Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Tuesday, March 20, 2012

Bila Isteri Memasak: Sotong Ala Pattaya



Menu petang ni Sotong Ala Pattaya yang dimasak oleh isteri Pak Udak.  Sotong besar bertelur ni kami beli di KK hari tu.  RM10 sekilo.  Mana nak cari sotong besar yang fresh macam tu kat Miri. Kalau adapun harganya mahal sekali.  Menu ni mama ambil dari Buku Resepi - Rasa.  Senang je nak masak.  Betul kata orang, selepas masakan emak  paling sedap adalah masakan isteri.  Selamat menjamu selera.

Monday, March 19, 2012

Ketam Suri Masakan Isteri



Salam semua.  Bulan Mac ni Pak Udak ada malas sikit nak update blog.  Busy memanjang je bulan ni.  Alhamdulillah, dalam kesibukan bekerja Pak Udak dan keluarga sempat juga ke Kota Kinabalu pada 15 hingga 19 Mac yang lalu.  Kesian kat anak isteri yang selalu duduk kat rumah pada hujung minggu sebab Pak Udak ada kuliah di OUM.  Kat KK kami sempat bawa balik satu kotak Seafood yang amat murah. Macam-macam Pak Udak bawa balik dan inilah salah satunya ~ Ketam Bunga atau Ketam Suri.  RM10 je sekilo dan yang penting betul-betul fresh.  Menu ni isteri Pak Udak yang masak sebab dia kebetulan cuti hari ni.  Pak Udak biasanya masak hujung minggu je...Thanks mama..

Saturday, March 10, 2012

Resepi Laksa Sarawak Pak Udak



Perrhhhhhh inilah hidangan makan tengahari kami tadi "Laksa Sarawak".  Puas hati memasak sebab sedap dan puas hati bila makan.  Inilah bestnya bila hujung minggu.

Resepi Laksa Sarawak ~ Pak Udak

Bahan Untuk Kuah Laksa
  1. 1 Ketul Dada Ayam
  2. 20 Ekor Udang 
  3. 1 Bungkus Perencah Laksa Sarawak "Haji Manan".
  4. 2 Liter Air
  5. 1 Kotak Santan "Ayam Brand"
  6. 50gm Udang Kering 
  7. Garam secukup rasa
Rebus dada ayam sehingga empuk.  Selepas itu masukkan udang ke dalam air rebusan tadi.  Jangan lama sangat sebab akan menyebabkan udang tersebut mengecut.  Dada ayam yang sudah direbus tadi dicarik atau dipotong kecil-kecil. Selepas itu masukkan perencah Laksa Haji Manan dan pastikan api diperlahankan.  Masukkan udang kering yang sudah ditumbuk atau dikisar ke dalam air kuah tadi.  Masukan garam secukup rasa dan biarkan kuah laksa tadi betul-betul sebati.  Akhir sekali masukan santan ke dalam kuah dan matikan api.  

Bahan Untuk Sambal
  1. 15 Tangkai Cili Kering (Buang bijinya)
  2. 1 Biji Bawang Besar
  3. 1 Biji Bawang Merah
  4. 50gm Belacan 
  5. Minyak masak
  6. Asam keping
  7. Garam dan gula secukup rasa
Kisar semua bahan di atas dan tumiskan sehingga keluar minyak.  Masukan asam keping, garam dan gula secukup rasa.  Biarkan sehingga masak.

Bahan Sampingan
  1. Sebungkus Bihun ~ dicelur
  2. Tauge ~ dicelur
  3. Limau Kasturi
  4. Daun Ketumbar

Cara Menghidangkannya:
Masukan bihun, kuah laksa, ayam, udang, sambal dan bahan sampingan tadi.  

Selamat mencuba ...



Maggi Kari Kerang


Mee Maggi Kari Kerang

Salam hujung minggu.  Malam tadi tetiba je nak makan Maggi Kerang.  Pak Udak ni jenis yang tak suka makanan segera ni terutama maggi, tetapi malam tadi rasa nak makan jugak.  Kalau kat  U dulu bila dah hujung semester maggi je yang mampu di makan.  Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak kat menara gading walaupun makan maggi.  Tapi sekarang usia dah tua sikit jadi tak berani sangat nak makan maggi.  Akhirnya misi malam tadi berjaya sebab ada sedikit kerang dalam peti ais...Tu la hasilnya...

Thursday, March 8, 2012

SBPA dibatalkan kembali kepada SSM - PM



PUTRAJAYA 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini. - UTUSAN

Monday, March 5, 2012

300 Ribu Terputus Bekaan Air di Miri


TERCEMAR: Lee (kiri) diberi taklimat oleh Zaffeer mengenai usaha menangani air yang tercemar,tatkala beberapa pekerja LAKU dan pegawai Shell menggunakan kaedah kertas minyak untukmenyerap minyak di kawasan pengambilan air utama di Loji Perawatan Air di Lambir, semalam.  Read more: http://www.theborneopost.com

MIRI: Lebih 300,000 penduduk di bandar raya Miri dan Daerah Bekenu semalam terjejas bekalan air bersih selepas sumber air di Sungai Liku tercemar oleh tumpahan minyak diesel daripada tangki simpanan minyak sebuah syarikat swasta yang terletak dua kilometer dari sungai tersebut.

Dianggarkan, sejumlah 14,000 liter minyak diesel yang digunakan untuk proses penurapan jalan yang disimpan di dalam tangki milik syarikat berkenaan, tumpah ke tanah dan seterusnya mengalir ke Sungai Liku, selepas saluran tangki tersebut bocor dan tidak disedari oleh para pekerjanya.

Pengurus LAKU Management Sdn Bhd (LAKU) Kawasan Miri, Lo Su Onn yang ditemui di Loji Perawatan Air LAKU di Lambir semalam memberitahu, pencemaran itu disedari oleh pekerja loji berkenaan pada jam 8.30 malam kelmarin apabila terhidu bau diesel yang kuat dari kawasan pengambilan air.

Sebaik menyedari terdapatnya tumpahan minyak, kakitangan yang bertanggungjawab menyelenggara loji ketika itu bertindak menutup operasi loji serta-merta bagi mengelak air yang telah tercemar terus memasuki kawasan penapisan dan rawatan.

“Pihak kami mula mencari punca pencemaran awal pagi tadi (semalam) dan mendapati punca tumpahan adalah daripada sebuah syarikat membuat tar jalan. Serentak itu, kita memaklumkan kepada pasukan bertindak mengenai tumpahan minyak untuk mendapatkan bantuan segera,” katanya.

“Sekarang (pagi semalam) kita bergantung kepada sumber bekalan air yang sudah dirawat di loji tangki simpanan sedia ada untuk membekalkan air kepada penduduk Miri.

“Namun, jumlah air bersih yang disimpan di tangki berkenaan agak terhad. Ia menyebabkan kita terpaksa mengurangkan penyaluran air untuk penduduk di bandar raya Miri mulai tengah hari supaya bekalan air tidak putus,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Lo, bukan mudah bagi pihaknya membersihkan pencemaran itu kerana tumpahan minyak terbabit sudah meresap ke dalam tanah dan mengalir di sepanjang sungai tersebut.

LAKU, katanya, terpaksa mengepam air dari Sungai Bakong untuk disalurkan ke Sungai Liku bagi membersihkan tumpahan minyak di sepanjang kawasan hulu sungai berkenaan.

Tambahnya, bekalan air dijangka pulih jam 8 malam ini.

Sementara itu, Pasukan Bertindak Kecemasan bagi Tumpahan Minyak daripada Sarawak Shell Berhad (SSB) yang diketuai oleh Pegawainya, Martin Entamin dan Petronas Carigali yang diketuai oleh Zaffeer Ahmad Kiprawi turut tiba di loji bersama peralatan untuk menampan serta menyedut tumpahan minyak.

Kedua-dua pasukan turut dibantu oleh anggota daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berada di kedua-dua lokasi iaitu loji perawatan air dan punca tumpahan minyak.

Peralatan menyedut minyak terkini, ‘Mantaray’ terpaksa digunakan dalam operasi tersebut.

Sehingga jam 5 petang semalam, kerja-kerja menghalang tumpahan dan pembersihan di loji perawatan masih dilakukan.

Turut berada di lokasi meninjau keadaan ialah Menteri Muda Komunikasi, Datuk Lee Kim Shin.

Dalam pada itu, penduduk di Miri mulai mengalami ketiadaan bekalan air bersih sekitar jam 1 petang semalam, sekali gus menyebabkan ramai penduduk terpaksa membeli air mineral yang dibotolkan.

Berita ketiadaan air yang diuar-uarkan menerusi laman sosial, media elektronik telah menyebabkan pembelian panik air mineral yang dibotolkan, sehingga barisan panjang di beberapa buah pasar raya.

Tinjauan Utusan Borneo turut mendapati beberapa buah premis kecil dan pasar raya telah kehabisan stok air mineral.

Di kawasan Pujut 7, air mineral dijual di tepi jalan seperti menjual buah durian sehingga menimbulkan kesesakan jalan raya kerana diserbu orang ramai.

Source: http://www.theborneopost.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah, bekalan air sudah sedikit pulih pada awal pagi tadi  ~ Pak Udak.

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor