Thursday, January 5, 2012

BANJIR KILAT : Bandar Raya Kuching Lumpuh



ANGGOTA bomba dan penyelamat mencari mangsa yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika banjir kilat di Batu Lintang, Kuching, hari ini.  Gambar: Facebook ni.  Nak tahu lebih lanjut baca KAT SINI.


Banjir di MJC.  Sumber : Facebook Ini


KUCHING 5 Jan. – Beberapa jalan utama sekitar bandar raya Kuching dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini, sekali gus menyebabkan kesesakan teruk di laluan keluar masuk menuju pusat bandar.  Jurucakap bilik gerakan banjir negeri ketika dihubungi berkata, jalan yang terjejas ialah Jalan Green, Jalan Batu Kawa, Jalan Badarudin, Jalan Matang, Jalan Tabuan dan Jalan Sultan Tengah.

Perahu Alternatif.  Gambar dari SINI.


Gambar dari SINI.

"Kita juga telah menerima beberapa laporan banjir di kawasan kediaman Desa Wira dan Stapok awal pagi ini dan difahamkan beberapa penduduk telah dipindahkan dari kediaman masing-masing untuk sementara waktu,” katanya.
Keadaan banjir di Batu Tiga.  Gambar dari SINI.

Katanya, setakat ini belum ada laporan diterima berhubung sekolah yang ditutup dan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa.  Menurutnya, banjir yang melanda bandar raya Kuching pagi ini dijangka hanya berlaku sementara kerana ketika ini paras air Sungai Sarawak masih lagi pada paras rendah. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment