Peria Goreng Berempah
Petang ni Pak Udak buat pertama kali mencuba resepi "Peria Goreng Berempah". Teringin nak buat sendiri selepas mencuba buat kali pertama di majis kenduri arwah minggu lepas. Terima kasih kepada Pak Cik GOOGLE yang menjadi sumber dalam pencarian resepi. Sesiapa nak mencuba bolehlah ikut resepi ni.
Bahan
1 biji peria
1 s/besar serbuk cili
1 s/besar serbuk kari
2 s/besar tepung beras
garam & kunyit
minyak untuk menggoreng
Cara
1. Gaulkan semua bahan.
2. Perap selama setengah jam.
3. Selepas itu goreng hingga garing dan kekuningan.
Selepas itu sedia untuk dihidangkan. Sebelum tu Pak Udak buat tambahan sedikit dengan menaburkan Crispy Prawn Cereal untuk menambahkan kelazatannya. Sayang tak ada daun kari, kalau ada mesti lebih cantik dan sedap. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment