Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa 2011


Hari ni 18 Jun 2011 sambutan Hari Bapa..Alhamdulillah sekarang anakpun dah masuk 2 tahun lebih...Tadi pun sempat juga Pak Tambang call bapak Pak Tambang yang kat kuching.  Terasa sangat besar maknanya bapa dalam hidup..cuma bila kita belum kawin dan belum ada anak susah payah jadi bapa tu belum dapat dirasakan sepenuhnya...Bila dah ada anak sendiri baru tahu susahnya mendidik seorang anak...Pak Tambang berdoa semoga anak Pak Tambang yang kini dan akan datang menjadi manusia yang kenal tuhan, ibu bapa, agama, budaya dan ilmu.  Benar sebagai anak kita perlu mendahulukan ibu tiga kali lebih daripada ayah, namun janganlah dipandang hanya sebelah mata pengorbanan ayah. Ini kerana jika hanya ibu sahaja yang wujud di dunia ini, tidak mungkin kita akan lahir ke dunia tanpa ayah. Seandainya ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Apabila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh dan solehah adalah penghubung silaturrahim itu. ~ Pak Tambang

3 comments:

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor