawa Pengguna Setia adalah asset utama yang paling berharga.  Sekian untuk perhatian segera daripada pihak Celcom.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


DILAH BIN TUAH

Salinan:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.
Federation of Malaysian Consumers Associations
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Yang Berhormat Datuk Peter Chin Fah Kui – Ahli Parlimen Malaysia (Miri)

**********************************************************************************
p/s: Status berjaya dan menang dalam kes yang dikemukakan kepada Celcom...

1 comment:

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor