Sunday, December 4, 2011

Sarawak Exotic Food: Melanau Sushi (Umai)

Sarawak Sushi @ Umai Ikan Parang

4.12.2011 ~ Inilah menu semalam yang Pak Udak buat untuk hidangan hujung minggu.  Maaf ya presentationnya kurang menarik sebab tak sempat nak hias kerana tak sabar nak makan.  Kali ni Pak Udak buat Umai menggunakan Ikan Parang yang segar.  Selain ikan parang ada sejenis lagi ikan yang sedap dibuat umai iaitu Ikan Empirang (ikan yang banyak tulang dan warna kuning).  Tapi kat Miri ikan jenis ni susah nak dapat.  Kalau ada pun mahal.  Pernah sekali harganya mencecah RM18 sekilo. Nak buat umai ni punyalah senang.  Hiriskan isi ikan dan ambil isinya saja.  Bersihkan kemudian hirisan tadi diperah dengan limau.  Masukan bawang merah, cili dan garam secukup rasa.  Pastu biar dalam 30 minit dan sedia untuk dimakan.  Nak sedap, pastikan ikan yang digunakan untuk buat umai masih segar.  Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment