Kali ni Pak Tambang nak cerita skit tentang siri jelajah sempena cuti Gawai Dayak dan Pesta Keamatan yang jatuh pada 1 - 2 Jun 2011. Kebetulan 3hb Jun tu Jumaat, Pak Tambang dah ambik cuti. Pak Tambang dan adik beradik sekeluarga dah lama merancang ke KK. Hari ni family members dari Kuching akan sampai ke Miri dan esok awal-awal lagi kami akan meredah dinginnya pagi untuk ke KK. Trip kali ini agak ramai juga sebab melibatkan 3 buah kereta dan 13 orang. Alhamdulillah Pak Tambang sempat menempah sebuah apartment 3 bilik di Taman University dengan harga Rm120 semalam....Lebih berbaloi dari duduk di hotel. Dari Miri ke Sepitang (sempadan Lawas/Sabah) mengambil masa dalam 4 hingga 5 jam...Itupun kalau tiada "jem" di Pos Kawalan Imigresen Brunei dan Malaysia. Malah perjalanan akan menjadi perlahan jika berlaku kesesakan di Feri Pandaruan (bersempadan dengan Brunie). Pak Tambang pernah tersadai kat situ hampir 2 jam!. Dari Sepitang ke Kk dalam masa 2-3 jam...Bergantung pada pemanduan dan cuaca. Pak Tambang biasa ke KK....Pendek kata tiap tahun ke KK....Tak tahulah apa sebab Pak Tambang menyukai KK. Mungkin kerana keindahan semulajadi yang ada disana. Tapi kalau kat KK Pak Tambang mesti nak naik Gunung Kinabalu --- Teringat lagu "Tinggi-Tinggi Kinabalu" atau Kundasang. Tak der tempat secantik Kundasang. Di situlah kedamaian dan kecintaan Pak Tambang....Trip kali ini akan ke Kundasang pada awal pagi Khamis (2 Jun 2011), cuma sayang tak sempat nak bermalam di Kundasang yang sejuk giler.....Pemandangannya sukar untuk digambarkan..Kalau berkesempatan singgahlah di Warung "Restauran Seri Pinang" yang menyadikan Bakso paling sedap dan enak. Selepas itu jangan lupa juga ke Kundasang War Memorial dan Desa Castle (Tempat pemprosesan Susu Segar). Pemandangan di situ persis seperti di Oversea.....Sebelum balik Pak Tambang cadangkan untuk membeli sayur-sayuran di sepanjang jalan kundasang. Sayur segar dan murah seakan-akan mahu di bawa pulang semuanya. Kundasang sememangnya memanggil Pak Tambang untuk kembali ke sana untuk menjejask bekas tapak kaki yang pernah ditinggalkan dulu.....Happy Holiday....
No comments:
Post a Comment