Wednesday, January 4, 2012

Kes Bunuh 4 Sekeluarga: Isteri Kedua Direman

LI Xiao Lan (kiri), isteri kepada mangsa pembunuhan kejam tidak dapat menahan kesedihan berikutan empat sekeluarga ditemui mati dibunuh di kediaman mereka di Lorong 13B1, RTM Road, Sibu, Sarawak, semalam.

SIBU 4 Jan. - Isteri kedua ahli perniagaan yang dibunuh kejam bersama ibu dan dua anaknya di kediaman mereka di Lorong 13B1, RTM Road di sini semalam ditahan reman bagi membantu siasatan kes tersebut.  Suspek, seorang warga China yang berusia 28 tahun itu ditahan di bandar ini kira-kira pukul 5.30 petang semalam. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail yang mengesahkan perkara itu berkata, perintah tahanan reman selama tujuh hari di oleh Mahkamah Majistret Sibu bermula hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment