Sunday, January 15, 2012

Resepi Bonda: Sarawak Pancake with Cheese

Lempeng Keju @ Tumpik Keju


Salam hujung minggu. Pagi ni Pak Udak menyediakan menu selera bonda yang dulu masa kecil selalu mak Pak Udak sediakan. Kalau kat Sarawak makanan ni orang sebut sebagai "tumpik" atau "lempeng", tapi kalau dalam bahasa Inggeris lebih dikenali sebagai Pancake. Masa dulu lempeng atau tumpik ni orang guna tepung gandum je, memandangkan taste Pak Udak ni lain sikit jadi Pak Udak tambahkan cheese dalam lempeng tu dan jadilah Tumpik @ Lempeng Keju. Cara nak menyediakannya amatlah mudah. Pertama gaulkan dua cawan tepung gandum, sedikit garam, sebiji telur dan sedikit air. Gaul sehingga rata dan jangan terlalu likat. Akhir sekali masukkan Cheese parut dalam adunan tadi. Untuk mendapatkan saiz dan tumpik keju yang cantik, goreng menggunakan Non-stick pan. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment