Karipap Daging Garing ~ Pak Udak
Salam hujung Minggu. Alhamduillah, menjadi lagi Karipap Daging pagi ni. Kebetulan pulak doh karipap untuk buat kulit masih ada lebih dalam peti ais. Untuk edisi karipap pagi ini ada kelainan sikit kerana intinya resepi bonda. Sayang yang membaca post ni tak dapat nak merasa, kalau dapat rasa pasti puji melambung. Untuk inti karipap ni Pak Udak kongsikan kat sini:
Bahan-Bahan Inti:
2 Biji Keribang Kuning (Keledek Oren)
2 Biji Kentang
300 gm Daging Cincang
3 Biji Bawang Merah
3 Biji Bawang Putih
Seinci Halia
4 Sudu besar Serbuk Kari ADABI
2 Sudu Besar Gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Secawan Air (untuk dicampur dengan kari nanti)
Cara menyediakannya:
Tumbuk semua bawang merah, bawang putih, halia dengan menggunakan lesung batu. Blender pun boleh pakai tapi kurang sedap sikit rasanya. Resepi ni kena guna bahan-bahan asli. Keribang dan kentang dipotong saiz dadu tapi kecil-kecil sikit sebab mudah nak masak nanti. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing, kemudian masukan kari yang sudah dicampurkan dengan secawan air. Biarkan kari masak sedikit dan masukan daging cincang. Masukan gula dan garam. Kalau ada Serbuk Cukup Rasa pun boleh masuk juga. Pastu masukan kentang dan keribang. Gaul perlahan dengan menggunakan api perlahan. Biarkan inti tu kering sedikit atau sampai keribang dan kentang lembut. Pastu sejukkan dan sedia untuk dijadikan inti Karipap. Ini bukan resepi cedok kat mana-mana tapi inilah resepi Bonda Pak Udak turun temurun. Kalau nak buat doh sila ke SINI. Selamat berhujung minggu.
No comments:
Post a Comment