Gambar : Blog ini
Pak Udak sempat menonton Berita TV3 pada jam 7.00 pagi tadi. Datuk Hassan Ali mengulas tentang Perhimpunan Bebas Anuar. Kalau difikirkan, ada betulnya kenapa tidak perlu diadakan perhimpunan sehebat itu semata-mata untuk seorang pemimpin. Mahasiswa seharusnya fokus pada final exam yang sedang berlangsung. Perubahan pemimpin tidak semestinya menjanjikan yang terbaik dan yang diangkat menjadi hero tidak mungkin dapat meningkatkan ekonomi Malaysia dalam sekelip mata. Begitu juga kata Datuk Hassan Ali tentang dakwaan "Imam Mahdi" muncul di Malaysia. Imam Mahdi memang wujud dan ini soal akidah. Kita seharusnya jangan sewenang-wenangnya menimbulkan polimik dalam perkara-perkara sebegini. Makumat lanjut baca kat SINI. Syabas kepada YB Datuk Hassan Ali kerana berani, tegas dan adil dalam menyampaikan maklumat serta fakta. Inilah pemimpin Melayu Islam sejati.
Pertamaxxx....
ReplyDelete