Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Thursday, January 27, 2011

Nasi Bariani Pak Tambang


Kat Miri ni kalau nak makan nasi bariani yang sedap susah sikit.  Kalau adapun kat kedai mamak.  Tu pun ada lain sikit cara penyajiannya. Lainlah kalau di Kuching yang cukup terkenal dengan Nasi bariani Tok Janggut di Chow Lin Park, Daun Kari di Batu 4 dan Buhari di Satok.  Jadi bila dah geram sangat nak makan bariani timbul plak idea Pak Tambang untuk buat resepi nasi bariani yang cukup mudah dan sesuai bagi yang malas masak tapi ingin nak makan bariani.  Perkara penting bila nak masak bariani adalah beras.  Pak Tambang biasa guna beras jenama Ratu Huma (Kalau 5Kg dalam RM19.00). Kalau nak sedap lagi belilah Beras Basmathi dalam RM4.00 sekilo. Kat Miri ni beras  tu boleh beli kat Boulevard atau kat Sarvey.  Nak mudahkan pembaca, ni Pak Tambang perturunkan resepi buat sapa-sapa yang minat masak-masak ni.   Cara nak masak ni cukup mudah.  Bersihkan beras dan sukatan air macam masak nasi biasa.  Kalau boleh kurangkan "sikit air" supaya nasi nanti tak terlalu lembut.  Lepas cuci beras masukan dalam Rice Cooker masak macam biasa.  Sebaik je nasi dah masuk dalam Rice Cooker, ambil lebih kurang 100gm Butter @ Gee @ Marjerin @ Minyak Sapi dan masukkan dalam kuali.  Biar cair kejap dan pastu masukkan rempah empat beradik (Rempah Tumis) goreng bersama butter@ gee@marjerin@ minyak sapi tadi.  Biarkan sampai rempah naik baunya.  Pastu masukkan semua campuran tadi dalam rice cooker.  Tambah sikit garam secukup rasa dan biarkan hingga nasi masak.  Kalau nak cantik lagi, titikan pewarna kat nasi bila dah masak (Jangan banyak, nanti jadi Nasi Pelangi).  Bila nak dihidangkan, gaul nasi tadi dan sudah pasti bentuk, rupa dan citarasanya akan membuka selera anda.  Sesuai dihidangkan bersama Kari Ayam@Kari Daging dan Dalca.  Pak Tambang biasa makan dengan Ayam Goreng Berempah (resepinya nanti Pak Tambang bagi). Selamat mencuba. 

Pak Tambang - Dapur tanpa sempadan.




No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor