Asam Pedas Tempoyak Udang.
Setiap hujung minggu adalah masa terbaik Pak Udak bersama keluarga. Seboleh-bolehnya Pak Udak cuba mengelak untuk terlibat dengan aktiviti hujung minggu kecuali sesuatu yang boleh menjana pendapatan keluarga. Pagi tadi selepas sarapan kami ke Bekenu dan seperti biasa banyak bekalan sayuran segar dan buah-buah yang Pak Udak dapat dengan harga paling rendah RM1. Inilah rezeki awal pagi. Di Pasar Ikan Miri, Pak Udak beli 1/2 kilo udang sungai yang hanya dijual pada harga RM20 sekilo. Cukup murah dan masih segar. Dari situlah mula pulak teringin nak masak Gulai Kampung: Asam Pedas Tempoyak Udang. Cara penyediaan macam biasa cuma asam pedas ditambah dengan sedikit tempoyak. Inilah citarasa Pak Udak, selera kampung.
No comments:
Post a Comment