Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Saturday, July 30, 2011

Bila Buah Hatiku Kembali Ketawa


Alhamdulillah...Syukur pada Allah yang masa esa.  Dengan izin dan kasih sayangnya buah hatiku ~Dania Nur Alesha kembali ketawa.....Trauma 26 Julai masih terasa bila Dania kena Febrile fits.  Namun sebagai bapa, segala usaha terbaik telah dilakukan dan selebihnya terserah pada yang pakar dan yang utama adalah Allah.  Alhamdulillah kami berjaya menempuh saat sukar dengan sokongan yang berterusan dari rakan dan taulan.  29 Julai - Dania dibenarkan pulang.  Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengambil keputusan untuk berjaga ketika Dania tidur serta memastikan ubat yang dibekalkan oleh doktor diambil mengikut masa yang ditetapkan.  Hari ni saya terpaksa membatalkan niat ke Kuching kerana risau akan keadaan Dania.  Bagi saya Dania adalah segala-galanya. Hari ni juga kami sekeluarga turut melakukan kerja-kerja pembersihan walaupun rumah memang sentiasa bersih.  Ini adalah untuk mempastikan tahap kesihatan Dania pulih sedia kala dan mengelak perkara yang sama berulang.  Alhamdulillah ~ Dania semakin sihat dan ceria seperti dulu.  Senyum tawa Dania telah mengembalikan kekuatan kami.  Ya Allah kau ampuni dosaku, ibu bapaku, isteriku dan anakku.  Selamatkanlah anak kami dari sebarang ancaman sama ada penyakit berjangkit, ganguan manusia dan syaitan.  Semoga kasih sayang-Mu ya Allah akan memberikan kami kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor