Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Wednesday, July 27, 2011

Dania kena Febrile Fits Lagi ~ Sekali lagi kami Trauma


Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa. Apalagi jika hidup berjauhan dengan emak bapa dan mentua.  Semua perkara harus ditempuhi sendiri.  Namun itulah pengalaman hidup atau asam garam kehidupan.  26 Julai 2011 satu lagi tragedi dalam hidup kami di perantauan....Dania kena demam sawan.  Mula2 kena masa dekat Nursery waktu lunch hours tetapi berjaya ditangani sebelum dirujuk dengan Dr. Philip Raja.  Melihat keadaan Dania yang stabil selepas mendapat rawatan di Klinik Pakar Kanak-Kanak Philip Raja ~ saya mengambil keputusan untuk ke pejabat.  Dalam jam 4.30 petang, isteri saya memaklumkan tubuh Dania mengeletar dan saya meminta isteri jangan penik.  Saya meninggalkan mesyuarat dan bergegas pulang ke rumah.  Setibanya di rumah Dania kelihatan lemah dan 5.06pm Dania badannya mula mengeras dan mata terbeliak...Ya Allah...Isteri dan adik ipar saya sudah mengangis dan saya mengambil keputusan untuk mengiringkan badannya ke kiri seperti mana yang dinasihatkan doktor.  Kurang 3 minit Dania sedar semula dan dalam keadaan letih dan lemah.  Kami bergegas ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan.  Ini kali kedua Dania dimasukan ke Hospital Miri disebabkan demam sawan.  Saya tidak menyangka kegembiraan Dania pada awal pagi tadi rupa-rupanya mengundang tragedi kedua dalam hidup saya.  Di GH Dania diberi rawatan susulan serta observation daripada pihak doktor.  Sebelum saya balik (sebab hanya seorang sahaja dibenarkan bersama pesakit), saya sempat berbincang dengan doktor yang merawat Dania.  Katanya Dania ada tonsil di mulut yang menyebabkannya Demam Sawan.  Saya berharap Allah memelihara anak kami dari segala penyakit dan memberikannya kesembuhan semula.  Abah sayang Dania ~ Malam ini Abah susah untuk tidur sebab mana mungkin Abah dapat tidur tanpa insan tersayang di sisi. Thanks Mama sebab menjaga Dania...

No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor