Rakan Pak Udak

Tolong Klik Iklan Ni ~ Terima Kasih

PENAFIAN: Blog ini sekadar perkongsian idea dan informasi. Sebarang penulisan adalah pendapat dan tidak semestinya ia patut dijadikan panduan. Disisi lain pendapat penulis boleh berubah dan tidak semestinya kekal. Gambar didalam blog ini adalah hak milik peribadi penulis dan selainnya akan dinyatakan sumbernya. Udak Dilah amat menghargai karya asli orang lain dan menentang plagiarism. Iklan-iklan yang dipaparkan bukan hakmilik udakdilah.blogspot.com dan sebarang masalah perlu dirujuk kepada pemiliknya. Udak Dilah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan pendapat, bahan-bahan di dalam blog ini. Sekiranya ada info yang dirasakan berguna dan bermanfaat, bolehlah dipanjangkan untuk perkongsian bersama, copy paste dibenarkan untuk tujuan ini. Harap maklum.

Saturday, July 30, 2011

Bila Buah Hatiku Kembali Ketawa


Alhamdulillah...Syukur pada Allah yang masa esa.  Dengan izin dan kasih sayangnya buah hatiku ~Dania Nur Alesha kembali ketawa.....Trauma 26 Julai masih terasa bila Dania kena Febrile fits.  Namun sebagai bapa, segala usaha terbaik telah dilakukan dan selebihnya terserah pada yang pakar dan yang utama adalah Allah.  Alhamdulillah kami berjaya menempuh saat sukar dengan sokongan yang berterusan dari rakan dan taulan.  29 Julai - Dania dibenarkan pulang.  Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengambil keputusan untuk berjaga ketika Dania tidur serta memastikan ubat yang dibekalkan oleh doktor diambil mengikut masa yang ditetapkan.  Hari ni saya terpaksa membatalkan niat ke Kuching kerana risau akan keadaan Dania.  Bagi saya Dania adalah segala-galanya. Hari ni juga kami sekeluarga turut melakukan kerja-kerja pembersihan walaupun rumah memang sentiasa bersih.  Ini adalah untuk mempastikan tahap kesihatan Dania pulih sedia kala dan mengelak perkara yang sama berulang.  Alhamdulillah ~ Dania semakin sihat dan ceria seperti dulu.  Senyum tawa Dania telah mengembalikan kekuatan kami.  Ya Allah kau ampuni dosaku, ibu bapaku, isteriku dan anakku.  Selamatkanlah anak kami dari sebarang ancaman sama ada penyakit berjangkit, ganguan manusia dan syaitan.  Semoga kasih sayang-Mu ya Allah akan memberikan kami kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin.

Wednesday, July 27, 2011

Febrile Fits @ Demam Sawan



APA ITU DEMAM SAWAN
Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Ia juga dikenali sebagai sawan tarik yang mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula. Kanak-kanak yang pernah mengalami sawan demam ini juga berisiko mengalami masalah serupa kelak. Namun, sawan ini akan hilang dengan peningkatan usia berikutan sawan demam tidak berlaku di kalangan orang dewasa. Sawan akibat demam boleh menyebabkan otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak jika dibiarkan berpanjangan (dikatakan tempoh lebih 30 minit).

Ciri-ciri
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan, mulut berbuih, mata hitam akan memandang ke atas dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.

Punca
Ia selalunya berpunca daripada sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk, selsema, jangkitan bahagian atas salur pernafasan, jangkitan telinga (penyakit otitis media) atau jangkitan kuman virus. Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan ini bukan penyakit keturunan. Namun ada segelintir mengalami sawan tarik kerana mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik.

Rawatan Lanjut
Untuk mendapat pemeriksaan lanjutan bagi memastikan bahawa anak anda tidak menghidap meningitis atau jangkitan selaput otak. Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk meningitis dan perlu diingatkan ia boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.

TINDAKAN ANDA BILA BERLAKU DEMAM SAWAN
Elakkan sawan berlaku Lap badan dengan kain basah yang menggnunakan air paip untuk menurunkan suhu badannya yang panas itu. Juga beri anak minum ubat secara konsisten seperti sirap paracetamol mengikut sukatan yang betul. Boleh juga memberi satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam mengikut nasihat doktor. Juga pakaikan pakaian yang nipis dan awasi selalu anak jika ia tidur di dalam buaian (udara panas terperap ketika di dalamnya). Pastikan bilik tidak terlalu panas dan sentiasa monitor suhu badan anak walaupun anda terpaksa berjaga malam!

Ketika Sawan
Jangan Panik! Tetapi bertindak pantas! Ingat jangan biarkan sawan ini berlaku lebih daripada 1 atau 3 minit sehingga 5 minit. Pantas baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ia untuk mengelak muntah atau lendir masuk ke dalam paru-paru. Segera melonggarkan segala pakaiannya. Ada juga pendapat mengatakan langkah pertama segera masuk bilik air dan basahkan seluruh badannya untuk menurunkan suhu badan yang mendadak tinggi dan apabila anak kecil sudah sedar dari kejang dan mula menangis, segera lap badannya (berdoalah ketika ini pada tuhan supaya anak anda selamat).
Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan. Juga jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah. Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.Usah cuba mengawal pergerakan anak sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya. Pada masa yang sama cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku. Kemudian segera bawa ke klinik untuk pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit untuk mencari dan merawat penyebab demam.

TIP MUDAH
1. Tanggalkan pakaian anak.
2. Baringkan mengiring untuk mengelak bendalir atau air liur memasuki peparu.
3. Mandikan dengan air paip untuk menurunkan suhu badannya dan jangan letakkan objek keras di dalam mulutnya.
4. Jangan biarkan sawan berlaku 3 hingga 5 minit. Segera bertindak!
5. Apabila anak sudah kembali sedar, segera bawa ke klinik untuk kecemasan ini.

Dania kena Febrile Fits Lagi ~ Sekali lagi kami Trauma


Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa. Apalagi jika hidup berjauhan dengan emak bapa dan mentua.  Semua perkara harus ditempuhi sendiri.  Namun itulah pengalaman hidup atau asam garam kehidupan.  26 Julai 2011 satu lagi tragedi dalam hidup kami di perantauan....Dania kena demam sawan.  Mula2 kena masa dekat Nursery waktu lunch hours tetapi berjaya ditangani sebelum dirujuk dengan Dr. Philip Raja.  Melihat keadaan Dania yang stabil selepas mendapat rawatan di Klinik Pakar Kanak-Kanak Philip Raja ~ saya mengambil keputusan untuk ke pejabat.  Dalam jam 4.30 petang, isteri saya memaklumkan tubuh Dania mengeletar dan saya meminta isteri jangan penik.  Saya meninggalkan mesyuarat dan bergegas pulang ke rumah.  Setibanya di rumah Dania kelihatan lemah dan 5.06pm Dania badannya mula mengeras dan mata terbeliak...Ya Allah...Isteri dan adik ipar saya sudah mengangis dan saya mengambil keputusan untuk mengiringkan badannya ke kiri seperti mana yang dinasihatkan doktor.  Kurang 3 minit Dania sedar semula dan dalam keadaan letih dan lemah.  Kami bergegas ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan.  Ini kali kedua Dania dimasukan ke Hospital Miri disebabkan demam sawan.  Saya tidak menyangka kegembiraan Dania pada awal pagi tadi rupa-rupanya mengundang tragedi kedua dalam hidup saya.  Di GH Dania diberi rawatan susulan serta observation daripada pihak doktor.  Sebelum saya balik (sebab hanya seorang sahaja dibenarkan bersama pesakit), saya sempat berbincang dengan doktor yang merawat Dania.  Katanya Dania ada tonsil di mulut yang menyebabkannya Demam Sawan.  Saya berharap Allah memelihara anak kami dari segala penyakit dan memberikannya kesembuhan semula.  Abah sayang Dania ~ Malam ini Abah susah untuk tidur sebab mana mungkin Abah dapat tidur tanpa insan tersayang di sisi. Thanks Mama sebab menjaga Dania...

Sunday, July 24, 2011

Klik-Klik Tambah Duit Raya


Salam semua.
Ramadahn dah dekat ni.  Duit raya kenalah kumpul sikit.  Kalau nak buat kerja part time tu mungkin takder masa.  Tapi Pak Tambang ada caranya.  Just jawab servey dapat USD27.00.  Nak jawab pun bukanlah susah sangat. Letak je apa-apa jawapan kat situ pun dia terima.  Tak salah cubakan. Bukan kena bayar.  Pak Tambang dah kumpul lebih USD40.00  Nak cari USD30 lagi untuk redeem...Kalau USD70 convert to RM eeeee banyak gak tu...Kiralah sendiri...Kalau minat jom singgah sini dulu... 

Bila hujung mingguku tiada...


Salam semua...Nampaknya tinggal seminggu lebih lagi kita nak puasa.  Insyaallah kalau diizinkan Allah kita akan berjumpa kembali dengan bulan penuh barakah ya Ramadhan.  Post kali ni Pak Tambang nak cerita sikit pasal aktiviti pejabat hujung minggu ni @ Kursus dan lain-lain...Sebagai seorang ayah yang ada anak masa hujung minggu ibarat emas kerana pada masa tulah kita nak bawak anak tersayang pergi jalan-jalan.  Kesian Pak Tambang dengan anak Pak Tambang sebab minggu ni dan minggu depan Pak Tambang sibuk je dengan pelbagai aktiviti pejabat. Almaklumlah aktiviti2 sebelum puasa ni mesti banyak.....Tugas dan tanggungjawab banyak mengajar kita erti sabar....Harap-harap keluarga faham yang kita ni suami harus kerja kuat untuk membelas masa depan keluarga.  Selamat berhujung minggu.

Sunday, July 17, 2011

Anak Burung Punai


Salam hujung minggu.  Apa khabar kitak orang? Pak Tambang harap semuanya sihat walafiat.  Petang tok Pak Tambang molah nasik bariani dengan Dalca Ayam...Sementara menunggu semuanya masak dengan sempurna sempat la Pak Tambang nak updated blog ni... Semalam selepas Pak Tambang habis tutorial kat OUM, Pak Tambang nak buat ayam bakar. Masa nak ambik extension wayer Pak Tambang nampak ada anak burung kat belakang mesin basuh.  Mudah je Pak Tambang tangkap sebab burung tu belum reti nak terbang.  Isteri Pak Tambang ada plak cadang untuk lepaskan saja tapi kat bawah rumah Pak Tambang banyak sangat kucing lapar yang sedia menanti...Atas keperimanusiaan Pak Tambang ambik keputusan untuk pelihara je burung tu.  Masalah plak timbul sebab tak der tempat simpan dan makanan....Paksa plak beli sangkar dan makanan....Dah rezeki burung tu...Harap-harap burung tu cepat besar....Tu je..

Sunday, July 10, 2011

Zikir taubat - Ahmad Munif


Ayam Madu



Salam..Jumpa lagi...Semalam Pak Tambang masak Kepak Panggang Ayam Madu. Resepi ni kawan sama opis yang bagi..Hehehehe macam tak caya je ngan dia tu tapi bila dah masak memang boleh diyakini...Nak cuba senang je...Masa ni Pak Tambang malas nak masukan resepi...Malas nak tulis... Hehehhehehehe...Eh lupak plak nak promosi benda yang baru Pak Tambang follow....Klik lah kat sini sure dapat USD27.00...

KLIK DISINI UNTUK DAFTAR PERCUMA DAN DAPATKAN USD27.00 ATAU RM81

Ayam Panggang Madu Lada Hitam



Salam semua...Petang ni Pak Tambang buat menu special sikit....Ayam Panggang Madu Lada Hitam...Perhhhhhhhhhh hasilnya cukup berbaloi...Takder resepi sebab Pak Tambang main campak-campak je bahan...Kos kurang dari RM15.00 berbaloi sesangat coz kalau makan kat luar mau RM30 sekor...Bukan Pak Tambang tak mampu nak makan kat Kenny Rogers tu cuma Pak Tambang suka masak sendiri...Berkat, halal dan dijamin bersih...Ehhhh lupa nak promosi....silalah klik kat sini kalau nak dapat USD27.00 - Sure Percuma...

Saturday, July 9, 2011

Jom Kumpul Duit Raya @ AW Surveys.Com


Pagi tadi Pak Tambang saja je cuba2 daftar kat A.W Surveys.Com.  Jawab survey yang mudah je pastu dapat USD27.00.  Pak Tambang pun terus bagitahu kawan-kawan. Bila petang ni Pak Tambang chek balik dah masuk USD30.75 (RM90.00).  Kalau hari-hari macam ni kan best. Tak bayar pun. Pak Tambang suka sebab free.  


FREE AUTO INCOME DAPAT USD27.00


MEMANG SUKAR DIPERCAYAI TAPI BACALAH FAKTA YANG INGIN SAYA JELASKAN INI

SIAPAKAH WWW. A.W.SURVEY.COM?
 
A.W.Survey merupakan website yang dibayar oleh syarikat-syarikat gergasi seperti NIKE,ADIDAS,MCDONALD dan pelbagai lagi,untuk mengiklankan syarikat mereka kepada umum dengan menjalankan survey bulanan oleh pelanggan yang berpontensi dan membayar kepada sesiapa yang memperkenalkan A.W.Survey kepada umum sebanyak USD1.25 seorang hanya apabila mereka mendaftar melalui akaun kita..





ANDA INGIN MENJANA DUIT PAYPAL SECARA AUTOMATIK TANPA BEKERJA?
Ini merupakan peluang keemasan anda untuk mencari pendapatan sampingan dirumah tanpa berpeluh mahupun berdiri.anda boleh tido duit masuk keakaun tanpa perlu berbuat apa-apa..TAK PERCAYA!!!

TAK PERCAYA!!!DISINI SAYA TERANGKAN LOGIKNYA DAN AKAN MEMBUATKAN ANDA TERKEJUT!!

INI FAKTANYA

Yang pertama A.W.Survey membayar anda USD27.00 apabila anda mendaftar..baru sahaja mendaftar dah dapat USD27.00 best tuuuu..

Yang kedua A.W.Survey membayar anda USD1.25 apabila rakan anda atau sesiapa sahaja mendaftar dibawah akaun anda..
FORMULA MENJANA DUIT SECARA AUTOMATIK
1.Anda iklankan referring link yang diberi sewaktu mendaftar di A.W.Survey iklankan diblog,website,facebook dan dimana-mana sahaja yang anda terfikir..dan sekiranya sesiapa tekan dan mendaftar di A.W.Survey melalui referring link anda ini secara automatic anda akan dibayar USD1.25.
2.Bayangkan USD1.25 jika ditukar kemata wang ringgit ialah RM4.37..Itu kalau seorang yang mendaftar kita sedia tahu kat internet terdapat jutaan manusia..adakah mustahil untuk kita mendapatkan 100 orang untuk mendaftar secara percuma di A.W.Survey dalam sehari tak mustahil betul tak?..

Tak salahkan mencuba sebab bukan bayarpun... Selamat mencuba.

Tuesday, July 5, 2011

Golden Churn Butter ~ HALAL


Allah berfirman dalam al-Quran Surah al-Baqarah ayat 172-173 bermaksud: ’Wahai orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Akan tetapi sesiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’

Entri Menarik Dari Blogers Seangkatan

Sponsor